Buka Puasa Di Sheraton Imperial Kl Jimat Rm50 Kalau Korang Guna Cara Ni
Bulan puasa dah makin menghampiri kita, jadi artikel kali ni saya nak kongsikan dengan korang bagaimana korang nak dapat harga murah kalau nak buka puasa di hotel 5 bintang seperti di Sheraton Imperial KL Hotel
Untuk pengetahuan korang, Sheraton Imperial KL Hotel akan menawarkan pakej istimewa sempena ramadan yang diberi nama FIESTA RASA MUHIBAH yang akan disediakan oleh Eksekutif Sous Chef, Hazif Ramli dan pasukannya. Buffet Ramadan kali ini akan berlansung di Restoran Essence yang terletak di Level 1 Sheraton Imperial KL Hotel
Menu Bufet Ramadan Sheraton Imperial KL Hotel
Apa yang paling dicari ketika iftar adalah aroma Kambing Carik yang cukup memukau, diperap dalam rempah ratus khas buatan sendiri dilengkapi dengan warna warni Nasi Hujan Panas yang menggunakan pewarna semula jadi yang diperoleh daripada kunyit segar, beetroot dan daun pandan. Selain itu, korang juga harus mencuba ramuan mantap Sup Tulang Berempah dengan Roti Bengali panas yang baru dibakar di sisinya. Itik Salai Masak Lemak Cili Padi atau hidangan istimewa Asam Pedas Ikan Chef Hazif juga harus dicuba. Hidangan Daging Dendeng pun ada dan sudah semestinya sangat sesuai digandingkan dengan lemang yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Untuk menghidupkan suasana Bazaar Ramadan yang meriah, Gulai Kawah, serta live-action stalls juga diwujudkan sepanjang bulan ramdan ini. Live-action stalls diwujudkan setiap hari dengan pelbagai pilihan makanan jalananseperti goreng pisang, nangka goreng dan ubi jalar, pilihan sate, Roti John, Roti Canai, Murtabak Ayam dan Ayam Sharwarma
Untuk pencuci mulut pula, mereka sudah semestinya menyediakan pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia yang asli seperti Sira Pisang Raja, Sago Gula Melaka berkrim dan Pengat Durian Hulu Langat dan banyak lagi
Harga Bufet Ramadan Sheraton Imperial KL Hotel
Harga normal untuk pakej bufet Fiesta Rasa Muhibah adalah RM148 nett bagi setiap orang dewasa dan RM74 nett untuk kanak bermula dari 24 April hingga 23 Mei 2020. Sepanjang tempoh ini, ahli Club Marriott dan Marriott Bonvoy, bersama dengan Pemegang Kad Bank yang terlibat boleh menikmati diskaun sebanyak 20%.
Kalau korang nak lebih jimat, saya sarankan korang untuk buat tempahan awal (early-bird) bermula dari 1 Mac hingga 23 April 2020 dimana harga yang ditawarkan hanyalah RM98 nett seorang sahaja. Murah sangat tu sebab korang boleh dapat penjimatan sehingga RM50 untuk seorang
Fiesta Rasa Muhibah, Kita-Kita Aje - Promosi Catering
Sepanjang bulan ini, Sheraton Imperial KL Hotel menawarkan tempahan buka puasa berkumpulan secara private kepada mana-mana syarikat swasta atau korporat. Harga yang ditawarkan adalah dari RM 98 nett bagi setiap orang, promosi katering ini memerlukan tempahan minima 50 orang. Tetamu boleh beristirahat di suasana Muhibah pada waktu matahari terbenam yang pasti akan meninggalkan pengalaman yang tak boleh dilupakan
Pakej Kareem - Pakej Penginapan
Raikan bulan Ramadan dengan luxury dan selesa dengan Pakej Kareem iaitu tawaran pakej istimewa penginapan termasuk sahur (hidangan pra-fajar) dengan diskaun 20% untuk makan malam Fiesta Rasa Muhibah di Essence dengan hanya berharga RM 315 ++. Sarapan bufet, untuk pakej, juga boleh didapati sebagai pilihan di Essence jika diperlukan. Para tetamu juga boleh memilih untuk menempah Club rooms untuk menikmati faedah di atas bersama dengan Sheraton Club Lounge Acceess.
MAKLUMAT TEMPAHAN
Tempahan tempat makan, hubungi +6012 337 9980 atau e-mel ke
[email protected] katering (minimum 50 orang), e-mel kepada
[email protected] bilik, e-mel kepada
[email protected] umum, hubungi +603 2717 9900Lawati laman web mereka di www.sheratonimperialkualalumpur.com dan ikuti mereka di Facebook dan Instagram @sheratonimperialkl
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2020/02/buka-puasa-di-sheraton-imperial-kl.html