Buffet Ramadhan 2019 Restoran Nook Mengetengahkan Selera Indonesia
BUFFET RAMADHAN 2019
Restoran NOOK mengetengahkan SELERA INDONESIA
Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk menjengah Menu Sajian Ramadhan Istimewa di Restoran NOOK bertempat di Aloft KL Sentral. Joms Buka @ NOOK Selera Indonesia ini mempromosikan sajian masakan Indonesia sepanjang Ramdhan 2019
Sebaik sahaja melangkah masuk ke Restoran NOOK ini, AM dapati banyak piala, trofi dan anugerah yang telah berjaya dimiliki oleh Restoran NOOK ini. AM rasa kagum dengan pencapaian yang diperoleh. Sempat AM meneliti satu per satu piala dan trofi yang dipamerkan di situ.
Uniknya Buffet Ramadhan 2019 kali ini adalah Restoran NOOK menyajikan lebih dari 150 jenis juadah yang disediakan oleh Sous Chef, Ahmad Zaki Harun and Sous Chef Junior, Muhammad Hafiz Izham. Setiap juadah yang disajikan mempunyai ciri-ciri masakan tradisional Indonesia.
Kambing Bakar BumbuAM berpeluang mencuba hidangan Kambing Bakar Bumbu. Masakan ini diperap bersama rempah tempatan seperti kunyit, biji ketumbar, serbuk cili, halia dan serai. Kemudiannya daging kambing dipanggang dengan mengunakan api secara perlahan-lahan selama dua jam. Sememangnya tekstur daging yang terhasil amat lembut dan penuh dengan rasa ‘juicy’ tau.
Masakan Indonesia lain yang terkenal turut sama disajikan. Antaranya adalah Bakso, Nasi Ayam Istimewa, Ayam Cabe Ijo, Tempe Goreng Berempah, dan Ikan Bumbu Berempah. Sedap tau!!! Berselera AM makan. Padat dengan rasa rempah!! Tidak dilupakan masakan Gulai Ayam Padang, Gulai Daging Tetel, Gulai Masak Lemak Nangka yang sangat menyelerakan bila dimakan bersama Nasi Kebuli, Nasi Jagung Madura dan Nasi Kuning.
Bagi yang menggemari Ulam-ulaman seperti AM jangan lupa untuk mencuba Gado Gado, Urap Sayur, Rojak Uleg Indonesia, Pecal Kangkung, Cilok dengan Kuah Kacang dan pelbagai jenis Keropok tau!! Memang segar dan lazat.
AM sempat juga mencuba Daging Sapi Gongso dan AM sangat sarankan untuk mencuba menu Daging Sapi Gongso. Daging ini diperap bersama Kicap Manis Indonesia, Cili Merah dan campuran Rempah ratus termasuk kayu manis, buah pelaga, jintan putih, bunga lawing dan jintan manis. Daging yang telah diperap kemudiannya direbus selama 3 jam. Memang terbaik tau rasanya!!
Daging Sapi GongsoSelain daripada menu masakan Indonesia dan Malaysia, Restoran NOOK juga menyajikan menu barat dan masakan Cina serta India antaranya Ketam Kam Heong, Daging Goreng Lada Hitam, Tauhu Gaya Szechuan bersama Ayam Cincang, Kambing Vindaloo, Gosh Badami Kurma (Kurma Kambing), Daging Pedas Masala, pelbagai aneka Pizza, Jade Fish Picatta dengan Mexico Corn Salsa, Lasagna Sayuran, Fillet Ikan Pan Seared dan banyak lagi.
Buffet Ramadhan 2019 iaitu menu pencuci mulut di Restoran NOOK wajib dicuba. Antaranya Kuih Lapis Bandung, Kolang Kaling (Buah Kurma), Bubur Sumsum (Bubur Nasi kelapa manis), Sago Air Gula dan Kolak Ubi (Indonesia). Selain daripada tu ada juga Tapai Ubi, Bubur Pulut Hitam, Chocolate Brownies, Apple Crumble, Banana Bread serta Butter Pudding dengan Sos Vanila, ABC (Air Batu Campur), Lemon Meringue Pie, Strawberry Mousse Cheese Cake, Trio Chocolate Mousse Cake dan Fruit Berries Tart.
Kepada yang berminat untuk berbuka Puasa di Restoran NOOK, ada PROMOSI EARLY BIRD untuk buffet Ramdhan 2019 JOMS BUKA @ NOOK SELERA INDONESIAboleh juga didapati bermula 1 April - 3 Mei 2019 dengan harga RM105 (untuk pembelian 1 - 35 vouchers) dan RM95 (untuk pembelian 36 voucher keatas)
Untuk tempahan serta sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03-2723 1188 atau layari www.aloftkualalumpursentral.com
KATA ALONGMURNI
AM TAK SABAR MENANTI KUNJUNGAN RAMADHAN. SELAIN DAPAT BERIBADAH MENJALANKAN RUKUN ISLAM YANG KETIGA, PELBAGAI SAJIAN BUFFET MENGETENGAHKAN SAJIAN TRADISIONAL. AM MEMANG SARANKAN UNTUK YANG TINGGAL BERHAMPIRAN DENGAN KL SENTRAL UNTUK DATANG BERBUKA DAN MENCUBA MENU DI RESTORAN NOOK. HARGA BERBALOI DENGAN MENU YANG PADAT DENGAN RASA DAN MENYELERAKAN.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://alongmurni.blogspot.com/2019/03/buffet-ramadhan-2019-restoran-nook.html