Buka Puasa Restoran Kari Kepala Ikan Taman Melawati
Ikutkan ini merupakan kali kedua kami buka puasa di luar. Kali ini berbuka empat orang je di tempat biasa kami makan.
Restoran Kari Kepala Ikan Taman Melawati. Selain lokasi yang dekat dengan rumah, kami suka sebab restoran ni bersih dan makanan dia sedap.
Memang kalau makanan sedap biasanya dekat situ je lah kami akan pergi selalu sampai lah jumpa kedai sedap yang lain.
Pekerja dekat situ memang dah cam muka kami anak beranak. Selalu datang makan roti canai dan sate. Paling suka dekat sini tandas bersih dan ada surau.
Buka Puasa - Restoran Kari Kepala Ikan Taman Melawati
Petang tadi hantar Ikhwan balik asrama. Sebelum tu singgah Aeon untuk cari bakul baju dan beberapa barang keperluan dia.
Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadan, SMSS beri kebenaran untuk pelajar balik setiap kali hujung minggu. Lepas raya mungkin sebulan sekali rasanya.
Makin kurus anak bujang sebab katanya makanan dekat asrama kurang kena dengan selera dia. Jadi dia telan mana yang boleh saja.
Next kena cari sos atau kicap dalam paket kecil mudah dia nak bawa ke dewan makan.
Menu Buka Puasa Hari Ke – 13
Macam biasa kami pesan menu selalu kami makan. Alhamdulillah semua sedap. Walaupun bulan puasa tapi tidak mengecewakan.
Kalau makan di Restoran Kari Kepala Ikan Taman Melawati, ada pilihan nak makan Nasi Kandar atau masakan panas.
Kami lebih suka masakan panas. Anak bongsu nak roti telur. Menu buka puasa hari ke – 13; Salted Egg Chicken, Tomyam Seafood, Telur Dadar.
Air pula pesan dua je; Apple Asam Boi dengan Teh O Ais. Memang bawa air kosong dari rumah. Masing-masing tersandar kekenyangan.
Restoran hampir penuh dengan pelanggan dan mujur lah servis laju. Agaknya hujung minggu, semua cuti memasak.
Setakat hari ini, Tomyam Seafood kedai ni belum pernah kecewakan selera kami. Sup Kambing Mamak pun sama.
Oh Sup Kambing ada pilihan nak makan dengan roti atau nasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2024/03/buka-puasa-restoran-kari-kepala-ikan.html