Budaya Kulinari Kuno Dan Lestari T Rkiye Diraikan Di Seluruh Dunia Sepanjang Minggu Masakan Turki


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum dan Selamat Petang... Bonde nak kongsikan info berkaitan:
Budaya kulinari kuno dan lestari Türkiye diraikan di seluruh dunia sepanjang Minggu Masakan Turki 
Kuala Lumpur, 29 Mei 2023 – Minggu Masakan Turki (Turkish Cuisine Week) yang berlangsung mulai 21-27 Mei setiap tahun bakal menjadi perayaan antarabangsa gastronomi Turki yang memiliki jejak pelbagai tamadun serta dilimpahi tanah yang subur dan warisan sejarah. Sepanjang edisi kedua Minggu Masakan Turki berkenaan, tumpuan diberikan kepada hidangan makanan serantau Hatay, yang diiktiraf sebagai "Kota Gastronomi ke-26 Dunia" oleh Rangkaian Kota Kreatif UNESCO. Minggu Masakan Turki ini juga akan mengetengahkan amalan pengeluaran lestari dan sifar sisa dalam budaya makanan Turki.

Minggu Masakan Turki diselaraskan oleh Kementerian Budaya dan Pelancongan Republik Türkiye. Misi diplomatik Türkiye di seluruh dunia menganjurkan pelbagai aktiviti dan kempen media sosial untuk mempromosikan citarasa tersendiri sajian Hatay.

Acara Minggu Masakan Turki di seluruh dunia tahun ini memaparkan menu unik yang menyatakan dedikasi kepada citarasa masakan Hatay. Hatay, sebahagian daripada Rangkaian Kota Kreatif (Creative Cities Network) UNESCO dalam bidang gastronomi, merupakan salah satu daripada bandar Turki yang menggamit perhatian lantaran sajian makanannya yang tersendiri. Masakan Hatay menggabungkan minyak zaitun dan bijirin berkualiti tinggi, kekacang, sayur-sayuran,  buah-buahan, herba tempatan dan dan rempah-ratus yang ditanam di tanah subur yang dikuasai iklim Mediterranean. 
Di Malaysia, Minggu Masakan Turki dimulakan dengan majlis makan malam eksklusif yang dihoskan oleh Duta Türkiye ke Kuala Lumpur, Tuan yang Terutama (H.E.) Emir Salim Yüksel, diikuti oleh aktiviti dalam talian yang menampilkan Chef Maximilian J. W. Thomae dan bengkel demonstrasi Hidangan Turki yang mengetengahkan kısır (salad bulgur) dan Sini Kebabı/Tepsi Kebabı kepada 29 pelajar Le Cordon Bleu Malaysia. 

Kedutaan Türkiye di Malaysia Memulakan Minggu Masakan Turki 
Sebagai sebahagian daripada Minggu Masakan Turki, Duta Türkiye ke Kuala Lumpur, H.E Emir Salim Yüksel menganjurkan majlis makan malam eksklusif untuk memperkenalkan menu istimewa tahun ini yang terdiri daripada hidangan tempatan  masakan Hatay.   

“Menerusi Minggu Masakan Turki selama seminggu, hidangan tradisional Turki yang menyihatkan, bebas daripada sisa dan lestari ini dipromosikan pada skala antarabangsa. Türkiye ialah antara lima negara utama yang mempunyai nilai warisan paling tidak ketara yang tercatat dalam senarai Warisan Budaya Kemanusiaan Tidak Ketara (Intangible Cultural Heritage of Humanity) UNESCO . Antara hidangan berkenaan, kami juga menyediakan resipi tradisional Turki seperti roti pipih serta keşkek, sejenis hidangan Turki daripada daging dan gandum; dan pes mesir, adunan daripada 41 herba dan rempah-ratus. Kopi Turki juga menjadi sebahagian daripada  Senarai Warisan Tidak Ketara UNESCO yang melambangkan bukan sahaja teknik bancuhan istimewa tetapi juga khazanah budaya dan sejarah tradisional kaum,” kata Duta Türkiye ke Kuala Lumpur, H.E Emir Salim Yüksel.





Duta Türkiye ke Kuala Lumpur, H.E Emir Salim Yüksel mengalu-alukan tetamu di kediaman rasminya.
H.E Emir Salim Yüksel menambah, “Warisan budaya tidak hanya merujuk kepada monumen dan artifak, ia sebenarnya menjangkau lebih daripada itu dengan budaya, adat resam, upacara, kemahiran dan resipi yang diwarisi daripada nenek moyang kita dan diturunkan kepada anak cucu, seperti ditakrifkan oleh UNESCO. Hidangan yang kami sediakan untuk anda hari ini datangnya dari bandar Hatay, salah sebuah bandar dalam bidang gastronomi Rangkaian Kota Kreatif UNESCO.”
Sewaktu majlis makan malam berkenaan, peserta turut menyaksikan demonstrasi penyediaan "daun anggur dengan daging sumbat " dan kısır disediakan oleh chef Turki yang terkenal, Chef Turgay Gündodu dan disajikan dengan hidangan Hatay, termasuk biberli ekmek (roti pipih dengan pes lada merah), salad buah zaitun, hummus, kısır dan “kunefe” (pencuci mulut kadayıf dengan keju).


Chef Turki, Chef Turgay Gündodu menunjukkan demonstrasi menyiapkan kısır, sejenis salad bulgur daripada tomato dan herba segar
Tradisi Masakan Turki Kuno, Lestari, Sifar Sisa, Sihat dan Tak Lapuk Dek Zaman
Peserta acara Minggu Masakan Turki turut menyertai aktiviti dalam talian secara langsung yang mana Chef Maximilian J. W. Thomae menyediakan hidangan asli Hatay kısır menggunakan bahan tempatan dan teknik memasak tradisional, sekali gus mendekati dengan lebih terperinci masakan Turki kuno dan lestari ini. Siaran langsung berkenaan ditonton oleh peserta yang diundang dan mereka berpeluang untuk mempelajari masakan Turki yang kaya biodiversiti serta kesediaan dan potensinya untuk seiring dengan pelbagai trend pemakanan. Peserta mempelajari secara langsung kaedah masakan Turki yang berasaskan pendekatan lestari dan sifar sisa. Resipi sihat dan tak lapuk dek zaman menyatukan peserta sekitar acara makan minum Turki ini yang diatur dalam suasana perpaduan, kebersamaan dan kelestarian budaya. 






Kisir (salad bulgur)
Meja dilimpahi Tamadun HataySebagai sebahagian daripada acara menyebarkan warisan kulinari kota berkenaan yang menyaksikan pelbagai tamadun sejarah, Chef Turgay Gündodu turut mengadakan demonstrasi kepada 29 pelajar kulinari Le Cordon Bleu Malaysia. Ketika demonstrasi berkenaan, pelajar terbabit berpeluang menyediakan kısır dan Sini Kebabı/Tepsi Kebabı.


Chef Turgay Gündodu menunjukkan demonstrasi hidangan kepada pelajar  Le Cordon Bleu Malaysia 
Untuk maklumat lanjut mengenai Minggu Masakan Turki, sila layari laman sesawang turkishcuisineweek.com/homepage







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.bondezaidalifah.com/2023/05/budaya-kulinari-kuno-dan-lestari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spider Man Across The Spider Verse Menguasai Box Office Seluruh Dunia Pada Minggu Pembukaan

Spider Man Across The Spider Verse Menguasai Box Office Seluruh Dunia Pada Minggu Pembukaan

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 385 hits
Selepas hampir sedozen filem Spider Man terus menguasai box office seluruh dunia Beberapa tahun yang lalu Spider Man Now Way Home telah mengejutkan peminat seluruh dunia dengan kutipan minggu pembukaan sebanyak AS 260 juta dan kini Spider M...
Kata Kata Motivasi Dari Seluruh Dunia Buat Jiwa Healing

Kata Kata Motivasi Dari Seluruh Dunia Buat Jiwa Healing

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 266 hits
Anda mencari kata kata motivasi untuk healing zaman sekarang Jom di sini saya kumpulkan beberapa kata motivasi dari seluruh dunia NUSANTARA Dalam hidup kita cuma satu yang kita punya yaitu keberanian Kalau tidak punya itu lantas apa harga h...
Negara Negara Di Seluruh Dunia Terus Membeli Emas

Negara Negara Di Seluruh Dunia Terus Membeli Emas

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 482 hits
Menurut Bank Negara Poland rizab emas negara meningkat kepada 7 828 juta auns troy bulan lepas Pada April bank pusat memperoleh 14 8 tan emas menandakan peningkatan terbesar sejak Jun 2019 apabila rizab Poland meningkat sebanyak 94 9 tan Pa...
Dilaporkan Hampir Semua Portal Berita Seantero Dunia

Dilaporkan Hampir Semua Portal Berita Seantero Dunia

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 175 hits
Malaysia mencatatkan lebihan akaun semasa berjumlah RM4 3 billion pada suku pertama tahun 2023 Apabila sirih pulang ke gagang apabila Malaysia melantik mantan Menteri Kewangan Terbaik Asia suatu ketika dahulu serta seorang yang istiqomah me...
Pengarah Apm Kedah Meninggal Dunia Jatuh Di Everest

Pengarah Apm Kedah Meninggal Dunia Jatuh Di Everest

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 338 hits
Samadi Ahmad dan Zuliaty Zulkifiam hmetro com myAWANG Askandar meninggal dunia hari ini selepas terjatuh ketika mendaki ke puncak Everest FOTO Ihsan ME 2023 Putrajaya Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Kedah yang juga pendaki Malaysia Everes...
8 Artis Cantik Dunia Yang Jadi Inspirasi Nama Latin Flora Dan Fauna

8 Artis Cantik Dunia Yang Jadi Inspirasi Nama Latin Flora Dan Fauna

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 229 hits
Spesies spesies tumbuhan dan binatang ini meminjam nama nama selebriti cantik dunia untuk nama latinnya
Good Virtues Co Bersama Uitm Bimbing Usahawan Muda Ke Dunia Sebenar

Good Virtues Co Bersama Uitm Bimbing Usahawan Muda Ke Dunia Sebenar

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 267 hits
Baru baru ini jenama penjagaan peribadi halal terkemuka Good Virtues Co bersama Universiti Teknologi Mara telah menjalankan program Do Good Challenge bagi memperkasakan belia Malaysia dengan pengetahuan dan kemahiran usahawan dunia sebenar ...
10 Bandaraya Dengan Penduduk Paling Padat Di Dunia 2023

10 Bandaraya Dengan Penduduk Paling Padat Di Dunia 2023

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 250 hits
Tokyo sekali lagi dinobat Bandaraya dengan penduduk paling padat didunia Walaubagaimanapun penduduk Tokyo semakin menurun sebab setiap tahun semakin ramai yang pindah keluar dari Tokyo malah Tokyo Osaka adalah Bandar2 besar didunia dimana p...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba