PENYERANG Manchester United, Alejandro Garnacho menolak masuk gol pertama buat pasukannya ketika aksi final Piala FA menentang Manchester City di Stadium Wembley, sebentar tadi.-AFP
Keputusan itu pastinya memberi peluang kepada pengurus United, Erik ten Hag untuk kekal di Old Trafford meskipun dilaporkan bakal dipecat oleh kelab tersebut walaupun berjaya memenangi Piala FA.
ERIK Ten Hag menjulang Piala FA selepas berjaya menewaskan Manchester City di final kejuaraan itu di Stadium Wembley.-AFP
Tahun lalu, City menundukkan United 2-1 pada final dalam laluan untuk melakar catatan mengagumkan treble yang termasuk kegemilangan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara.
PEMAIN tengah Manchester United, Kobbie Mainoo meraikan gol kedua ketika aksi final Piala FA menentang Manchester City di Stadium Wembley, sebentar tadi.-AFP
Pemain berusia 19 tahun, Garnacho meletakkan United didepan pada minit ke-30, disusuli ledakan Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian untuk memastikan pasukan itu selesa mendahului 2-0 pada babak pertama.
PEMAIN-Pemain Manchester City kecewa selepas gagal mempertahankan kejuaraan Piala FA.-AFP
Kejayaan United memenangi Piala FA tahun ini menambah koleksi trofi mereka kepada 13 dan hanya berbeza satu piala dengan Arsenal yang masih memegang rekod sebagai pasukan terbanyak memenangi kejuaraan berkenaan.-AGENSI|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |