Buat 5 Langkah Ini Satu Persatu Untuk Atasi Masalah Kewangan Dalam Perniagaan Anda



Ada masalah kewangan dalam bisnes yang anda buat sekarang
Relaks!
Jangan risau!
Anda sedang baca artikel yang, insyaallah dapat berikan kelegaan dalam menghadapi cabaran perniagaan tersebut.
Naik dan turun dalam bisnes adalah perkara biasa. Macam laut juga. Bukan selalunya tenang. Ada masa akan datang gelora. Jadi bertahan dan teruskan usaha.
Ada beberapa cara yang anda boleh buat untuk perbaiki keadaan kewangan dalam bisnes.
Sebagai peringatan, saya nak pesan pada semua peniaga kecil macam saya. Baca quote kat bawah ni

Masa terbaik untuk mulakan usaha betulkan kedudukan kewangan dalam perniagaan adalah ketika anda rasa tak ada masalah kewangan dan tak perlu lakukannya"
Ketika keadaan tenang tak ada masalah lah, anda perlu mulakan semua usaha pencegahan. Dalam keadaan tiada tekanan begitu, anda hanya perlu lakukan usaha sedikit demi sedkit sahaja, asalkan ianya konsisten. 
Contohnya peruntukkan simpanan bencana hasl dari keuntungan bisnes dalam satu akaun khas upamanya. Akan dapat bantu bisnes bila bencana melanda.
Begitu juga dengan amalan sistem pengurusan kewangan yang rutin setiap bulan untuk melihat penambah baikan dalam semua aktivitinya.
Untuk makluman, saya pun turut sama rasa goyang dalam keadaan sekarang. Melihat apa yang berlaku di sekeliling, menambahkan lagi rasa risau terhadap apa yang bakal berlaku di depan sana.
Bisnes yang saya buat adalah bisnes sokongan. Pelanggan sasaran adalah entiti perniagaan juga. Orang panggil 'B2B'. Ianya berbeza dari bisnes jenis 'B2C'.
Jenis bisnes yang saya buat ni, hanya wujud hasil daripada wujudnya bisnes asas seperti perkilangan dalam industri makanan atau keperluan asas. Mereka wujud terlebih dahulu, barulah saya muncul.
Dalam keadaan ekonomi mencabar seperti sekarang, pemilik bisnes asas akan tengok mana kos sokongan yang dia boleh cantas terlebih dahulu.
Bagi mereka, keutamaan adalah hanya untuk pastikan bisnes dapat hidup. Jika ada urusan yang jika tidak dilakukanpun, syarikat tetap boleh beroperasi, maka urusan itu masuk dalam kategori 'good to have' saja. Maknanya boleh KIV dulu sehingga keadaan pulih semula.
Jadi bisnes sokongan macam saya akan kena kesannya lebih awal.
JIka bisnes asas goyang, secara automatik, saya juga akan turut goyang. Kalau mereka buat aktiviti potong kos, tempiasnya akan terkena pada bisnes saya juga.
Bila semua bisnes asas goyang. Pekerja turut sama goyang. Dah tentu ramai yang hilang sumber pendapatan.
Aktiviti perbelanjaan orang ramai merudum turun. Akan jadi kesan berantai yang berpusing ke bawah. Makin lama, makin besar.
Dalam keadaan begini, kalau nak terus kekal relevan, wajib perhatikan kedudukan kewangan syarikat.
Berikut 5 perkara yang anda boleh buat.
#1. Cantas kos sebanyak mungkinIni merupakan cara paling pantas untuk tingkatkan keuntungan bisnes. 
Cuba lihat mana-mana kos yang boleh di kurangkan. Kalau boleh elakkan terus lagi bagus.
Anda tentu kata, "tak payah nak bagi tau la pasal cut cost ni!, semua orang tahu!"
Ya betul!
Semua orang tahu.
Perkara yang semua orang tahu ni lah yang majoriti orang tak ambil peduli. Lihat sahaja macam mana perbelanjaan peribadi anda sendiri sekarang. Tahu kena berjimat kan?
Tapi buat tak?
Dalam hati sendiri memang nak buat. Tapi desakan kawan-kawan datang, gagal juga. Kalau bukan kawan, keluarga pula. Banyak sangat faktor pendorong untuk tak buat.
Jika perbelanjaan sendiri pun susah nak kawal, apatah lagi perbelanjaan bisnes!
Oleh itu, urusan kurangkan perbelanjaan ini sebenarnya sentiasa relevan. Perlu sentiasa di ingatkan sampai bila-bila.
Semakin tinggi jumlah transaksi dalam bisnes, semakin banyak potensi kebocoran duit akan berlaku.
Buka semua laporan transaksi perbelanjaan anda dari awal tahun lalu hingga sekarang dan semak satu persatu.
Cari mana-mana kos yang anda rasa boleh dicantas.
Kalau tak pun, kurangkan.
Tanya diri samada perlu atau tidak kos itu ditanggung lagi oleh bisnes?
Samada kos itu keluar setiap bulan, setiap 3 bulan atau 3 kali setahun semuanya sama saja. Kos tetap kos. Kalau boleh cantas, terus cantas.
Atau mungkin anda perlu bincang semula dengan pembekal atau vendor. Nego harga semula, kata orang bisnes. Kalau tak boleh juga, buat tindakan paling akhir, cari pembekal lain yang lebih murah.
Kos macam mana yang boleh dicantas terlebih dahulu dengan segera?
Panduan asas nya adalah untuk lihat kos yang anda belanjakan buat kemudahan pelanggan, tetapi pelanggan lansung tak hargai.
Perbelanjaan begitu elok cantas segera.
Buat apa sibuk keluarkan duit, buat sesuatu yang orang lansung tak hargai! Tak ada apa-apa faedah untuk bisnes. Dan sudah pasti tak ada faedah besar sangat pada pelanggan. Tak perlu diteruskan amalan macam itu.
Satu lagi yang anda boleh tengok adalah perbelanjaan peribadi anda sendiri yang syarikat tanggung. Boleh buang atau kurangkan tak?
#2. Refinance atau susun pinjamanSyarikat ada hutang ke tidak?
Kalau ada, harap bukanlah dengan Along!!!
Jika ada hutang dengan bank atau agensi kewangan kerajaan, anda boleh semak semula untuk kurangkan jumlah pembayaran ansuran itu. Segera berhubung dengan pihak berkenaan untuk melihat apa pilihan yang ada.
Boleh jadualkan semula ke tak?
Boleh kurangkan interest dengan ubah skim pinjaman ke tak?
Atau kalau tamatkan loan tu, buat full settlement kena denda ke tak?
Kalau anda jenis tak ambil hutang dari bank tapi selalu guna kad kredit, sila fikirkan semula perangai tu. Kosnya sangat tinggi. 
Kad kredit bukan pilhan terbaik untuk dapatkan akses kewangan perniagaan sebenarnya. Cari jalan lain.
Jika hutang kad kredit masih ada baki yang banyak tak berbayar, boleh bincang untuk ubah kepada pinjaman tetap yang rendah kosnya. Bayar bulan-bulan secara konsisten sampai habis.
Paling penting! jangan lah pi guna lagi kad kredit tu!
Jika selama ini anda hanya buat loan dari bank dan tak pernah cuba agensi bantuan kewangan kerajaan, ini masanya untuk berubah alih arah
Pergi panjat semua tangga agensi kerajaan yang ada dan mula berkawan baik dengan mereka.
Bermuka-muka demi kesejahteraan semua orang adalah satu amalan usahawan berjaya yang berorientasikan objektif !
#3. Percepatkan bayaranSila pastikan anda dibayar dengan pantas sebaik saja berlakunya jualan.
Lihat semula polisi hutang yang bisnes amalkan selama ini. Sediakan satu Polisi Hutang syarikat. Duduk, ambil pen dan rangka polisi yang perlu anda kuat kuasakan. Saya berikan idea kat bawah ni ..
Polisi pertama adalah, 'Jangan berikan hutang'
Jangan bagi pelanggan berhutang!
Jadikan itu moto bisnes anda dengan kadar segera.
Untuk laksanakan polisi itu, langkah awal adalah dengan menempah banner dan tulis besar-besar ..
TUNAI SAHAJA! – Tidak dibenarkan berhutang!”
www.bisneskecil.comJika tak boleh nak elak dari berikan terma kredit kepada pelanggan sila buat prosedur yang sesuai seperti berkut.

1. Kenakan syarat untuk tapisanKenakan syarat yang bersesuaian seperti pelanggan regular saja dan dengan jumlah yang dihadkan sahaja. 

2. Ambil seriusSerius dengan tempoh pembayaran yang anda tetapkan. Sentiasa jelaskan dan berikan reminder pada pelanggan. 

3. Pastikan semuanya bertulis hitam & putihTulis semua syarat itu dan berikan kepada setiap pelanggan untuk mereka baca, faham dan turnkan tandatangan!

4. Inbois sepantas mungkinKeluarkan inbois dan hantar sebaik saja pembelian ditunaikan. Paling baik, serentak dengan penghantaran barang. Jangan tunggu hujung bulan baru nak terhegeh-hegeh buat dan hantar inbois. Masukkan semua terma hutang dalam setiap inbois.

5. Berhenti menjualJika ada pelanggan yang masih tak bayar setelah berakhir tempohnya, segera hentikan penghantaran selagi dia tak bayar. Jangan takut hilang pelanggan. Lebih baik hilang pelanggan yang jenis tak reti bayar awal daripada merana bisnes kencang tapi duit tak masuk! 

6. Serius dan tegas dalam aktiviti kutip hutangJangan sesekali terima alasan tak ada duit ketika kutip hutang. Bayar sedikit daripada tak bayar lansung. Duit tetap duit, samada sikit atau banyak. Ia akan berikan kesan kepada bisnes anda jika setiap pelanggan tak bayar RM50 dan semuanya adalah 1000 pelanggan macam tu!

7. Kenakan DepositUntuk pelanggan yang memang jenis lambat bayar, yang anda bersetuju. Sila kenakan deposit terhadap setiap pembelian mereka.

#4. Jangan berikan diskaunJika anda selalu berharap nak close deal dengan teknik berikan diskaun, segera tamatkan sikap sedemikian. 
Cari cara lain untuk close deal!
Jika anda cuba nak tingkatkan jualan dengan berikan diskaun, ertinya anda hanya ambil jalan untuk buat kerja lebih sedangkan hasil keuntungannya sama sahaja. Malah mungkin lebih rendah dari biasa!
Bukanlah satu idea yang bijak untuk buat dua kali ganda jumlah kerja sedangkan keuntung yang diperolehi sama saja.
Kecuali …
Jika anda buat strategi, berikan diskaun terhadap satu produk untuk tingkatkan jualan terhadap satu lagi produk yang untung keras. Apatah lagi produk yang nak dimurahkan itu memang dah mahu dilupuskan.
Itu barulah bijak namanya. Diskaun macam itu boleh saja diamalkan.
#5. Naikkan hargaUntuk lakukan idea ini anda terlebih dahulu perlu percaya bahawa orang buat keputusan untuk membeli bukan sebab harganya murah.
Orang setuju dengan apa saja harga yang ditawarkan sebab 2 perkara asas ini ..

Dia yakin yang anda / syarikat boleh dipercayai - penampilan, rekod dan semua maklumat yang ada menunjukkan anda boleh dipercayaiDia faham faedah yang bakal diperolehi dengan jumlah duit yang dia keluarkan - selain dari produk, keistimewaan lain yang berkaitan diterangkan dengan jelas dan mantap tanpa ada selindung atau tipu tipu.Dia tidak risau pada kemungkinan apa yang dijanjikan tidak berlaku - Jika berlakupun, dia tau anda akan ambil tanggung jawab untuk selesaikannya.
Oleh itu, mantapkan komunikasi dalam aktiviti menjual anda.
Biar semua orang faham samada peringkat nenek mahu pun budak sekolah rendah. Jika anda mampu buat begitu, semua orang diantara 2 peringkat itu pasti akan faham jua.
Untuk naikkan harga, perhatikan dahulu bagaimana pesaing anda letakkan harga.
Jika servis dan kualiti produk anda sama saja dengan mereka, sila pastikan harga anda juga adalah sama atau lebih tinggi sedikit. Kurang dari itu adalah tidak bijak.
Rangka produk super premium untuk pelanggan sasaran anda. 
Memang ada pelanggan yang suka pilih produk macam itu sebab mereka banyak duit dan tak kisah untuk dapatkan super premium punya produk.
Peringatan!
Jangan fikir nak naikkan harga terhadap semua produk atau servis yang anda tawarkan. Memang ‘pelanggan setia’ akan marah dan rasa tidak dihargai.
Pilih beberapa produk saha terlebih dahulu. Ubah pakej tawarannya supaya nampak jadi satu produk baru lain yang istimewa.
Buat satu persatu sehingga akhirnya anda ubah kesemua produk yang ada selama ini dalam bisnes anda.
Tips Kewangan TambahanSatu lagi cara bijak untuk pertingkatkan kewangan bisnes adalah dengan memilih untuk tingkatkan produk yang paling tinggi keuntungannya dalam bisnea anda.
Untuk itu, anda perlu tahu setiap gross profit margin produk yang ada dalam bisnes anda sekarang. Susun antara yang paling tinggi untung turun ke bawah kepada yang paling rendah keuntungannya.
Bila dah ada senarai tersebut, rangka projek pemasaran untuk 3 produk paling menguntungkan. Push jualannya semaksimum mungkin.
Dalam masa yang sama, fikirkan semula produk yang paling rendah keuntungannya. 
Perlukah diteruskan?
Boleh ubah ke tidak?
Biasanya produk rendah untungnya adalah jenis yang paling rendah risiko untuk pelanggan baru mencuba. Produk itu juga mudah didapati di mana-mana. Anda terpaksa sediakan juga prodk tersebut sebab janggal jika pelanggan nak beli tapi tak ada.
Anda boleh gunakan produk tersebut untuk tarik pelanggan baru. Dalam masa yang sama, wajib up-sell. Jual produk yang menguntungkan.
Perbaiki tahap kewangan bisnes andaSaya dah kongsikan 5 cara yang anda boleh buat segera untuk perbaiki masalah kewangan bisnes yang anda lakukan sekarang. Siap tambahan satu bonus lagi.
Setakat ni, itu saja yang sempat saya fikirkan. nanti kalau anda idea lain, saya akan tulis lagi.
Saya yakin dengan semua cara itu, perubahan insyaallah akan berlaku. Kewangan bisnes akan berubah menjadi lebih baik secara pantas dan kemas.
Saya doakan bisnes anda berjalan lancar dan selamat serta menguntungkan. Juga bertambah makmur sehingga semua cubaan wabak kembali tenang.
Sila doakan juga agar bisnes saya berjaya. Terima kasih saya dahulukan atas doa anda dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada kawan-kawan bisnes yang anda kenal. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/07/buat-5-langkah-ini-satu-persatu-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
D Joy Plus Ekstrak Serat Tinggi Dengan Enzim Atasi Masalah Pencernaan

D Joy Plus Ekstrak Serat Tinggi Dengan Enzim Atasi Masalah Pencernaan

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 205 hits
Hi Korang Nak citer pasal produk D Joy Plus yang kak lily cuba baru baru ini Sebenarnya macam nie kak lily sering mengalami masalah payah untuk membuang air besar akibat daripada cara pemakanan yang tidak seimbang Yelah mana taknya manis ma...
Masalah Negara Di Sebabkan Najib Satu Dunia Dah Tahu

