Buka Pintu Sempadan Negara Boleh Mengundang Lambda


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah menimbulkan kebimbangan mengenai bahaya varian Lambda Covid-19 yang sangat mudah berjangkit.


Kuala Lumpur: Belum reda dengan varian Delta yang mempunyai kadar kebolehjangkitan yang tinggi, kini dunia diancam dengan varian Lambda.

Berdasarkan laporan antarabangsa, varian Lambda pertama kali ditemui di Peru, Amerika Selatan pada Disember lalu dan dikenal pasti di 29 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Brazil, Colombia, Ecuador, Perancis, Sepanyol, Chile dan Argentina.

Pastinya tidak mustahil varian ini memasuki negara selepas keputusan kerajaan memberi kelonggaran kepada pengembara luar negara menjalani kuarantin di rumah sekali gus membuka pintu sempadan kepada penularan varian Covid-19 lebih berbahaya.

Pakar virologi Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar nyata tidak bersetuju dengan langkah kerajaan membuka pintu sempadan negara yang diibarat 'mengundang bahaya' walaupun individu berkenaan sudah lengkap vaksinasi.

"Mereka yang sudah lengkap divaksin, masih berisiko dijangkiti dan menularkan virus dari negara luar, sekali gus berpotensi menjadi pembawa mutasi berbahaya yang belum ada di Malaysia.

"Malah, langkah ini dianggap 'mengundang bahaya' kerana negara masih bergelut untuk membendung varian Delta yang mempunyai kebolehjangkitan tinggi," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, kadar vaksinasi negara masih mencatatkan hampir 50 peratus dan berharap kerajaan perlu menangguhkan 'hak istimewa' itu dengan membuka sempadan sehingga vaksinasi mencecah 80 peratus.

"Vaksin hanya mengurangkan kebarangkalian mendapat kesan jangkitan teruk, namun mereka tetap boleh dijangkiti dan membawa mutasi luar seperti Delta Plus dari India atau Lambda dari negara Amerika Latin dan menularkannya di Malaysia.

"Kita perlu mengambil iktibar kelonggaran pintu sempadan juga punca kita diserang Delta.

"Setakat ini, kekalkan peraturan ketat untuk pengembara luar iaitu wajib disaring sebelum dan semasa tiba ke Malaysia, dipakaikan gelang, ditempatkan di pusat kuarantin kerajaan serta perlu menjalani saringan tiga kali sebelum boleh bergerak bebas dalam negara," katanya.

Ahad lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa kelonggaran kepada penerima lengkap vaksin Covid-19 membabitkan aktiviti rentas daerah dan negeri, ekonomi serta sosial.

Antaranya, pengembara luar negara dibenar menjalani kuarantin wajib di rumah, selain penerima vaksin lengkap di negeri fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan ke atas boleh makan di restoran serta suami isteri jarak jauh boleh melakukan perjalanan rentas daerah dan negeri bermula Selasa lalu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/buka-pintu-sempadan-negara-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksinasi Pantas Arab Saudi Beri Kepercayaan Buka Pintu Kepada Malaysia Dr Zulkifli

Vaksinasi Pantas Arab Saudi Beri Kepercayaan Buka Pintu Kepada Malaysia Dr Zulkifli

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 263 hits
Oleh DR Zulkifli menerima kunjungan Mahmoud Hussien bin Saeed Qattan di pejabat di Putrajaya semalam Foto FACEBOOK DATUK DR ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI ARAB Saudi memberi kepercayaan penuh untuk membuka pintu negaranya kepada Malaysia bagi tu...
Setakat Majoriti 5 10 Boleh Ke Politik Stabil Dan Negara Diuruskan Dengan Berkesan

Setakat Majoriti 5 10 Boleh Ke Politik Stabil Dan Negara Diuruskan Dengan Berkesan

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 319 hits
LEBIHAN ITU BUKANLAH DARI SATU PARTI ATAU PAKATAN YANG SAH TETAPI LEBIH KEPADA SOKONGAN BIDAN TERJUN ANGGUK ANGGUK GELENG GELENG MELEPASKAN PERUT DAN TENGKUK SENDIRI Apakah kabinet kecil minimum akian terbentuk dan urusan mahkamah tidak aka...
Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor Tahun 2021 Dibuka Sehingga 31 Ogos

Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor Tahun 2021 Dibuka Sehingga 31 Ogos

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 478 hits
Untuk makluman permohonan bagi Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor tahun 2021 telah pun dibuka BACA Oleh itu khususnya bagi mereka yang telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa yang juga merupa...
Si Ibu Selamba Buka Pintu Rumah Bawa Anak2 Masuk Paling Ser4m

Si Ibu Selamba Buka Pintu Rumah Bawa Anak2 Masuk Paling Ser4m

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 270 hits
Siapa yang memelihara kucing pasti sudah sangat kenal dengan sifat kucingnya yang kadangkala ada menunjukkan gelagat lucu yang sememangnya boleh membuatkan mereka tepuk dahi Apa tidaknya meskipun bertubuh kecil dan mempunyai bulu yang comel...
Memilih Ismail Sabri Seperti Hanya Mengundang Malapetaka Buat Negara

Memilih Ismail Sabri Seperti Hanya Mengundang Malapetaka Buat Negara

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 266 hits
UMNO akhrinya memutuskan untuk menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri yang baru bagi menggantikan Mahiaddin Md Yasin Begitu pun seperti yang dipetik daripada kenyataan Azalina Othman Said dalam sebuah portal berita UMNO...
Warga Emas Seluruh Negara Boleh Walk In Vaksin Mulai Minggu Depan

Warga Emas Seluruh Negara Boleh Walk In Vaksin Mulai Minggu Depan

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 376 hits
Khairy Jamaluddin berkata pemberian vaksin kepada warga emas secara walk in akan diperluas ke seluruh negara mulai minggu hadapan PETALING JAYA Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid 19 memutuskan pemberian vaksin secara walk in kepada warga ...
Ppkm Level 4 Tempat Ibadah Boleh Buka Kapasitas 25 Persen

Ppkm Level 4 Tempat Ibadah Boleh Buka Kapasitas 25 Persen

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 288 hits
Selain tempat ibadah sektor industri esensial juga dibolehkan masuk dengan penerapan protokol kesehatan ketat
Jadi Tumpuan Media Kawalan Keselamatan Di Pintu Istana Negara Dikawal Ketat

Jadi Tumpuan Media Kawalan Keselamatan Di Pintu Istana Negara Dikawal Ketat

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 255 hits
Kawalan keselamatan di Pintu 2 Istana Negara di sini dipertingkatkan selepas lokasi berkenaan sekali lagi menjadi tumpuan petugas media dan orang ramai Beberapa anggota polis peronda dilihat dikerahkan untuk menjaga aliran trafik dan kesela...
Muhyiddin Letak Jawatan Buka Ruang Perubahan Negara Anwar

Muhyiddin Letak Jawatan Buka Ruang Perubahan Negara Anwar

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 302 hits
malaysiakini comDiterbitkan 16 Aug 2021 5 50 pmDikemaskini 6 01 pmKetua pembangkang Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri hari ini Pada masa sama dia menggesa semua pihak un...
Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain

Not By Accident

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan

Isu Petronas Dan Buang Pekerja

Agen Mesin Laundry Pontianak Berikan Layanan Pendampingan Dan Purna Jual Ke Para Pelanggan

Tips Menang Di Gudangtoto

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Air Asam Perut Lembu

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Penunggang Motosikal Maut Langgar Tembok Batu Tercampak Sebelum Jatuh Parit

Daqmie Korbankanlah Chord

Father S Day Chocolate Treats By Elevete You Can T Miss