Buat Persiapan Persekolahan Di Pasaraya Hari Hari


BUAT PERSIAPAN PERSEKOLAHAN DI PASARAYA HARI HARI. Dah habis cuti untuk Tahun baru cina mungkin sekarang ramai dah mula membeli belah untuk keperluan persekolahan anak anak yang akan bermula bulan march nanti, kan? Ada yang memilih untuk membeli terus di kedai fzikal ada yang malas nak bersesak memilih untuk beli secara atas talian. Sekarang ni banyak pasaraya yang membuka kedai atas talian di platform macam shopee, lazada tapi tiktok aku tak pasti sangat. Jadi memudahkan para ibu bapa untuk membuat persiapan persekolah mengikut apa yang mereka selesa.
Aku dah pun siap membeli barang barang asas untuk persekolahan anak aku. Macam biasa setiap tahun kami beli di pasaraya hari hari sahaja. Yelah.. sesetengah orang dengar... hari hari? takde kelassssss!! Kisah pulak aku dengan kelas tak kelas kau! Yang penting bagi aku di pasaraya hari hari menawarkan harga keperluan persekolahan yang sangat berbaloi dan mampu milik. 
Setiap tahun aku akan membeli pakaian sekolah dari jenama Jony&Jeny. Setiap tahun ok! Sebab apa? Sebabnya jenama ni bagi aku kualiti pakaian sekolah dia memang sangat terbaik. Setiap tahun aku memilih pakaian dari material cotton. Kain yang tebal dan tidak panas. Selain warnanya tidak mudah bertukar jadi kekuningan walau lama di pakai. Setiap tahun kondisi baju sekolah anak aku tak pernah rosak atau warna berubah jadi kekuningan & buruk. Biasa kalau tukar baju baru hanya sebab size sahaja. Yelah.. budak budak tengah membesar kan. Setiap tahun akan berubah saiz.
Ni baju tahun lepas. Masih elok. Kain tak bertukar kuning. Sebab tu aku suka baju sekolah jenama johny & jenny ni. 
Tahun ni aku habiskan sebanyak RM200 bagi aku dah paling bajet untuk beli sepasang baju sekolah menengah, 3 pasang tudung sarung, 1 pasang kasut sekolah, 2 pasang anak tudung, dua pasang seluar sukan/koko dan 1 pack stoking yang ada 3 pasang. Selebihnya kena tunggu hari bersemuka untuk beli baju sukan/kokurikulum dan lain lain keperluan sekolah yang perlu di beli di koperasi sekolah nanti. 
Tahun ni ramai yang mengeluh kerana harga barang keperluan mula naik, tarikh buka sekolah untuk darjah/tingkatan baru tak jauh dengan puasa seterusnya raya. Jadi agak kelam kabut masing masing nak kira bajet kan.. Itulah hidup sekarang makin keras. Kita tak ada pilihan lain selain berusaha juga untuk mencukupkan segala keperluan hidup. Terpaksa utamakan yang mana lebih penting. Macam keperluan sekolah. Mungkin tahun ni ramai memilih pakai semula baju raya yang tahun tahun lepas. OK jer sebenarnya. Aku ni last beli baju raya tahun bila pun dah tak ingat. Bagi aku baju raya ni selagi baju tu masih elok, masih baru masih berseri seri di pakai di hari raya tak perlu pun nak baru setiap tahun melainkan untuk anak anak. Anak anak dalam fasa membesar selain faktor saiz kita kena letak diri kita di tempat mereka. Itu salah satu perkara yang mereka nak rasai. Hari raya pakai baju raya baru. Kita dulu lalui perkara yang sama. Kita pun akan sedih kalau tak ada baju raya. Selagi mampu tak salah adakan baju baru untuk anak anak kan?
Jadi yang mana ada pakaian sekolah atau baju baju raya yang lepas lepas dah tak muat untuk di pakai boleh la di sedekah kepada golongan yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka di samping benda tu tak jadi satu pembaziran di buang macam tu sahaja. Dalam nak memberi tu tak perlu la banyak kriteria sangat di letakan pada bakal penerima. Aku pernah baca orang nak sedekahkan baju terpakai. Di sebabkan baju baju dia yang katanya berjenama mahal.. kriteria dia Allahu.. Takkan la lepas bagi kau nak follow up setiap bulan tanya keadaan baju kau bagi tu di jaga dengan elok ke tidak. Aku mudah.. sebab aku bukan jenis pakai barang berjenama terutama pakaian. Jika ada yang masih baru elok.. Aku kumpul packing elok elok aku pergi letak kat bawah apartment aku ni siapa memerlukan ambil la. Selepas dia ambil.. macam mana dia jaga terpulang la. Kalau nak bersedekah pun banyak songeh sangat, simpan je la biar jadi harta karun dalam rumah kau.
Jadi yang belum buat persiapan persekolah.. dahulukan persiapan persekolahan dari persiapan raya. Sebab pendidikan tu lebih penting. Insya Allah ada rezeki lain untuk sambut raya nanti. Jangan terlalu bersedih.. Ingat bukan kita sahaja yang susah sekarang ni malah ramai lagi. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://lekatlekitgurl.blogspot.com/2024/02/buat-persiapan-persekolahan-di-pasaraya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Tips Jadi Makin Bijak Dan Cerdik Setiap Hari

10 Tips Jadi Makin Bijak Dan Cerdik Setiap Hari

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 160 hits
Ramai yang tanya macamana saya boleh dapat all this information masa mana belajar dan sebagainya Ada yang siap PM bini saya lagi tanya Ini saya kongsikan 10 tips untuk anda jadi makin cerdik setiap hari 1 READ BOOKS Setiap pagi ambil masa 2...
Maxim E Hailing Meraikan Sambutan Hari Malaysia Bersama Anak Yatim

Maxim E Hailing Meraikan Sambutan Hari Malaysia Bersama Anak Yatim

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 132 hits
Kuala Terengganu Pada Hari Malaysia wakil Maxim E hailing Kuala Terengganu mengadakan aktiviti bersama Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah untuk meraikan tarikh keramat ini dengan anak anak yatim Pasukan dari Maxim menyumbangkan bara...
Pelajar Termuda Mendaftar Hari Ini Sepanjang Sejarah Um Sejak Ditubuhkan Pada 1962

Pelajar Termuda Mendaftar Hari Ini Sepanjang Sejarah Um Sejak Ditubuhkan Pada 1962

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 136 hits
Pelajar termuda mendaftar hari ini sepanjang sejarah UM sejak ditubuhkan pada 1962 Adik Iz Emir berusia 12 tahun Tahun 1 Sarjana Muda Sains dalam Matematik Usia 6 tahun Tingkatan 1 Permata Pintar UKM 8 tahun O Level 11 tahun A Level Sejarah...
Pengundi Dun Mahkota Pilih Wakil Rakyat Hari Ini

Pengundi Dun Mahkota Pilih Wakil Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 177 hits
hmetro com myPetugas SPR dilihat membawa peti undi bagi PRK Dun Mahkota ketika tinjauan di Pusat Pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana hari ini FOTO BernamaKluang Seramai 61 274 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka ha...
Madrasah Terapung 6 Hari Bergambar Gisbh Seleweng

Madrasah Terapung 6 Hari Bergambar Gisbh Seleweng

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 223 hits
Di Semporna Sabah walaupun tidak mempunyai dokumen dan tanah tempat menumpang tapi bukan penghalang untuk memberi pendidikan kepada kanak kanak suku Bajau Laut menerusi projek Madrasah Terapung Pulau Mabul ini Menurut Naib Presiden PAS Datu...
Lelaki Amuk Kejar Bekas Isteri Pada Hari Pernikahan

Lelaki Amuk Kejar Bekas Isteri Pada Hari Pernikahan

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 137 hits
KOSMO SEORANG lelaki ditangkap kerana menganggu majlis perkahwinan bekas isterinya Foto Polis Sungai LobanJAKARTA nbsp Seorang lelaki berumur 35 tahun bersenjatakan pisau mengamuk pada majlis perkahwinan bekas isterinya di Kalimantan lapor ...
Hari Kopi Sedunia

Hari Kopi Sedunia

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 183 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ni 1 Oktober kita sambut Hari Kopi Sedunia Kopi hanyalah kopi sama macam teh sama macam yang lainnya bagi orang tertentu Dan kopi adalah 1001 rasa bagi orang yang menggemarinya Ada orang minum kopi u...
Hari Bahagia Bertukar Pilu Pengantin Perempuan Batalkan Perkahwinan

Hari Bahagia Bertukar Pilu Pengantin Perempuan Batalkan Perkahwinan

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 157 hits
Sebuah video yang menyentuh hati kini tular di media sosial memaparkan seorang ibu yang sebak ketika terpaksa mengumumkan pembatalan majlis perkahwinan anak lelakinya Apa yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi saat yang menye...
Mee Goreng Daging Bekal Hari Ini

Mee Goreng Daging Bekal Hari Ini

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 170 hits
Assalamualaikum Seawal 4 15am SA bangun hari ni memandangkan hari ni pergi kerja naik kereta dan berdua so takde la kelam kabut siap cepat cepat tapi tepat pukul 5 30am kami keluar rumah sampai KL pukul 6 30am ye heheheDari malam tadi meman...
Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tunas Usahawan Belia Bumiputera Syarat Cara Mohon

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Alga Sebagai Penunjuk Biologi Kesihatan Ekosistem Akuatik

Mihun Goreng

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Do You Know About Mah Meri Wood Carving

Do You Know About Penang S Baobab Tree

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Kalau Banjir Dulu Mb Terengganu Ke New Zealand Kali Ini Ke Manchester Uk

Asus Bakal Buat Majlis Pelancaran Maya Untuk Ces 2025