Buat Ahli Pkr




Azhar Archil

Buat ahli-ahli PKR...

TEAM AZMIN PENUH GENERAL(Jeneral la sangat) TAPI TIADA ARMY

Apalah yang kalian gundahkan wahai ahli-ahli PKR? Mungkin yang baru ikut ikut politik terasa tidak senang duduk. Ramainya bersama Azmin dan Zuraida... tapi tahukah mereka yang mengikuti Azmin dan Zuraida itu kenapa?

Saya bukan ahli mana-mana parti tetapi saya sangat dekat dengan penubuhan PKR. Cuma sebagai pengamal media dahulu saya mesti neautral.

Parti PKR ditubuhkan di jalanan. Setiap minggu kami akan ke jalanraya. Dikejar, ditembak gas pemedih mata, ditembak air dan aksi kejar mengejar dengan FRU dan SB itu sudah seperti permainan polis sentri. Kami pun dah tak larat nak lari lagi dan polis yang mengejar kami itu pun barangkali sudah pencen.

Ketika itu tiada ahli politik yang hebat bersama. Yang memegang kuasa semua takut bersama kecuali para akademik dan pengikut setia Anwar Ibrahim.

Anak-anak muda dan mereka atas pagar tidak kenal siapa Anwar Ibrahim. Maksud kenal itu bukan mengenali tubuh badannya tapi perjuangan Anwar dan ketokohannya.

Sebab berita fitnah ditabur setiap malam oleh rejim Mahathir ketika itu untuk memburukkan imej Anwar telah membuatkan ramai yang merasakan Anwar biasa-biasa sahaja.

Bila Anwar bercakap bab ekonomi... ada bertanya siapa Anwar bercakap bab ekonomi. Tahukah kalian dunia mengiktirafkan beliau sebagai antara Menteri Kewangan terbaik Asia dan dunia. Malaysia digelar harimau ekonomi Asia.

Sebab itulah apabila Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin dulu terbuang mereka sanggup datang ke mahkamah untuk bertemu Anwar Ibrahim. Sebab mereka tahu Anwar sudah membentuk jutaan rakyat memahami perjuangan idealismanya. Tanpa Anwar... Mahathir dan Muhyiddin tidak mana-mana.

Membina PKR bukan mudah terutama dari sumber kewangan. Yang banyak membantu PKR ketika itu ialah Allahyarham Tuan Guru Fadhil Nor, Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Mahu tidak mahu PKR ditubuhkan atas dasar untuk memperjuangkan idealisma Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim dengan kebijaksanaannya telah menyatukan parti-parti pembangkang. Teori yang sangat mudah dalam berpolitik untuk menumpaskan BN tetapi tidak difahami oleh PAS dan DAP sebelum itu.

PKR menjadi jambatan kepada PAS dan DAP yang jelas berlainan ideologi. Bermula PRU 1999 banyak liku-liku perjuangan di laluai Presiden Anwar. Kawan-kawan politik di dalam UMNO yang memuja atau mendampingi beliau meninggalkannya.

Anwar Ibrahim benar-benar bersendirian tetapi ratusan ribu rakyat menyambutnya di Dataran Merdeka hingga ke Masjid Negara yang tidak akan pernah dirasai mana-mana pemimpin politik walaupun Mahathir sekalipun. Anwar disokong oleh rakyat bawahan. Payah nak jumpa Dato apatah Tan Sri bersama Anwar ketika itu.

Bagaimanapun ramai teman seperjuangan yang tidak tahan dengan penderitaan melawan BN telah beralih arah atau lari dari perjuangan politik. Tapi bukan bagi Anwar, bertahun di penjara... dia keluar dia lawan. Dia dedahkan segala kepincangan. Tak serik-serik tapi suatu sifat terpujinya dia tidak pernah berdendam dengan musuh politiknya.

2008 ia seperti membuahkan hasil. Tanpa mengenal putus asa dengan bantuan media sosial rakyat mula sedar. Hingga PRU 14 yang lalu perkara yang dianggap mustahil akhirnya berlaku apabila BN dan UMNO dikalahkan.

