Budi Sabah Permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran Ipt 2023
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah kini mengumumkan Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) untuk pelajar Sabah.
Insentif khas ini diberikan kepada pelajar kelahiran Sabah yang melanjutkan pelajaran ke IPT dan pelajar sekolah yang berkelayakan. Pemberian yang melibatkan bertujuan untuk meringankan beban pelajar Sabah bagi meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Pengenalan Bantuan BUDI Sabah
BUDI merupakan bantuan yang disalurkan untuk pelajar dalam kalangan B40 dan M40 yang kali pertama masuk ke IPT sepenuh masa di seluruh negara yang diiktiraf Kerajaan.
Bagi tahun ini, bantuan ini akan terus dipertimbang dan diluluskan sehingga akhir tahun ini dengan sasaran lebih 6,000 pelajar
Jumlah Bantuan
Kadar bantuan yang akan diberikan kepada pelajar IPT yang berkelayakan secara one-off pada kadar berikut :
Diploma / Foundation / Matrikulasi : RM1500
Ijazah Sarjana Muda : RM2000
Tarikh Permohonan
Permohonan bantuan tunai pendaftaran IPT secara one-off ini sudah mula dibuka kepada pemohon yang layak.
Seperti tahun sebelumnya, pemberian bantuan dijangka akan bermula pada penghujung tahun.
Syarat-Syarat Kelayakan
Pelajar yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :
Permohonan terbuka kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta tahun 2023 sepenuh masa sahaja bagi kemasukkan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan.
Pemohon adalah warganegara Malaysia yang berasal dari SABAH dan berumur tidak melebihi 25 tahun.
Ibubapa pemohon tergolong dalam B40 dan M40 (salah satu ibubapa mestilah berasal dari SABAH)
Mendapat pengesahan kemasukkan (telah mendaftar) di IPT
Bantuan sebanyak RM1,500 bagi kelulusan Diploma/Foundation dan Matrikulasi. Manakala RM2,000 bagi Ijazah Sarjana Muda.
Permohonan hendaklah dibuat melalui ONLINE di laman sesawang berikut : http://budi.sabah.gov.my
Cara Memohon Bantuan Pendaftaran IPT BUDI Sabah
Pelayar yang berminat boleh lakukan permohonan secara atas talian menerusi pautan berikut : https://budi.sabah.gov.my/
Borang-permohonan-manual-BUDIDownload
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon perlulah kemukakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :
Salinan surat beranak (Pemohon dan Ibu bapa / penjaga)
Salinan kad pengenalan (Pemohon dan ibu bapa / penjaga)
Salinan slip gaji ibu bapa / penjaga (jika bekerja) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah / Ketua Kampung
Salinan slip keputusan SPM/STPM/STAM/DIPLOMA
Salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkenaan.
Salinan muka penyata akaun pemohon
Dapatkan pelbagai barangan keperluan Jualan Rahmah secara online di SINI.
Senarai Bantuan Pendidikan Oleh Kerajaan Negeri Sabah
Berikut dikongsikan juga inisiatif senarai bantuan-bantuan pendidikan untuk rakyat Sabah yang boleh dimohon melalui Kerajaan Negeri Sabah :
BAKTI : Bantuan Khas Tunai Peperiksaan – RM200 / seorang
BAIK : Bantuan Ihsan Komputer Sabah (1 komputer untuk 1 isi rumah)
Baca selanjutnya : https://ecentral.my/bantuan-ihsan-komputer-2-0/
BISTARI : Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri – RM100 bagi setiap bayi
Baca selanjutnya : https://ecentral.my/bistari/
AKSA : Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah
BALKIS : Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah
BISBAH : Bantuan Ihsan Sekolah Sabah
BAGUS : Bantuan Aktiviti PIBG Sabah
SEMESTA : Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Tunai Pendataran IPT (BUDI), anda boleh berhubung melalui butiran seperti di bawah :
Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Aras 29, Blok A, Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah
Jalan Sulaman, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu
Telefon : 088-369872
Laman Web : https://mttk.sabah.gov.my/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/budi-sabah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=budi-sabah