Budak Cemerlang Liverpool Perkasa Cabaran Lyon
‘Budak’ cemerlang Liverpool perkasa cabaran Lyon
LYON ikat Morton lima tahun. FOTO FB Liverpool Malaysia
Lyon: Pemain tengah Liverpool, Tyler Morton menyertai kelab Ligue 1, Lyon, dengan kontrak selama lima tahun, umum kelab Perancis itu, semalam.
Pemain berusia 22 tahun itu tiba dari juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan yuran perpindahan sebanyak 10 juta euro (RM48.93 juta).
“Olympique Lyonnais mengumumkan ketibaan pemain tengah Tyler Morton dari Liverpool. Pemain antarabangsa remaja England itu menandatangani kontrak lima tahun yang akan berlangsung sehingga 30 Jun 2030,” tulis Lyon dalam satu kenyataan di laman web rasmi kelab.
Morton menyertai akademi Liverpool pada usia tujuh tahun dan menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama The Reds pada usia 17 tahun.
Dia membuat 14 penampilan bersama skuad utama dan pernah menjalani dua tempoh pinjaman di divisyen kedua England bersama Blackburn dan Hull.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
Morton mewakili England sebanyak 13 kali di peringkat bawah 21 tahun dan memainkan peranan penting ketika pasukan itu dinobatkan sebagai juara Eropah pada Jun.
Pemain tengah bertahan itu menjadi pencetus kepada gol kemenangan dalam perlawanan akhir menentang Jerman apabila hantaran silangnya tepat disambut dengan tandukan oleh Jonathan Rowe.
‘Budak’ cemerlang Liverpool perkasa cabaran Lyon
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
The post ‘Budak’ cemerlang Liverpool perkasa cabaran Lyon appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2025/08/06/budak-cemerlang-liverpool-perkasa-cabaran-lyon/