Budak Lelaki Menangis Gara Gara Tidak Sempat Membeli Tiket Ini Tindakan Kapten Harimau Malaya
Budak Lelaki Menangis Gara-Gara Tidak Sempat Membeli Tiket – Ini Tindakan Kapten Harimau Malaya. Kehangatan aksi Final pusingan pertama di antara Malaysia menentang Vietnam malam ini telah membawa kepada pelbagai isu, antara isu yang menjadi hangat adalah munculnya ulat tiket dan perkara ini sudah dijangkakan.
Melalui pemerhatian kami, ramai diantaran ulat tiket telah membuka harga tiket sehingga mencecah RM250 yang asalnya hanya dijual RM40 untuk tempat duduk terbuka, RM50 bagi grandstand dan RM5 untuk kanak-kanak.
Oleh itu, ia menyebabkan ramai peminat yang berasa kecewa kerana tidak berjaya mendapatkan tiket perlawanan ini, sehingga tersebar satu video menunjukkan seorang budak lelaki menangis teresak-esak kerana tidak sempat membeli tiket.
Cian adik ni. Penangan ulat tiket.Nampaknya ulat-ulat betina dan jantan sudah mula kepanasan dibakar netizen.
Posted by HarimauMalaya on Sunday, 9 December 2018
Video yang dikongsikan oleh halaman Facebook HarimauMalaya ini telah mendapat 108,000 tontonan, 2,300 likes, 1,058 comments dan 601 shares.
Walaubagaimanapun, skuad Harimau Malaya yang dibawa oleh ERA telah mencari adik Aqeef ini dan telah memberikan tiket perlawanan akhir malam ini. Ia diberikan secara terus oleh kapten Harimau Malaya @zaqone_08.
Sumber: Oh Media!
Wanita Ini Mahu Stafnya Utamakan Keluarga Daripada Kerja, Rela Tutup Syarikat Daripada Lihat Pekerjanya Bersedih
Seorang wanita yang juga seorang ahli perniagaan yang berjaya ini mungkin menjadi majikan dambaan semua pekerja di seluruh dunia.
Charity Delmo, seorang wanita berbangsa Filipina merupakan pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Ideal Vista Consultancy telah berkongsi satu kemas kini yang amat menyentuh hati di laman facebook miliknya.
Melalui kemas kini tersebut, Delmo meminta semua pekerja yang bekerja di syarikatnya supaya sentiasa mengutamakan ahli keluarga dan orang tersayang berbanding syarikat dimana mereka berkhidmat.
”Saya mengambil kamu bekerja dengan harapan kamu dapat menafkahi keluarga kamu dengan baik, bukannya merampas kamu daripada mereka. Untuk melatih kamu dengan kemahiran bekerja, bukannya merosakkan kemahiran keibubapaan kamu. Untuk menjadikan kamu insan yang lebih baik, bukan sahaja untuk syarikat bahkan untuk keluarga kamu,” katanya.
Menurut Delmo lagi, apabila stafnya perlu memilih antara keluarga dengan syarikat, beliau merayu agar mereka mengutamakan keperluan keluarga terlebih dahulu berbanding syarikat.
”Apabila tiba masanya kamu perlu memilih antara menghadiri aktiviti sekolah anak-anak kamu ataupun menghadiri mesyuarat dengan klien, atau tersepit diantara permintaan isteri atau suami kamu dengan arahan saya sebagai majikan, tolong utamakan merela terlebih dahulu.
”Saya tahu, tidak semua majikan memahami prinsip yang saya pegang dalam kempimpinan syarikat. Tetapi saya lebih rela menutup syarikat berbanding melihat kamu terlepas aktiviti-aktiviti sekolah anak-anak kerana menghadiri mesyuarat.
Bersedih
”Atau melihat kamu berada dalam keadaan bersedih disebabkan ketidaksefahaman diantara kamu dengan orang tersayang.
”Mereka memberikan kamu ‘rumah’ pertama sebelum syarikat memberikan kamu ‘rumah’ kedua, mereka keluarga kamu terlebih dahulu sebelum kamu menjadi sebahagian daripada keluarga kami di syarikat,” katanya.
Delmo juga percaya bahawa pekerja yang bahagia ketika di rumah pasti akan gembira untuk bekerja.
”Jadi, pulanglah ke rumah. Ada di rumah. Kerja boleh tunggu, saya pun boleh tunggu. Keluarga dan rumah kamu, sekali ia hancur ia tidak akan sama lagi, termasuk kamu,” katanya.
Sumber : Charity Delmo
The post (Video) Budak Lelaki Menangis Gara-Gara Tidak Sempat Membeli Tiket – Ini Tindakan Kapten Harimau Malaya appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/video-budak-lelaki-menangis-gara-gara-tidak-sempat-membeli-tiket-ini-tindakan-kapten-harimau-malaya/