Buat Visa Di Kedutaan Indonesia
Memandangkan aku akan pergi ke Surabaya, Indonesia untuk program mobiliti satu semester nanti aku kenalah sibuk buat visa untuk urusan permit belajar dekat sana nanti.
Kedutaan Indonesia terletak dekat Jalan Tun Razak berdepan dengan Prince Court Medical Centre. Betul-betul sebelah jalan raya dan memanglah sesak gila. Untuk sesiapa yang nak ke Kedutaan Indonesia naik pengangkutan awam boleh turun di MRT Tun Razak Exchange (TRX) dan jalan sedikit. Rasanya itu sahaja stesen MRT yang terdekat.
Sesiapa yang nak buat visa di Kedutaan Indonesia untuk mengelakkan korang jadi macam aku, sebab terpaksa pergi ke sini sampai kali ke-3 baru dapat buat visa. Kali pertama dan kedua pergi nombor habis. Stress sangat dan nasib baiklah aku duduk di Setiawangsa tak perlu bergerak jauh sangat untuk ke Kedutaan Indonesia.
Bayangkan kali pertama pergi ke sana pada pukul 11 pagi dan aku diberitahu oleh pakcik yang jaga kaunter nombor yang nombor untuk buat visa dah habis dan aku cuma dapat ambil borang visa sahaja. Jadi hari berikutnya aku pergi sekali lagi dan tiba di Kedutaan Indonesia jam 9.30 pagi. Nombor habis sekali lagi!
Untuk pengetahuan Kedutaan Indonesia beroperasi pada pukul 9 pagi hingga 5 petang. Dan nombor untuk buat visa pulak dikeluarkan 120 nombor sehari dan apa yang korang kena buat adalah beratur awal seawal 7 pagi untuk pastikan korang antara pemegang kelumpuk nombor 120 itu.
Kali ketiga aku sampai di Kedutaan Indonesia hari keesokannya pada pukul 7.30 pagi dan dapat nombor 37. Lega dan puas hati! Terdapat beberapa jenis visa yang ada dan visa yang aku kena buat ialah Social & Cultural Visit Visa (VKSB) yang dikenakan bayaran sebanyak RM205.
Gambaran panjangnya barisan beratur sejak awal 7 pagi.
Untuk permohonan visa sila beratur di Gate 2 ye! Jangan tersalah gate pulak nanti sia-sia beratur sebab nombor habis. HAHAHA.
Dan proses untuk pengambilan visa pulak aku rasa lebih tenang iaitu hari keesokannya diantara pukul 2 petang hingga 5 petang. Untuk proses permohonan visa pula cuma sebelah pagi iaitu pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari. Tak sampai 5 minit pon masa untuk pengambilan visa. Cuma letakkan resit bayaran yang korang akan diberikan selepas selesai buat permohonan visa di kaunter dan tunggu nama korang dipanggil.
Aku nasihatkan untuk tiba dan beratur awal di kedutaan dan tak lupa untuk bawa dokumen lengkap yang diperlukan seperti; salinan passport, gambar 2 keping, surat sponsor dan E-ticket penerbangan ke Indonesia. Duit pon jangan lupa bawak ye!
Selamat beratur dan jadi pemegang nombor!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.lakiterok.com/2017/07/buat-visa-di-kedutaan-indonesia.html