Buat Tutorial Make Up Sambil Pertahan Muslim Uighur Video Tik Tok Remaja Ini Digantung
Baru-baru ini tular sebuah video Tik Tok seorang perempuan dari Amerika Syarikat.
Video yang kononnya untuk tutorial lentikkan bulu mata itu disambung dengan dia bercakap tentang dakwaan layanan kerajaan China terhadap orang Islam Uighur di sebuah kem tahanan di Xinjiang.
Here is a trick to getting longer lashes! #tiktok #muslim #muslimmemes #islam pic.twitter.com/r0JR0HrXbm
— feroza.x (@x_feroza) November 25, 2019
Hai semua! Saya mahu mengajar anda bagaimana untuk mendapatkan bulu mata yang lentik dan panjang. Jadi perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah ambil pengepit bulu mata anda dan kepitkan bulu mata anda.
Kemudian anda letakkan pengepit bulu mata itu dan ambil telefon anda yang anda gunakan sekarang untuk mencari apa yang berlaku di China:
Macam mana mereka ditempatkan di kem tahanan, membuang orang-orang Islam yang tidak bersalah di sana, memisahkan keluarga mereka dari satu sama lain, menculik mereka, membunuh mereka, merogol mereka, memaksa mereka makan makanan tidak halal, memaksa mereka untuk meminum arak, memaksa mereka untuk menukar agama yang berbeza dan lain-lain lagi.
Mereka akan, tentu saja, dibunuh. Orang yang pergi ke kem-kem tahanan ini tidak kembali dalam keadaan hidup. Ini adalah satu lagi Holocaust, namun tiada siapa yang bercakap mengenainya.
Sila sedar. Tolong sebarkan tentang perkara ini.
Jadi, anda boleh mengambil pengepit bulu mata anda semula.
Walaubagaimanapun, pada hari yang sama video tersebut di muatnaik, akaun TikTok Feroza telah digantung kerana dikatakan melanggar Comunity Guideline.
China is scared of the truth spreading. Let’s keep scaring them and spread the truth. Save the Muslims #chineseholocaust #muslim pic.twitter.com/GbreNFWBEc
— feroza.x (@x_feroza) November 25, 2019
Sampai sekarang, China masih menafikan tentang isu ini dan berkata kem itu bukan digunakan untuk menyeksa orang yang bukan islam tetapi untuk tujuan pendidikan.
Sumber : Twitter
The post (Video) Buat Tutorial ‘Make Up’ Sambil Pertahan Muslim Uighur, Video Tik Tok Remaja Ini Digantung appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/12/19/video-buat-tutorial-make-up-sambil-pertahan-muslim-uighur-video-tik-tok-remaja-ini-digantung/