Masalah Negara Di Sebabkan Najib Satu Dunia Dah Tahu

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 200 hits
Tambahan dari mahkamah rayuan Najib memalukan negara SERANGAN Mahathir sangat berpengaruh SERANGAN Rafizi sangat tajam dan ganassz Penyokong sudah tidak angkat muka hilang kata kata untuk mempertahankan najib dan jika mereka ahli umno ia se...
Bn Pn Gila Kuasa Mahu Tpm Pilihan Raya Awal Tidak Peduli Masalah Rakyat

Bn Pn Gila Kuasa Mahu Tpm Pilihan Raya Awal Tidak Peduli Masalah Rakyat

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 211 hits
Perebutan kuasa berterusan antara BN dan PN yang membentuk Kerajaan Persekutuan seharusnya menyedarkan rakyat betapa mereka tidak mengambil berat kesusahan orang lain pada era pasca pandemik Covid 19 Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda K...
Buasir Otak Tv Masalah Orang Bernama Wan

Buasir Otak Tv Masalah Orang Bernama Wan

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 187 hits
Hanya orang yang bernama Wan atau nama panggilannya Wan sahaja yang faham masalah ni Jom tonton animasi ini
Video Youtube Kena Content Copyright Claim Dan Masalah Asmr

Video Youtube Kena Content Copyright Claim Dan Masalah Asmr

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 257 hits
Last week saya ada upload video baru di Youtube channel bertepatan dengan sebelum ni Bezanya video kali ni bila saya buat ala ala ASMR dan tak letak lagu background Semuanya gara gara saya baru je terima notis yang video di Youtube saya dik...
Kesan 12 Tahun Hidap Kanser Elyana Alami Masalah Penglihatan Amp Pendengaran

Kesan 12 Tahun Hidap Kanser Elyana Alami Masalah Penglihatan Amp Pendengaran

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 132 hits
Umum sedia tahu bahawa penyanyi terkenal Elyana baru sahaja sembuh daripada kanser limfoma yang dihidapinya Dia yang menjuang selama 12 tahun melawan kanser dilihat melalui pelbagai masa jatuh bangun untuk mendapatkan kembali kesihatannya O...
Hiburan Dah Selesai Kes Dera Di Mahkamah Kali Ini Amber Heard Dakwa Johnny Depp Ada Masalah Mati Pucuk

Hiburan Dah Selesai Kes Dera Di Mahkamah Kali Ini Amber Heard Dakwa Johnny Depp Ada Masalah Mati Pucuk

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 208 hits
Perbicaraan kes keganasan antara bintang Hollywood Amber Heard dan Johnny Depp meskipun sudah berakhir namun masih diperkatakan sehingga ke hari ini Terbaru peguam Amber Heard mendedahkan bahawa pelakon Johnny Depp sebenarnya mengalami masa...
Macam Mana Nak Jauhi Masalah Demensia Bila Dah Tua Nanti

Macam Mana Nak Jauhi Masalah Demensia Bila Dah Tua Nanti

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 257 hits
Perkataan demensia atau ejaan dalam Bahasa Inggeris Dementia mungkin baru bagi anda Tapi jika sebut perkataan nyanyuk pasti ramai yang tahu Dalam bahasa kita nyanyuk sering diguna pakai buat orang tua yang tak lagi mampu uruskan diri sendir...
Hj Hadi Dakwa Penubuhan Muafakat Nasional Tertangguh Kerana Umno Buat Masalah

Hj Hadi Dakwa Penubuhan Muafakat Nasional Tertangguh Kerana Umno Buat Masalah

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 186 hits
MARANG Presiden Parti Islam SeMalaysia Tan Sri Hj Abdul Hadi Awang mendakwa sikap pemimpin UMNO yang menimbulkan masalah menyebabkan penubuhan Muafakat Nasional tertangguh sehingga kini Katanya masalah itu termasuk cubaan beberapa pemimpin ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya