Buffet Breakfast Murah Di Mr Boom Nan Keramat


2 kali ulang ke Mr Boom Naan kat area Keramat ni sebab buffet breakfast murah kat sini. Macamana tahu tempat ni ada buffet breakfast murah?Mr hubby yang ajak. Tak ingat macamana mr hubby boleh tahu Mr Boom Nan ni. Ada mr hubby cerita tapi sis lupa..haha. Faktor usia sangat..Salahkan usia padahal memang jenis pelupa..hehe..
BETUL KE BUFFET BREAKFAST MURAH KAT MR BOOM NAAN KERAMAT NI?Yea murah tapi..Ada tapi nya..Harga buffet untuk makanan saja tau. Minuman kira asing. Harga untuk buffet breakfast kat sini RM7 / seorang.. Murah kan..Makan lah apa yang termampu ikut saiz perut masing-masing tapi elakkan pembaziran sebab kat sini ada tampal note makanan yang tak habis akan dicaj.hehe..
Jadi makan lah berpada-pada. Ikut style k.fiezz, bila makan buffet macam ni makan sikit-sikit. Ambil makanan dalam portion sikit untuk apa-apa menu yang rasa nak makan. Dah habis baru ambil menu yang lain pula & masih dalam kuantiti sama iaitu sikit je. Bila dah makan tu sikit, ni sikit confirm kenyang juga. Jangan risau..Berbaloi dengan harga yang kita bayar. 
Paling k.fiezz suka kat Mr Boom  Naan ni, dekorasi kedai dia cantik giler weiii..Setiap sudut instagrammable sangat. Love it. Kalau korang jenis selamba, posing je ambil gambar. Macam k.fiezz yang pemalu ni, agak line clear baru ambil gambar. Kalau tengok orang ramai, errr tak lah. Ambil gambar makanan pun, ikut yang mana dan je. haha. Segan orang tengok..
Jomss tengok dalam Mr Boom Naan ni..

Dari luar. Dah nampak kan dekorasi dia yang meriah macam ada kenduri kahwin tu..hehe...Tips nak ke sini, datang awal pagi sebab orang tak ramai lagi. Masa kitaorang ke sini, ngam-ngam kedai baru buka pukul 7pagi. Jadi orang tak ramai lagi...Gigih bangun awal hari cuti nak gi breakfast kat sini...hehe..

Dalam kedai..Masuk-masuk ke sini, kita kena ke cashier dulu untuk buat pembayaran & order air. Nanti cashier akan bagi nombor meja. Setel part ni, masuk ke dalam & cari menu yang dah ada disediakan...Menu pilihan agak banyak juga. Antaranya Nasi Lemak, lontong, laksa, spaghetti, roti boom, roti biasa, aneka bubur termasuk bubur nasi, Roti Naan. Lepas tu nanti ada pekerja dia akan masak mee goreng atau apa-apa yang bergoreng. 

Siap pelamin bagai, hah..Ni kat pintu masuk.


Muka tak mekap weiii. Pagi-pagi hari cuti nak mekap, aiiii malas...Pakai toner, moisturizer, sunscreen & tepek loose powder, calit lipstick. Dah siap... 

Aneka bubur..


Antara menu-menu yang ada..Pilih lah ikut selera masing-masing..


Roti & pelbagai jenis jem..Nak bakar, pun boleh..Sebelah tu je.


Close up sikit menu..


Roti boom..Sebelah dia Roti Naan..Hat ni lambat sikit so makan lah dulu menu lain..Dah siap dorang masak, baru pi ambil.


Pilihan k.fiezz..Lontong...Laksa (tak ada gambar..ada ambil tapi gegor pula..haha..)Air - Milo, Teh Tarik, Nescafe

Makan ikut kemampuan perut masing-masing, yea..hehe

Laksa..K.fiezz ambil ni..Not bad rasa dia..


Kali kedua, repeat ke sini lagi dengan mak mertua, adik ipar & family dia.

BERBALOI KE BUFFET BREAKFAST MURAH KAT MR BOOM NAAN NI?
Dari segi harga, berbaloi walaupun harga air kira asing..haha. Biasa lah mana ada orang meniaga tak nak untung, kan. Jadi acceptable lah dengan dekorasi kedai dia pun sangat wow..Menarik perhatian pelanggan. 
Dari segi rasa makanan pula, ni ikut pendapat kitaorang je tau. Orang lain tak tau..haha. Kita start dengan lontong, untuk k.fiezz okey cuma kuah dia dah sejuk masa nak ambil tu tapi sebab sis memang suka lontong, ambil juga lah..Rasa kuah dia okey, meriah juga dengan isi cuma kuah je dah sejuk tapi rasa nya tetap ada. Nasi lemak, nasi dia macam keras sikit & tak ada rasa lemak sangat. Sambal dia, tak ingat sedap ke idak...Next bubur nasi pula, ni adik k.fiezz cakap tak ada rasa tapi dia risau kena caj, makan juga sampai habis..Udah lah dia pi ambil semangkuk penuh..haha..Nasib lah..Perabiskan juga lah..tapi lepas tu dia tak boleh nak masuk dah dengan makanan lain...Laksa, okey rasa dia..Sis suka especially laksa dia jenis kecil-kecil..Mee goreng, mr hubby ambil sikit untuk rasa sebab ramai cakap mee goreng kat situ sedap..Yup, memang sedap..K.fiezz pun ada cuit sikit ambil mr hubby punya..Overall ni menu yang kitaorang cuba & banyak lagi menu lain tak cuba sebab perut dah tak boleh nak isi makanan lagi.. Jadi k.fiezz bagi pendapat untuk menu-menu yang kitaorang dah cuba je lah yea. 
Kali kedua kitaorang repeat ke sini, selain lontong k.fiezz cuba spaghetti pula. err, rasa dia..tak berapa kena dengan tekak..hehe..Spaghetti keras & kuah dia kurang sedap..hehe.

Adik ipar & wife dia pula cuba roti naan dan roti boom. So kitaorang share rasa sikit seorang, not bad rasa roti naan & roti boom..Ada 2 jenis kuah kari diaorang ambil..Satu sedap, satu biasa-biasa je.

So ni lah antara menu yang kitaorang cuba dah 2 kali ulang ke Mr Boom Naan ni. Kalau nak tahu rasa makanan kat sini, korang boleh cuba sendiri. Mana yang duduk area KL, tak jauh pun kedai Mr Boom Naan ni, kat area Keramat sajo terutama yang nak mencari buffet breakfast murah.

SEDAP TU SUBJEKTIF...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2023/02/Buffet-Breakfast-Murah-Di-Mr-Boom-Naan-Keramat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pusat Aksesoris Sangkar Burung Murah Harga Grosir

Pusat Aksesoris Sangkar Burung Murah Harga Grosir

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 228 hits
Pusat Aksesoris Sangkar Burung Murah Harga Grosir Sobat kicaukan tak lengkap rasanya jika berbicara burung kicau tanpa sangkar Ya ibarat nasi tanpa piring Sangkar burung adalah tempat dimana sang burung kesayangan kita tinggal Sangkar burun...
Baju Sekolah Murah Dan Berkualiti Tinggi 2023 Di Pusat Pakaian Hari Hari

Baju Sekolah Murah Dan Berkualiti Tinggi 2023 Di Pusat Pakaian Hari Hari

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 372 hits
Pejam celik pejam celik 20 Mac 2023 ni merupakan tahun kedua EanRifqee belajar di sekolah kebangsaan Tahun depan pulak adiknya DianMikayla pulak dah nak bersekolah Pejam celik pejam celik dah 9 tahun dah usia dia dan adiknya pulak dah masuk...
Umrah Murah

Umrah Murah

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 640 hits
Umrah adalah ibadah sunat yang dilakukan oleh umat Islam di Mekah Arab Saudi Ia adalah perjalanan suci ke Baitullah dan melakukan beberapa rukun ibadah seperti tawaf sai dan lain lain Umrah boleh dilakukan bila bila masa saja sepanjang tahu...
Dapat Dana Rp4 13 T Btn Komitmen Beri Layanan Akses Kpr Murah Dan Cepat

Dapat Dana Rp4 13 T Btn Komitmen Beri Layanan Akses Kpr Murah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 235 hits
Direktur Utama Bank Tabungan Negara Persero Tbk Haru Koesmahargyo memastikan kredit pemilikan rumah pada tahun 2023 akan dioptimalkan Langkan progresif ini seiring BTN mendapatkan dana Rp4 13 triliun yang diperoleh usai right issue
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever