Buka Kotak Samsung Galaxy Tab A8 Wi Fi


BUKA KOTAK SAMSUNG GALAXY TAB A8 WI-FI | Assalammualaikum semua! Galaxy Tab sentiasa menemani Ruby sejak kemunculan pertama kali pada tahun 2010. Kemudian peranti ini terus berevolusi dari segi fungsi, rekaan dan kini ia telah menjadi kegemaran semua. Galaxy Tab memudahkan Ruby untuk melakukan urusan kerja. Masih Ruby ingat lagi ketika zaman melakukan kerja pemasaran, hanya dengan membuka Galaxy Tab sahaja sudah memadai. 
Pembentangan dan penerangan mudah dilaksanakan. Paparan lebih luas dan jelas. Apabila selesai memberi pembentangan, perasaan puas terbit. Alhamdulillah "Two done, One to go!". Sejujurnya, Samsung Galaxy Tab telah menemani Ruby sepanjang 11 tahun kemunculannya. Ruby juga telah menyediakan Tab untuk anak Ruby semasa PdPR berlangsung sepanjang negara dilanda COVID-19. 
Dengan Galaxy Tab, Ruby boleh mengawal apa yang anak sedang lakukan. Mereka masih kecil dan perlu pemanatauan agar teknologi yang disediakan oleh Samsung ini bermanfaat kepada ummah. Ruby teruja nak bagi tahu Galaxy Tab terkini yang kami miliki iaitu Galaxy Tab A8. Galaxy Tab A8 (Wi-Fi 3+32GB) ini boleh didapati pada harga RM999. Berbaloi kan?


BUKA KOTAK SAMSUNG GALAXY TAB A8 WI-FIKenapa Ruby cakap ia berbaloi? Ini adalah Siri Galaxy Tab dijual pada harga mampu milik dengan paparan skrin besar! Malah fungsi-fungsi yang tersedia juga tidak masuk akal. Kelajuan CPU adalah 2GHz dan menggunakan pemprosesan Octa-Core. Pemproses Octa-Core terdiri daripada lapan teras pemproses yang menggerakkan peranti Galaxy. 
Pemproses membolehkan peranti Galaxy menjalankan tugas yang lebih maju seperti mengendalikan tontonan video beresolusi tinggi dan permainan yang mempunyai grafik berat tanpa menghabiskan bateri, menjadikan peranti mampu dan cekap. Pemproses Octa-Core juga memberikan masa muat peranti Galaxy lebih cepat. 
Maka, anda tidak akan alami masa loading terlalu lama. CPU dan GPU peranti telah ditingkatkan sebanyak 10% untuk menyampaikan prestasi yang lebih pantas dan lancar tanpa ketinggalan atau mengecewakan.
Apabila buka kotak Samsung Galaxy Tab A8, anda dapat:

1 unit peranti Galaxy Tab A8Kabel USB (Putih)Adapter Power USB (Putih)Ejection pin untuk masuk microSDQuick Start Guide
Samsung menyediakan kotak setiap peranti dengan lebih mesra alam. Anda boleh bantu dengan kitar semula kotak-kotak ini. Dari inisiatif ini, secara tidak langsung kita juga sebahagian dari Galaxy for the Planet. Samsung telah menetapkan sasaran awal menjelang 2025 untuk mengurangkan jejak alam sekitar dan mengurangkan kehabisan sumber daripada pengeluaran kepada pelupusan produk Galaxynya. 
Mungkin pada masa akan datang, kita beli peranti Galaxy tanpa kotak tetapi dengan plastik yang boleh terurai atau dilupuskan dalam masa 1 minggu. Hehehe. Samsung kan cepat kalau bab teknologi ni. Ruby yakin mereka boleh

SKRIN BERSAIZ 10.5 INCISaiz skrin paparan utama adalah 10.5" iaitu sekitar 266.9mm. Manakala resolusi 1920 x 1200 (WUXGA).  Teknologi yang digunakan adalah TFT dan kedalaman warna 16M. Apabila sudah melihat skrin, pasti anda ingin mengetahun tentant fungsi kamera. Resolusi kamera utama adalah 8.0 MP dan mempunyai fungsi Auto Fokus. Manakala kamera hadapan untuk selfie beresolusi 5.0 MP. Resolusi Rakaman Video adalah FHD (1920 x 1080)@30fps. Not bad kan?
BATERI 7,040 mAhBateri bateri bateri, ini adalah bahagian paling penting. Sebab dengan kapasiti bateri, kita boleh plan berapa lama peranti boleh menemani kita. Pada kebiasaannya, kita akan mengecas Galaxy Tab pada waktu malam sebelum tidur. Jadi, pada awal pagi terus masuk peranti ke dalam bag. Mudah kan? Namun, jika peranti hanya bertahan selama separuh hari. Ia agak mencabar untuk mencari tempat untuk cas ketika ada kerja luar. 
Dengan Galaxy Tab A8 anda tidak perlu bimbang 7,040 mAh tu boleh menemani anda sepanjang hari. Cuma, dari pengalaman Ruby. Jika anda menggunakan tanpa henti seperti anak-anak menonton video atau anda menonton video senaman, bateri akan berkurangan kepada separuh hari. Masih sempat untuk anda mengecas pada bila-bila masa. Gunakan pengecasan pantas 15W. Mudah kan?
QUAD SPEAKER DOLBY ATMOS Kualiti pembesar suara adalah paling Ruby gemari, sebab ia menggunakan Quad Speaker Dolby Atmos. Memberi anda kepuasan menonton atau bermain game. Ia juga memberi bunyi yang selesa kepada halwa telinga. Tidak nyaring dan mengakibatkan pembesar suara bunyi bising. Kebanyakan peranti Galaxy mempunyai Dolby Atmos, memang best!
STORAN 3GB RAM DAN 32GB, BOLEH TAMBAH 1TB DENGAN MICROSDKapasiti memori memberi kita lebih ruang untuk menyimpan data maklumat. Melakukan lebih banyak tugasan tanpa perlu risau jika storan tidak mencukupi. Galaxy Tab A8 tersedia pada 3GB RAM dan 32HB storan dalaman. Jika anda memerlukan ruang storan, anda boleh tambah sehingga 1TB storan microSD. Lebih banyak ruang untuk anda berkarya!
KEKAL DILINDUNGI DENGAN SAMSUNG KNOXSamsung Knox ialah gabungan asas keselamatan yang terbukti terbina dalam peranti Samsung, dan penyelesaian kepada banyak perniagaan yang memanfaatkan platform ini, Secured by Knox. Sejak mula diperkenalkan pada 2013, Knox telah melindungi lebih 1 bilion peranti Samsung dan digunakan untuk mengurus lebih 50 juta peranti setiap hari. Dipercayai di seluruh dunia, Knox telah membantu lebih 20,000 perniagaan di seluruh dunia mencapai matlamat mereka.
Platform keselamatan Knox terbina dalam peranti Samsung, melindunginya dari saat anda membuka kotak peranti Galaxy dan menghidupkannya. Peranti anda Secured by Knox, dengan ciri keselamatan perkakasan dan perisian berbilang lapisan yang sentiasa didayakan. Platform Knox mengandungi mekanisme pertahanan dan keselamatan bertindih yang melindungi data anda daripada sebarang pencerobohan, malware dan ancaman berniat jahat.
Platform keselamatan Knox juga merupakan asas untuk pelbagai penyelesaian dan perkhidmatan, termasuk aplikasi peribadi Samsung dan penyelesaian perniagaan Knox.
PELAN PERLINDUNGAN SAMSUNG CARE+ Pelan perlindungan Samsung Care+ setahun bernilai RM110, jadi anda tidak perlu bimbang apabila kemalangan berlaku pada peranti. Nikmati ketenangan fikiran dengan Samsung Care+, pelan penjagaan mudah alih yang luas untuk peranti Galaxy baharu anda. Anda akan kekal tanpa bimbang melebihi jaminan standard, dengan perlindungan lengkap untuk semua kerosakan dan kerosakan yang tidak disengajakan sehingga 2 tahun. Walau apa pun yang berlaku, pakar Galaxy akan berusaha untuk membantu anda.
Diantara servis perlindungan Samsung Care+ adalah:
1. Baik Pulih Peranti - Pembaikan untuk kerosakan yang tidak disengajakan
2. Kerosakan Melibatkan Air - Dapatkan perkhidmatan pembaikan tanpa kerumitan untuk kerosakan tidak sengaja yang disebabkan oleh air atau cecair lain.
3. Waranti Lanjutan - Pembaikan untuk masalah mekanikal dan elektrik pada tahun kedua.
4. Penggantian peranti - Menggantikan peranti anda apabila ia tidak boleh dibaiki.
5. Sokongan perkhidmatan di depan pintu anda - Pengambilan dan penghantaran percuma. Kami mengambil peranti anda yang rosak untuk membaiki dan menghantar semula kepada anda dalam keadaan pudina secara percuma
Untuk maklumat lanjut tentang Galaxy Tab A8, lawati: https://www.samsung.com/my/tablets/galaxy-tab-a/galaxy-tab-a8-wifi-pink-gold-32gb-sm-x200nidaxme/
Untuk maklumat lanjut tentang promosi, lawati: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-tab-a8-launch/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/03/buka-kotak-samsung-galaxy-tab-a8-wi-fi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Meet The Galaxy Tab S8 S8 And S8 Ultra Samsung S Most Powerful And Versatile Tablet Yet

Meet The Galaxy Tab S8 S8 And S8 Ultra Samsung S Most Powerful And Versatile Tablet Yet

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 214 hits
Whether you re looking to work create chat stream tune in or just tune out and relax the Galaxy Tab S8 S8 and S8 Ultra are your new go to devices for an always on video driven world Designed expressly for the new era of connectivity the Gal...
Samsung Galaxy S22 Ultra Mencapai Kemuncak Rekabentuk Peranti Mudah Alih Premium

Samsung Galaxy S22 Ultra Mencapai Kemuncak Rekabentuk Peranti Mudah Alih Premium

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 124 hits
Galaxy S22 Ultra membayangkan semula pengalaman mudah alih dengan menggabungkan ciri terbaik pada siri Note dan S kamera prestasi dan ketersambungan terbaik yang tersedia pada telefon pintar GalaxySamsung Electronics Co Ltd kini memperkenal...
Unboxing Samsung Galaxy S22 Ultra Notably Unique And Stylish

Unboxing Samsung Galaxy S22 Ultra Notably Unique And Stylish

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 133 hits
Following the success of the Galaxy S21 Ultra which was released last year and widely praised by the media and users Samsung pursued its mission this year by improving the details on an excellent foundation to improve the new flagship s exp...
Samsung Galaxy S22 Dan S22 Baharu Menyampaikan Pengalaman Kamera Revolusioner Dari Siang Sehingga Ke Malam

Samsung Galaxy S22 Dan S22 Baharu Menyampaikan Pengalaman Kamera Revolusioner Dari Siang Sehingga Ke Malam

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 125 hits
Cipta rakam dan kongsi kenangan terpilih anda menggunakan kamera berciri teknologi AI bertaraf profesional dalam siri Galaxy S terkiniSamsung Electronics Co Ltd kini memperkenalkan Galaxy S22 dan S22 dua peranti mercu baharu yang bakal menz...
The Samsung Galaxy A52s 5g Link To Windows Feature Helps You Work More Conveniently And Efficiently

The Samsung Galaxy A52s 5g Link To Windows Feature Helps You Work More Conveniently And Efficiently

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 142 hits
Wouldn t it be great if you could have instant access to your smartphone notifications texts calls photos and screen right on your Windows PC Well the Samsung Galaxy A52s 5G along with its Link to Windows feature is a really great way to ge...
Akhirnya Jo Insung Buka Akaun Instagram Peribadi

Akhirnya Jo Insung Buka Akaun Instagram Peribadi

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 286 hits
Berita gembira buat peminat Jo In sung Jo In sung yang telah berada dalam bidang lakonan sejak tahun 1998 akan berinteraksi bersama peminat dengan lebih aktif melalui akaun Instagram peribadinya Pada 3 Mac IOK Company iaitu agensi kepada ar...
Unboxing Telefon Pintar Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia

Unboxing Telefon Pintar Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 251 hits
Permulaan tahun 2022 peminat gajet diperkenalkan dengan Samsung Galaxy S21 Fans Edition Terkini untuk pengalaman yang lebih padu rangkaian jenama telefon antarabangsa dari Korea ini kembali lagi dengan senarai terbaik mereka Galaxy S22 Seri...
Samsung Perkenal Galaxy A33 Galaxy A53 Dan Galaxy A73 5g

Samsung Perkenal Galaxy A33 Galaxy A53 Dan Galaxy A73 5g

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 175 hits
Samsung Perkenal Galaxy A33 dan Galaxy A53 Satu lagi model Galaxy A73 5G akan trt sama tak lama lagi Model model ini sebagai pelengkap kepada pakej inovasi Galaxy yang terkini menawarkan pengalaman mudah alih yang serba bersepadu pada nilai...
Samsung Galaxy Note 10 Mula Menerima Kemaskini Android 10 Di Malaysia

Samsung Galaxy Note 10 Mula Menerima Kemaskini Android 10 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 225 hits
Berita baik bagi pemilik Samsung Galaxy Note 10 di Malaysia kerana kemas kini Android 10 sudah diberikan sejak beberapa hari yang lalu Kemas kini sebesar 1921 MB boleh dimuat turun secara OTA Selain Android 10 kemas kini juga membawakan ant...
Kakak Maut Adik Kritikal Dalam Kemalangan

Jasa Pendaftaran Brand Membantu Anda Membangun Dan Memperkuat Identitas Brand Anda

Ringgit Slips On Expected Us Policy Tightening

Kembar Sado

Learning From May 13 For Lasting National Reconciliation

Biodata Lee Chong Wei Pemain Badminton No 1 Dunia

Sindiket Ofu Bhai Tumpas Ubah Suai Maklumat Pasport

Hebat Dron Kamikaze M Sia Disekat As Mengapa



Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal


Fitnah Azmin Ali Rosakkan Hari Lahir Saya Deepak Jaikishan

Lori Dipandu Remaja Terbakar Rempuh Treler Penumpang Maut

Gelombang Hijau Pn Sudah Mencapai Tahap Maksimum

Malaysian Are Invited To A Night Filled With Music And Celebrations At Vivo S Perfect Night Party 2024

Remaja Perempuan Malaysia Menewaskan Oman 12 1 Dalam Piala Asia

Tular Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Lata Kinjang