Rakyat sudah benci dengan korupsi dan salah guna kuasa BN. Malangnya peristiwa si kitol ketika zaman Kesultanan Melaka berterusan wujud di dalam PKR. Nama Azmin Ali akan dikenang dalam sejarah Malaysia sebagai si kitol yang jahat mengkhianati rakyat.

Azmin menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar untuk memecah belahkan partinya kerana ketamakkan kuasa. Selepas menjadi Menteri Pusat dia terus menggunakan kelebihannya untuk memikat ahli/ PKR dengan 'dedak' samada diberi jawatan atau projek.

Maka satu persatu maruah ahli politik tergadai dengan tawaran-tawaran.  Ini fakta... saya mahu tanya kepada pemimpin  PKR dan ahli-ahli  PKR, jika Azmin tiada kuasa apakah 'kartel' ini tertarik dengan perjuangan (kita pun tak faham apa perjuangannya) Azmin dan Zuraida ini?

Cuma saya merasa hairan maaf kata 'kebodohan' pengikut Azmin yang bergelar kartel. Baiklah jelas idealisma perjuangan mereka bukan membela rakyat dan menganggap politik sebagai wadah mencari kekayaan...tapi adakah mereka tidak dapat fikirkan menjelang PRU 15 ke mana arah tuju perjuangan mereka nanti?

Jika bersandarkan kepada aura kepimpinan Ezam Mohd Nor dan Rouslan Kassim jauh lebih hebat dari Azmin. Tapi kedua nama itu tidak ada kuasa ( jawatan ) jadi sukar membentuk penyokong.

Ya sekarang Azmin ada kekuatan politik tetapi tidakkah kartel ini tahu UMNO, PAS, MCA, MIC dan parti-parti Sarawak secara rasmi menolak menyertai PN iaitu kerajaan Muhyiddin dan Azmin.

Hubungan Umno dan parti-parti lain dengan PN hanya satu persefahaman sahaja atau bersifat sementara. Bila-bila masa sahaja kerajaan PN ini akan tumbang. Pengikut kartel mesti ingat pada PRU 15 atau mungkin akan tumbang sebelum itu...kemungkinan besar mereka terpaksa bertanding menentang PAS, UMNO dan PH sendiri.

Anda yakin Azmin Ali ada pengikut? Azmin diibaratkan sebagai seorang Panglima Perang yang tidak mempunyai tentera. Yang menyokong Azmin Ali hanyalah pemimpin-pemimpin yang dilantik oleh rakyat yang menyokong PH atau PKR dan bukannya kerana Azmin Ali.

Jadi kepada ahli-ahli PKR yg gundah. Percayalah PKR telah melalui kehilangan beramai-beramai pemimpin. PKR lemah seketika tetapi semakin kuat hingga mampu menjatuhkan kerajaan BN.

Ahli PKR ada berjuta jika yang keluar 50 ribu orang apalah sangat.  kekuatan PKR  bukan kepada pemimpin tetapi kepada  idealismaAnwar Ibrahim. Percayalah paling lama dalam 3 tahun lagi Azmin Ali akan jadi ahli politik yang terbuang. Jika dia terbuang pemimpin-pemimpin yang bersama Azmin akan menjadi sampah politik sepertimana berlaku kepada pemimpin PKR terdahulu.


ULASAN AGAK BAIK,TETAPI UNTUK MENJADI PENULIS YANG BAIK EJAAN ADALAH PERLU UNTUK DIJAGA DAN BUKAN TULISAN RINGKAS.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/buat-ahli-pkr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Ahli Parlimen Pkr Dedah Ph Fitnah Najib Umno Rompak Rm19 Bilion

Bekas Ahli Parlimen Pkr Dedah Ph Fitnah Najib Umno Rompak Rm19 Bilion

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 478 hits
Apakah benar RM 19 billion wang kutipan GST telah dicuri antara perkara yang menyebabkan saya tidak gembira dan bagi saya ia tidak baik untuk negara Sebenarnya wang tersebut tidak pernah dirompak oleh UMNO atau Najib Wang tersebut telah dig...
150 000 Ahli Baharu Pkr 2 Bulan Ini Mengikut Kiraan Bodoh Saifuddin

150 000 Ahli Baharu Pkr 2 Bulan Ini Mengikut Kiraan Bodoh Saifuddin

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 343 hits
Katakan yang keluar PKR dan dipecat 10 000 ahli Masih ada 140 000 ahli dan itu belum yang lama ada 1 juta orang mengikut kiraan Saifuddin Nasution Saifuddin Nasution sebaliknya menegaskan apa yang beliau tahu adalah parti itu mendaftarkan s...
Lagi Bantahan Tindakan Pecat Ahli Pkr Tak Kena Masa

Lagi Bantahan Tindakan Pecat Ahli Pkr Tak Kena Masa

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 294 hits
SUNGAI PETANI Tindakan Parti Keadilan Rakyat memecat dan menggantung keahlian beberapa anggota parti itu di saat negara berdepan wabak koronavirus dianggap tidak kena pada masanya Ahli Dewan Undangan Negeri Sidam Dr Robert Ling Kui Ee berka...
Pkr Sabah Pecat 7 Gantung 63 Ahli

Pkr Sabah Pecat 7 Gantung 63 Ahli

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 349 hits
PKR memulakan langkah menyingkirkan individu yang dikatakan menyumbang kepada kejatuhan kerajaan PH pada Februari lalu KOTA KINABALU PKR Sabah memecat 7 ahlinya dan menggantung 63 yang lain ketika parti itu memulakan inisiatif di seluruh ne...
Kedudukan 111 Vs 111 Akan Berubah Bila Ahli Parlimen Pkr Dijangka Melompat Siapa Mereka

Kedudukan 111 Vs 111 Akan Berubah Bila Ahli Parlimen Pkr Dijangka Melompat Siapa Mereka

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 345 hits
Amiruddin AhmadAda laporan menyatakan bahawa Ahli Parlimen Alor Setar akan melompat Tapi masih khabar angin Tetapi kemungkinan yang lain juga akan turut melompat kalau nak ikutkan Sivarasa Maria Chin dan juga Tebrau Yang kena gantung selalu...
Seorang Lagi Ahli Parlimen Pkr Akan Keluar Parti

Seorang Lagi Ahli Parlimen Pkr Akan Keluar Parti

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 303 hits
PETALING JAYA Seorang ahli Parlimen PKR akan menjadi wakil rakyat terbaru yang akan keluar parti satu lagi tamparan kepada peluang parti itu untuk mengembalikan Pakatan Harapan ke tampuk kuasa persekutuan Sumber dalaman parti beritahu FMT b...
Fenomena Keluar Parti Dalam Pkr Pasca Gerakan Sheraton

Fenomena Keluar Parti Dalam Pkr Pasca Gerakan Sheraton

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 353 hits
Prof Aziz patut tahu membezakan antara pembersihan fizikal dgn pembersihan pemikiran Pembersihan parti dari sudut fizikal dgn pembersihan pemikiran melahirkan natijah yg berbeza Yg berlaku dalam PKR sekarang adalah pembersihan fizikal iaitu...
Giliran Ketua Wanita Pkr Sarawak Keluar Dari Parti

Giliran Ketua Wanita Pkr Sarawak Keluar Dari Parti

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 315 hits
Ketua Wanita PKR Sarawak Catherine Jok Uvang dan Ketua Wanita PKR Caroline Ukau Gerunsin mengumumkan peletakan jawatan mereka dari parti berkuat kuasa serta merta pada hari Isnin Mereka menyebut alasan yang sama untuk keluar parti deng
Pkr Dari Jalanan Tidak Takut Pengkhianatan

Pkr Dari Jalanan Tidak Takut Pengkhianatan

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 309 hits
Apalah yg kalian gundahkan wahai ahli2 PKR Mungkin yg baru ikut ikut politik terasa tidak senang duduk Ramainya bersama Azmin dan Zuraida tapi tahukah mereka yg mengikuti Azmin dan Zuraida itu kenapa Saya bukan ahli mana2 parti tetapi saya ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket