Buat Video Tidak Bergoyang Dah Dengan Selfie Stick Tripod Bobot P01 Membantu Dengan Auto Face Tracking
Baru-baru ini, saya mahu hilangkan penat minda dalam ghostwriting job dan buka aplikasi di TikTok. Kemudian, terjumpa pula video Selfie Stick Tripod. Ya Allah! masa tu kan, saya jeling jer lah. Rasa macam tidak penting pun tripod. Tambahan lagi, saya ni Ghost Writer, iaitu bidang saya semuanya dalam penulisan. Tidak berkaitan pun dengan video semua.
Selfie stick Tripod Bobot P01, untuk mereka yang suka buat video
Mahu dijadikan cerita, saya pun campak ego sejauh mungkin. Saya terima kata-kata sifu. Beliau pernah pesan kepada saya bahawa, walaupun awak tawarkan servis sahaja dan tidak menjual produk. Video tetap perlu dilakukan. Perlu bergerak seiring dengan perkembangan masa dan teknologi supaya bisnes kekal relevan. Teringatkan kata-kata sifu, terus saya klik bakul oren di akaun salah seorang affiliate. Settle!
Apakah Selfie Stick Tripod Auto Face Tracking
Selfie stick tripod adalah satu gadget untuk content creator atau sesiapa sahaja yang mahu menghasilkan video dan lakukan LIVE tanpa perlu memegang smartphone mereka di tangan. Ianya boleh diletakkan smartphone ke tripod tersebut. Mudah kan?
Siapa yang perlukan Selfie Stick Tripod Auto Face Tracking?
1. Youtuber
2. Tiktokers
3. Kaki Travel yang suka buat video sewaktu pergi melancong.
4. Mereka yang tiada sesiapa untuk jadi tukang rakam video kalian.
5. Mereka yang suka selfie.
6. Mereka yang berbisnes, mahu buat LIVE di media sosial seperti di Facebook, Tiktok, Youtube, dan Instagram. WAJIB BELI~
Apakah features berbeza yang ada di Selfie Stick Tripod berbanding tripod lain?
Ciri utamanya adalah 360' rotation.
Bermakna anda boleh letakkan smartphone di tripod ini dan ianya boleh berpusing sehingga 360 darjah, mengikut pergerakan muka kalian ( Rotation Face Tracking ).
Kedudukan
Smartphone boleh diletakkan secara melintang dan menegak.
Switch Freely
Keselamatan penting untuk smartphone. Jadi, keberadaan smartphone dalam keadaan selamat. Ianya kemas dipegang oleh holder yang kukuh. Tidak akan bergoyang sewaktu sesi rakaman video di lakukan.
No App
Paling seronok, selfie tripod ini tidak menggunakan apa-apa device untuk pemasangan. Terus ON buang, dan terus boleh buat video.
Intelligent Tracking and Gesture Shoot
Selfie Tripod yang bijak, ianya mampu menjejaki muka individu yang sedang lakukan LIVE atau membuat video. Andai kata kalian bergerak ke kiri, stick tripod membantu smartphone kalian untuk turut bergerak ke arah kiri. Wah~ best kan? nampaklah video kalian seakan pro. Nampak seakan ada videographer, walhal Selfie Tripod ini yang bekerja.
Fits Tripods
Selain kalian membuat video bercakap secara duduk. Kalian juga boleh jadikan selfie tripod ini dan sambungkan kepada stand tripod. Yang mana ianya perlu di sambung kepada stand tripod. Di bawah selfie tripod mempunyai satu lubang skru untuk sambungan.
Selfie Stick Tripod tidak perlu bateri
Jika kehabisan bateri, kalian perlu pengecas sahaja. Ianya tidak memerlukan penggunaan bateri. Stick tripod didatangkan sekali bersama USB Cable.
Spesification :
Product Model : P01 Desktop Gimbal
Main Material : ABS
Product Colour : Black, White, Pink
Product Size : 183.7 x 95 X 95 mm ( white base )
Product weight : 220 g
Mount Holder : 40-80mm
Saya nasihatkan, jika kalian nak jadi content creator boleh terus dapatkan Selfie Stick Tripod ini sekarang.
Bagaimana cara penggunaan Selfie Stick Tripod Bobot P01 Auto Face Tracking
Tekan butang ON/OFF sehingga bewarna HIJAU. Jika mahu OFF, tekan sehingga butang bewarna MERAH.
Mempunyai 2 butang kamera. Iaitu simbol gambar duduk atau berdiri. Jika kalian mahu video bercakap duduk, kalian tolak butang ke bawah. Manakala, jika kalian bercakap berdiri boleh tolak tombol ke simbol orang berdiri sahaja.
Stick akan berpusing bergerak mengikut pergerakan kalian.
Jika mahu sambungan ke tripod tambahan kalian, sambungkan di bahagian skru bawah Bobot PO1 Auto Face Tracking Selfie Stick Tripod.
Akhir kata, saya sangat berpuas hati dengan Selfie Stick Tripod ini. Yang mana, kualiti video saya lebih jelas tanpa gegaran dan bergoyang dengan adanya tripod. Selama ini video saya di TikTok hanya separuh muka je tau, sebab saya tiada pembantu untuk rakam. Tapi kali ini dari bahagian muka sehingga paras dada sudah muncul di Video saya. Tidak letih lagi asyik pegang je smartphone setiap kali lakukan video di TikTok. Fuh~ selesai pencarian tripod bertahun-tahun. Hilang satu masalah saya nak lakukan video.
Saya beli di sini > Bobot P01 Selfie Stick Tripod
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/2023/06/buat-video-guna-selfie-stick-tripod-rotation-face-tracking.html