Buat Bisnes Menggunakan Whatsapp Sahaja Bagus Ke Apa Kelemahannya


Masih ada lagi ke Usahawan Internet yang hanya menggunakan Whatsapp semata-mata, untuk dapatkan jualan dan menerima tempahan dari pelanggan?
 
Saya pasti, jawapannya sudah tentu ada.
 
Kita sedia maklum, whatsapp ni merupakan apps yang boleh dikatakan hampir semua orang guna. Jadi dekat situ, ia memang sangat membantu dalam memudahkan komunikasi. Lagipun, penggunaan Whatsapp adalah percuma sahaja.
 
Tahukah anda, bahawa membuat urusniaga melalui whatsapp adalah sangat leceh dan menyusahkan pelanggan! Saya akan beritahu, apa sebabnya saya berkata sedemikian.
 
Saya juga adalah seorang pelanggan, dan saya pun pernah berurusniaga dengan peniaga yang hanya menyediakan medium whatsapp sahaja.

Pada pandangan saya, urusniaga melalui whatsapp sangat membuang masa, dan agak sukar sekiranya kita nak beli lebih dari satu barang.
 
Kita baca iklan milik peniaga. Kemudian kita perlu hubungi peniaga tersebut melalui whatsapp. Lepas tu? Kita perlu tunggu. Tunggu sahajalah hingga dia balas mesej kita. Mungkin 3 minit, mungkin 10 minit, satu jam atau mungkin akan ambil masa berhari-hari.
 
Macam-macam ragam dan kerenah bakal kita saksikan, apabila urusan dilakukan melalui whatsapp.

 
Kalau kita sebagai pelanggan, kita akan dapat saksikan macam-macam ragam peniaga online ini. Ada yang jawab soalan kita macam nak tak nak sahaja.
 
Jika kita berada dipihak penjual pula, kita akan temui macam-macam ragam prospek. Ada yang terus diam bila kita dah beritahu harga. Ada yang mendiamkan diri setelah kita berikan penerangan panjang lebar tentang produk yang kita jual atau promosikan.
 
At least bagitahulah sama ada berminat atau tidak. Tak perlu kita tertunggu-tunggu, atau follow up sampai berkali-kali, ya tak?
 
Tapi hakikatnya memang begitu. Kita tak boleh kawal apa tindakan orang lain, sebaliknya kita boleh pilih, sama ada nak terus menggunakan whatsapp sepenuhnya, atau kita patut gabungkan dengan kaedah lain. Saya akan sentuh sedikit dibawah nanti.
 
Kategori pelanggan yang anda bakal temui apabila berurusan melalui whatsapp Saya tak ada masalah dengan usahawan yang hanya ingin berurusan melalui Whatsapp semata-mata. Malahan, saya juga ada beberapa produk yang saya jual dan promosikan, yang mana saya hanya menyediakan opsyen whatsapp semata-mata.
 
Saya tak sediakan kaedah lain untuk urusniaga tersebut, sebabnya saya memang ingin tapis jenis pelanggan yang bakal saya perolehi, menerusi whatsapp terlebih dahulu. Saya beranggapan bila saya lakukan proses penapisan seperti ini, saya hanya akan perolehi jenis pelanggan yang saya mahukan sahaja.
 
Bila kita hanya sediakan option whatsapp sahaja, kita akan temui beberapa jenis atau kategori pelanggan, iaitu
 
(i) Pelanggan yang jenis pemalu
Pelanggan jenis ini akan menghubungi penjual dan dia akan mulakan perbualan dengan memberi salam.
 
“Assalamualaikum…”
 
Sebagai penjual, kadang-kadang kita tak akan terus balas mesej yang diterima, sebaliknya kita nak tunggu orang yang hubungi kita tu nyatakan dulu apa hajat dia menghantar mesej tersebut.
 
Ini biasanya berlaku kepada penjual yang menjual macam-macam produk dalam satu masa. Kita tak akan terus balas mesej, tanpa kita ketahui apa sebenarnya yang individu tersebut mahukan. Boleh jadi sebab untuk produk yang berbeza, kita telah siap sedia dengan template mesej yang berbeza juga.
 
Kesudahannya? Bakal pelanggan menunggu penjual jawab salam, manakala penjual terlupa terus nak balas atau jawab salam tersebut.
 
Penyelesaiannya mudah sahaja. Terus reply mesej yang diterima atau siap sedia dengan skrip auto reply. Auto reply ini hanya tersedia untuk akaun Whatsapp yang digunakan bagi tujuan bisnes sahaja (whatsapp for business) . Kalau whatsapp personal, tiada opsyen ini disediakan.
 
Satu urusniaga mudah boleh mengambil masa sehingga 1 jam
Situasinya lebih kurang sama seperti sebelum ini.
 
Bakal pembeli hantar mesej. Selepas itu dia perlu tunggu seller balas.
Setelah seller balas mesej, kena tunggu pelanggan untuk jawab pula.
 
Akhirnya sesi soal jawab tu boleh berlanjutan hingga mengambil masa hampir satu jam. Kalau anda ada masa untuk layan semua ini, maka bolehlah teruskan sahaja dengan kaedah yang anda gunakan sekarang.
 
Pada peringkat awal, mungkin anda merasakan hal ini bukanlah satu perkara yang besar. Mungkin ketika itu, anda hanya perlu layan 5 – 10 orang bakal pelanggan sahaja. Namun, cuba bayangkan kalau satu hari nanti, anda perlu layan at least 50 orang?
 
Nampak tak betapa ianya akan menyusahkan anda kelak, dan anda mungkin terpaksa mengambil pekerja semata-mata untuk balas whatsapp pelanggan anda.
 
(ii) Pelanggan yang banyak bertanya soalan
Ada beberapa sebab kenapa bakal pelanggan suka bertanya banyak soalan.
 
Pertama sebab anda sendiri yang tidak memberikan maklumat yang lengkap apabila membuat iklan produk.
 
Seandainya anda asyik menerima soalan yang sama, walaupun dari pelanggan yang berlainan, ini petanda bahawa ayat iklan anda tak lengkap. Bila orang baca, ia lebih banyak menimbulkan tanda tanya berbanding jawapan. Kalau ini situasinya, maka anda perlulah update dan tambahkan maklumat produk dalam iklan yang anda gunakan.
 
Kedua, pelanggan ini banyak bertanya sebab dia telahpun menjalankan kajian mengenai produk yang dia nak beli, dan dia ingin pastikan bahawa produk yang anda jual menepati kriteria yang dia mahukan.
 
Pelanggan kategori ini sebenarnya sedang cuba mengenalpasti, penjual yang mana satu yang mampu untuk berikan tawaran yang sama, seperti yang dia mahukan ataupun yang boleh berikan tawaran yang lebih baik. Boleh jadi pada waktu ini dia sedang mempertimbangkan dua ataupun tiga orang penjual yang berbeza.
 
Kalau produk yang bakal dibeli, memerlukan kemahiran teknikal tertentu, contohnya barangan elektronik, produk instrumen kewangan, dan lain-lain yang memerlukan nasihat daripada yang lebih pakar, maka pelanggan selalunya akan pilih betul-betul penjual yang mana satu yang dia akan pilih. Sebagai pelanggan, sudah tentu dia lebih selesa berurusan dengan orang yang memang mahir dan pakar dengan produk yang dijual.
 
Bukannya individu yang bila kita tanya soalan, dia hanya boleh jawab “nanti saya semak dulu”, “saya pun kurang pasti” atau “saya cuma jual je.”
 
(iii) Pelanggan yang suka tawar menawar
Pelanggan dalam kategori ini jumlahnya tidaklah begitu ramai, namun mereka tetap ada.
 
Mereka akan minta diskaun, mencadangkan harga yang baru dan sebagainya. Boleh jadi juga anda akan temui pelanggan yang minta harga ejen, dan sebagai balasan, dia akan bantu anda buat promosi kepada follower yang dia miliki. Jika pelanggan ini memang serius nak beli, mungkin kita boleh pertimbangkan.
 
Apa pun semua terpulang pada kita, sama ada nak berikan diskaun ataupun tidak. Nak layan, atau nak abaikan.
 
(iv) Pelanggan yang suka buat permintaan khas
Permintaan khas ini ada macam-macam.
 
Sebagai contoh, kita jual produk dalam satu pakej, dan dalam satu pakej mengandungi 5 produk yang berbeza. Tapi pelanggan cuma nak beli satu produk sahaja.
 
Adakah kita sebagai penjual mampu untuk memenuhi permintaan pelanggan tersebut? Jika anda memegang stok produk, anda mungkin tak ada masalah untuk berbuat demikian. Sebaliknya jika anda berniaga menggunakan sistem dropship, ini mungkin sedikit sukar untuk dipenuhi.
 
Ada juga pelanggan yang akan meminta untuk kita balutkan dengan kertas pembalut hadiah, menulis kad ucapan dan sebagainya. Boleh jadi produk yang kita jual itu mempunyai satu nilai untuk dijadikan hadiah.
 
Situasinya sama. Anda ada kelebihan untuk melayan semua permintaan bakal pelanggan apabila anda memegang stok produk. Jika sebaliknya, adalah lebih mudah sekiranya anda guna sahaja sistem e-commerce dan kurangkan komunikasi dengan bakal pelanggan, bagi mengurangkan sesi soal jawab dan permintaan yang kita sukar untuk penuhi.
 
Sebab kenapa gagal untuk dapatkan jualan (Close Sale) melalui Whatsapp Kalau buat jualan melalui whatsapp ini adakalanya kita akan terlepas jualan disebabkan oleh beberapa kesilapan yang kita sendiri lakukan. Kadang-kadang kesilapan tersebut sangat kecil dan kita sendiri tak menyangka, kesilapan tersebut telah membuatkan kita hilang pelanggan.
 
Apa kesilapan tersebut yang saya maksudkan? Ini antaranya.
 
(1) Lambat balas mesej
Adakah anda suka menunggu? Letakkan diri anda didalam situasi bakal pelanggan. Jika anda sebagai pelanggan, adakah anda sanggup untuk tunggu berjam-jam untuk pihak penjual membalas mesej anda?
 
Sedangkan pada masa yang sama, bakal pelanggan itu tadi sebenarnya masih ada pilihan untuk beli je barang dari penjual lain.
 
Tahukah anda, bahawa hampir semua barang yang tengah viral di media sosial, boleh dibeli dengan harga yang lebih murah di platform e-commerce seperti Lazada dan juga Shopee. Ya, tak perlu nak tunggu seller balas whatsapp pun untuk buat belian disitu.
 
(2) Ayat yang mengguris hati pelanggan
Orang yang bakal menjadi frontliners untuk menjawab whatsapp perlu memiliki kemahiran komunikasi yang baik. Kadang-kadang cara kita menulis whatsapp boleh disalah ertikan.
 
Almaklumlah, kita penat nak jawab soalan yang sama setiap hari, ataupun rasa muak nak jawab soalan yang sama, yang jawapannya kita dah sediakan dalam iklan. Secara tak sengaja kita telah menggunakan bahasa yang agak kasar, misalnya seperti “tak baca dulu ke?” atau “membaca kan amalan yang mulia” kepada yang bertanya.
 
Ayat tersebut boleh dianggap sebagai menyindir bakal pelanggan.
 
(3) Bakal pelanggan hanya main-main (troll)
Kenapa dia nak troll kita? Entahlah. Manusia ni kadang-kadang memang agak complicated. Orang yang troll kita tu, mungkin sebenarnya dia juga adalah penjual dan dia sengaja nak tengok bagaimana cara kita balas whatsapp, berapa harga kita jual, apa special gift yang kita berikan dan sebagainya.
 
Pada asasnya, dia mesej anda semata-mata sebab nak korek maklumat sahaja.
 
(4) Tak perasan ada mesej yang masuk
Ini biasa berlaku kepada penjual yang dah agak lama menjalankan bisnes secara online. Pada masa ini dah ramai yang tahu kewujudan bisnes yang dilakukan dan ramai yang hantar whatsapp untuk buat pesanan.
 
Bila terlalu banyak mesej yang masuk, memang tak mustahil jika ada mesej yang terlepas pandang.
 
(5) Lupa balas mesej
Waktu mesej tu masuk, kita sedang memandu, atau sedang sibuk dengan urusan lain. Kita pula dengan tak sengaja telah buka mesej tersebut.
 
Dalam situasi ini, saya hanya boleh syorkan, jika anda sedang sibuk, atau dalam keadaan yang tak boleh membalas mesej, jangan buka sebarang mesej yang anda terima melalui whatsapp. Ini untuk mengelakkan anda terlupa untuk balas mesej yang telah dibuka kelak.
 
(6) Tersalah hantar order pelanggan
Saya kira, ini adalah mimpi ngeri yang sangat ditakuti oleh para peniaga online. Ya, tersalah hantar order sebab terkeliru dengan mesej yang diterima melalui whatsapp!
 
Kalau benda ini terjadi, alamatnya memang kirim salahlah pelanggan yang sama nak buat pembelian sekali lagi.
 
Sebenarnya, apakah fungsi Whatsapp? Sudah tentu whatsapp itu ada fungsinya yang tersendiri. Cuma sebaik-baiknya, kita janganlah terlalu bergantung pada ia semata-mata.
 
(1) Membantu proses jualan
Pada pendapat saya, whatsapp ini sangat bagus bagi tujuan membantu proses jualan, bukannya untuk kita bergantung seratus peratus padanya.
 
Kadang-kadang kita hanya perlu tulis ayat seperti “jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh terus hubungi saya melalui whatsapp di talian 012 345 6789, atau anda boleh terus buat tempahan menerusi link berikut.” 
 
Ada pelanggan yang rasa sudah yakin untuk berurusan hanya sebab ada nombor whatsapp diberikan. Pelanggan ini akan terus buat tempahan, dan setelah buat bayaran, dia akan mesej melalui whatsapp just to inform yang dia telah buat bayaran, itu sahaja.
 
Untuk pelanggan seperti ini, kita hanya perlu balas dengan ucapan terima kasih dan akan segera uruskan tempahan tersebut.
 
(2) Membina hubungan baik
Perkara ini boleh kita capai melalui sesi follow up yang kita lakukan secara berterusan. Bila kita sebut tentang follow up, tak semestinya kita fokus hanya kepada soalan-soalan seperti
“Bila nak order?”
“Bila nak beli?”
“Stok baru dah sampai tapi terhad, kalau nak lock order kena buat cepat…”
 
Kalau seorang peniaga itu hanya meletakkan fokus kepada untuk menjual semata-mata, maka proses untuk bina hubungan yang baik akan jadi lebih sukar.
 
Sekarang kita cuba ubah fokus kepada membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh bakal pelanggan. Sebagai contoh, kita berkongsi kisah berdasarkan situasi sebenar bagaimana kita berjaya membantu menyelesaikan masalah pelanggan.
 
Andai kata pelanggan anda selalu menghadapi masalah sambungan internet yang tak stabil, terlalu perlahan dan kerap terputus. Anda boleh kongsikan cerita bagaimana routers yang anda jual telah berjaya bantu menyelesaikan masalah tersebut.
 
Jika bakal pelanggan anda mempunyai masalah yang sama, satu hari nanti dia juga pasti akan berminat untuk mencuba penyelesaian yang anda tawarkan.
 
(3) Meningkatkan kepercayaan bakal pelanggan
Ada individu yang mungkin pernah ada pengalaman kena tipu, apabila membuat pembelian diinternet. Jadi, sebelum mereka buat sebarang bayaran, mereka ini ingin pastikan agar pengalaman yang lalu tak berulang kembali.
 
Jadi sebelum dia setuju untuk transfer duit, dia akan buat soal siasat terlebih dahulu, dengan bertanyakan pelbagai soalan. Apabila dia sudah puas hati, barulah dia akan proceed dengan pembayaran.
 
(4) Membantu memudahkan proses jualan bagi pelanggan tertentu
Kita sedia maklum, ada sesetengah kategori bakal pelanggan yang tak mahir menggunakan sistem e-commerce sepenuhnya ketika membuat urusniaga.
 
Mereka ini adalah individu yang tidak mempunyai sebarang masalah dari segi kewangan namun tak begitu mahir dalam penggunaan gadget, sistem mahupun teknologi. Untuk individu seperti ini, kita boleh bantu mereka secara step by step ketika buat tempahan dan bayaran.
 
Namun, untuk golongan muda, yang langsung tak ada masalah dalam menggunakan sistem tempahan, sebaik-baiknya sediakan sistem tempahan untuk mereka.
 
Adakah terdapat langkah yang lebih baik, selain menggunakan whatsapp?
Berita baik untuk anda yang selama ini hanya bergantung kepada sistem whatsapp untuk menguruskan tempahan dari pelanggan anda.
 
Sebenarnya memang telah ada sistem tempahan yang lebih tersusun dan sistematik untuk anda gunakan.
 
Ada beberapa yang saya ingin syorkan kepada anda.
 
Guna sistem e-commerce Pada hari ini, kebanyakkan dari kita telah terbiasa menggunakan sistem e-commerce dalam jual beli online.
 
Sekiranya anda mempunyai kemahiran teknikal dalam membina laman web, bolehlah bina laman web e-commerce anda sendiri.
 
Anda tak perlu susah payah untuk bina laman web dari kosong, sebabnya diluar sana telah terdapat pelbagai pilihan script dan software yang anda boleh gunakan bagi tujuan pembangunan laman web e-commerce anda.
 
Ataupun jika anda mempunyai modal, boleh upah orang untuk hasilkan laman web untuk anda.
 
Cara lain yang anda boleh terokai adalah dengan menggunakan platform yang telah terkenal.
 
Anda tak perlu bermula dari kosong malahan pada masa yang sama, anda dapat menumpang kredibiliti dan populariti yang telah dimiliki oleh platform tersebut.
 
Ada beberapa nama platform atau sistem marketplace yang saya boleh syorkan, antaranya
 
(1) Shopee
Setakat hari ini, Shopee merupakan sebuah laman web dan applikasi shopping yang paling popular. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Shopee boleh mula menjadi penjual di Shopee.
 
Kalau sebelum ini anda hanya menjadi pembeli di Shopee, kali ini mungkin anda boleh mula atur strategi untuk jadi penjual melalui platform yang mereka bangunkan pula.
 
Proses untuk mula menjual produk juga sangatlah straight forward. Saya akan tunjukkan antara langkah yang perlu anda lakukan.

Pada bahagian “me” atau “my profile” anda boleh lihat ada opsyen untuk anda pilih “start selling”. Klik disitu.
 
Paparan seperti dibawah akan kelihatan.

Klik pada butang Add Products.
 
Seterusnya isi maklumat yang berkaitan dengan produk yang anda ingin jual.

Tekan butang publish dan produk yang anda niagakan sudah boleh ditempah melalui Shopee. Selepas ini, apabila anda menjalankan kerja-kerja promosi, anda boleh berikan link produk yang anda jual melalui Shopee.
 
Pelanggan boleh terus buat tempahan, tanpa dia perlu susah payah untuk tanya macam-macam soalan kepada anda melalui whatsapp.
 
Ya saya faham, anda mungkin tak puas dengan penerangan yang sebegini ringkas, justeru jika anda inginkan panduan yang lebih menyeluruh dan terlengkap untuk jual barang di Shopee, boleh muat turun panduan Shopee ini.

 
(2) Lazada
Saya berpendapat tak salah kalau saya katakan bahawa Lazada merupakan pelopor bagi laman web e-commerce di Malaysia. Syarikat ini merupakan antara syarikat paling awal yang memperkenalkan konsep e-commerce dan sistem market place di negara kita.

Anda juga boleh menjadi salah seorang penjual di laman web Lazada, seperti mana anda boleh menjadi penjual di Shopee.
 
(3) PG Mall
Syarikat ini merupakan syarikat yang menjalankan bisnes e-commerce yang lahir di negara kita.

Kalau nak kata tentang sokong jenama tempatan, maka marilah kita ramai-ramai mula membeli di PG Mall.
Sila daftar akaun PG Mall anda disini.
 
PG Mall ini disokong oleh syarikat yang menjual dan membeli emas iaitu Public Gold. Kalau anda menjual melalui PG Mall, anda juga akan mendapat pelanggan-pelanggan baru yang terdiri daripada pembeli emas Public Gold.
 
Biasanya orang yang ada duit untuk beli emas ini, pasti ada duit untuk shopping barang-barang lain juga. Saya juga ada menulis tentang cara untuk shopping di PG Mall disini.
 
Saya sebutkan mengenai ketiga-tiga laman web dan apps shopping ini sebabnya itu semua adalah laman web yang saya sendiri tidak teragak-agak untuk berurusan.
 
Bina laman web sendiri yang dilengkapi dengan sistem e-commerce Anda mungkin mensasarkan untuk bina perniagaan untuk jangka masa panjang. Jadi, apa salahnya kalau anda melabur untuk bina laman web peribadi yang dilengkapi dengan sistem e-commerce, bagi memudahkan pelanggan anda untuk membuat tempahan.
 
Tak pandai bina website?
 
Itu bukan satu isu besar, sebabnya ia boleh dipelajari. Salah satu panduan yang anda boleh muat turun ialah Panduan E-Commerce ini.

Panduan ini akan mengajar anda langkah demi langkah, untuk anda bina sendiri laman jualan yang simple tapi power ala-ala Shopee dan juga Lazada.
 
Kesimpulan Tak ada salahnya kalau nak guna Whatsapp sepenuhnya dalam bisnes. Anda mungkin lebih selesa dengan cara itu, dan selama ini memang pelanggan anda berurusan dengan ada melalui whatsapp sahaja.
 
Saya menulis catatan ini pun sekadar ingin berkongsi kepada anda, bahawa bergantung sepenuhnya pada whatsapp, ada kekurangannya dan berita baiknya ialah kekurangan tersebut dapat ditampung apabila anda turut menggunakan sistem e-commerce dalam perniagaan anda.
 
Jika anda tak ingin guna sistem e-commerce sekalipun, boleh juga guna apa-apa sistem yang menyokong sistem borang tempahan.
 
Guna dulu dan lihat hasilnya. In Shaa Allah anda akan dapati, jualan anda akan bertambah. Akan ada pelanggan yang terus buat tempahan, tanpa perlu whatsapp kepada anda, sebab dah ada borang tempahan.
 
Manakala pelanggan yang lebih selesa berwasap-wasap dulu sebelum order, boleh teruskan berbuat demikian.
 
Anggap sahajalah sistem e-commerce ini adalah penambahbaikkan kepada sistem sedia ada, jika anda masih belum bersedia untuk menukar sistem sepenuhnya.
 
Semoga perkongsian ini ada manfaat.
 
 
 
 
The post Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja – Bagus ke? Apa kelemahannya? appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/buat-bisnes-menggunakan-whatsapp/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Akan Lakukan Apa Sahaja Untuk Kekal Berkuasa

Muhyiddin Akan Lakukan Apa Sahaja Untuk Kekal Berkuasa

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 170 hits
FAZLI RADZIPengarah Komunikasi AMANAH Nasional Khalid Samad menegaskan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional Walaupun pada masa ini PN hanya mempunyai 109 sokon...
Kaji Punca Sebenar Gejala Sugar Babby Jangan Salahkan Mahasiswa Sahaja

Kaji Punca Sebenar Gejala Sugar Babby Jangan Salahkan Mahasiswa Sahaja

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 343 hits
Gejala sugar daddy dan sugar babby perlu dikaji sehingga ke akar umbi bagi menentukan penyebab sebenar berlakunya hal itu Ahli Parlimen Merbok Nurin Aina berkata kesalahan tidak wajar hanya diletakkan kepada mahasiswa yang kesempitan hidup ...
Cara Mengecilkan Perut Buncit Selepas Pembedahan Caesarean Mudah Sahaja Tapi Perlukan Disiplin Tinggi

Cara Mengecilkan Perut Buncit Selepas Pembedahan Caesarean Mudah Sahaja Tapi Perlukan Disiplin Tinggi

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 235 hits
Bagi para ibu yang melalui proses bersalin secara pembedahan caesarean ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dan pelbagai cara mengecilkan perut buncit anda mahu cuba Selepas pembedahan hanya bahagian tengah perut kita sahaja yang mengempis ...
Bukan Sahaja Seronok Dapat Hadiah Kotak Cantik Pun Dah Cukup Teruja

Bukan Sahaja Seronok Dapat Hadiah Kotak Cantik Pun Dah Cukup Teruja

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 230 hits
Siapa tak seronok kalau dapat hadiah dalam kotak yang cantik Bukan sahaja barangan yang diperolehi sahaja kita nak simpan tapi kotak yang cantik itu pun nak disimpan sekali Ia juga boleh digunakan semula untuk menyimpan barangan peribadi da...
Rakyat Sahaja Yang Kena Hadap Pak Menteri Semua Bebas

Rakyat Sahaja Yang Kena Hadap Pak Menteri Semua Bebas

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 236 hits
HAMZAH RIE NAPKP2 0 gagal Darurat pun gagal Last tekan rakyat kompaun RM10 000 Rakyat jer kena kompaun tanpa disoal siasat Tapi jika menteri pemimpin PN langgar SOP PKP boleh pula disoal siat terlebih dahulu sementera menunggu arahan dari P...
Naim Daniel Minta Janna Nick Hilangkan Diri Seketika Kalau Tiada Benda Baik Nak Cakap Kita Diam Sahaja

Naim Daniel Minta Janna Nick Hilangkan Diri Seketika Kalau Tiada Benda Baik Nak Cakap Kita Diam Sahaja

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 512 hits
PERNAH melalui pengalaman serupa dikecam peminat Kpop penyanyi Naim Daniel menasihatkan pelakon Janna Nick agar menghilangkan diri daripada media sosial buat seketika sehingga keadaan kembali reda Menurut Naim atau nama sebenarnya Muhammad ...
Tidak Perlu Kabinet Khas Bubar Sahaja Parlimen

Tidak Perlu Kabinet Khas Bubar Sahaja Parlimen

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 260 hits
Tidak perlu kabinet darurat PN memang tidak boleh pakai Abdullah Sani Cadangan Timbalan Speaker Datuk Seri Azalina Othman Said baru baru ini agar kabinet kerajaan Perikatan Nasional sedia ada diganti dengan Kabinet Khas Darurat dianggap tid...
Setelah 2 Bulan Laksana Pkp Baru Kerajaan Sedar Hanya Perlu Kawal Rentas Negeri Dan Daerah Sahaja

Setelah 2 Bulan Laksana Pkp Baru Kerajaan Sedar Hanya Perlu Kawal Rentas Negeri Dan Daerah Sahaja

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 299 hits
February 24 2021 DAH 2 BULAN LAKSANA PKP BARU KERAJAAN SEDAR HANYA PERLU KAWAL RENTAS NEGERI DAN DAERAH AKHIRNYA KERAJAAN BUNUH EKONOMI RAKYAT Baca laporan Akhbar tadi Kata Ismail Sabri Tindakan Kerajaan mengawal sempadan dan Rentas Daeraah...
Pkp Sehingga 4 Februari Sahaja Tidak Akan Disambung

Pkp Sehingga 4 Februari Sahaja Tidak Akan Disambung

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 208 hits
PKP Sehingga 4 Februari Sahaja Tidak Akan Disambung Adakah ini salah satu berita baik buat seluruh rakyat Malaysia Sudah pasti apa yang dibuat oleh pihak kerajaan akan memberi manfaat kepada rakyat PKP Sehingga 4 Februari Sahaja Tidak Akan ...
Maksud B60 Dan Perbezaannya Dengan B40

Showcase Misha Omar

Pac To Hold Inquiry Into Bayan Baru Sewage Treatment Plant Delay

Makanan Dari Bakal Kakak Ipar

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv

Sabah Rep Implicated In Video Says He Was Just Joking

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Drama Antara Dua Syurga


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Tips Pindah Rumah Di Lembah Klang Dengan Murah Dan Mudah

Air Laici Bunga Telang Minuman Sejuk Yang Menyegarkan

Relatif Berdasarkan Perbandingan

Munas Iv Relawan Tik Indonesia Hani Purnawanti Lanjutkan Tongkat Estafet Kepemimpinan

Lelaki Pengsan Dipukul Bekas Teman Wanita

Berang Kena Kacau Warga Asing Korek Mata Lelaki Tempatan