Buah Peria Kelebihan Dan Khasiatnya


Khasiat Peria/Peria Katak
Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.
Terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria ‘katak’ yang bersaiz lebih kecil.
Kebiasaannya, pokok peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.
Sayur peria amat diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat.
Bagi mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak.
Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu.
Bunganya berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut.
Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Lain-lain kandungan peria ialah lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.
Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba meminum perahan daunnya.
Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir. Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.
Walaupun pahit, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin untuk menambah susu badan. 
Khasiat Peria
1. Diabetes
Hasil kajian klinikal selama empat minggu yang diterbitkan di Journal of Ethnopharmacology menunjukkan bahawa amalan mengambil PERIA dalam pemakanan seharian berupaya mengurangkan kadar gula dalam darah pesakit diabetes. Kajian membuktikan PERIA mampu mengurangkan kadar gula dan meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan anda.
2. Batu Karang
Sebiji PERIA mengandungi 3.5 g serat, atau 14% daripada nilai cadangan pemakanan harian dan hanya 6 mg sodium, atau kurang 1% daripada nilai cadangan pemakanan harian. Menurut Mayo Clinic, diet yang mengandungi tinggi serat dan kurang sodium mampu membantu mengelakkan batu karang.
3. Kolesterol
PERIA berupaya membantu badan anda mengurangkan kadar kolesterol secara semulajadi. Ini adalah penting kerana dengan mengawal kadar kolesterol badan ia dapat bantu anda untuk mengelakkan diri daripada penyakit jantung dan stroke

4. Anti-oxidant (anti-kanser)
PERIA juga bertindak sebagai anti-oxidant yang dapat membantu menghindari badan daripada kanser dan juga membantu proses rawatan kanser terutamanya kanser pankreas dengan mengawal kadar glukosa dan membunuh sel kanser.
5. Kulit
Mengamalkan diet yang mengandungi PERIA juga membantu mencantikkan kulit serta mengatasi penyakit kulit seperti psoriasis dan ekzema. Setiap hidangan PERIA juga mengandungi 104 mg vitamin C yang baik untuk kulit dan kesihatan badan.
6. Mengurangkan berat
Kandungan serat yang tinggi dan kandungan kalori yang rendah membuatkan PERIA antara sayuran yang dapat membantu anda mengurangkan berat badan. PERIA juga mengandungi pelbagai nutrien lain menjadikan ia makanan yang sesuai dalam usaha mengurangkan berat badan.
7. Baik untuk hati
PERIA juga bagus untuk hati (liver) anda kerana ia dapat membantu proses penghadaman, menguatkan hempedu, dan membantu menguatkan hati anda yang menghidapi cirrhosis, hepatitis dan sembelit.
8. Metabolisma
PERIA juga berupaya membantu dalam metabolisma gula dalam badan dan mempercepatkan proses metabolisma karbohidrat. Maka, makin kurang gula yang ditukarkan pada lemak. Ia dapat bantu pesakit diabetes dan proses mengurangkan berat badan.
 9. Vitamin K
PERIA juga merupakan sumber yang tinggi untuk vitamin K. Ia dapat membantu proses pembekuan darah, bagus untuk tulang dan juga mempunyai nilai anti-radang.
10. Imun badan
PERIA dapat bantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan mengurangkan jangkitan bakteria dan virus. Ia juga berupaya mengurangkan kadar asid dalam perut yang membuatkan anda sakit hulu hati.
Khasiat makanan
* Buahnya yang belum masak dijadikan sebagai sayur yang digoreng, dibuat sup, dikukus, direbus, masak kari dan sebagainya.
* Buah, pucuk dan bunganya dijadikan sebagai perisa dalam masakan.
* Buahnya boleh dijadikan sebagai jeruk, dikeringkan dan ditinkan.
* Mengandungi khasiat makanan kerana mengandungi banyak mineral dan vitamin.
* Isi yang meliputi biji peria boleh dibuat manisan.
Khasiat ubat-ubatan
* Semua bahagiannya boleh dijadikan sebagai jus sebagai ubat luaran untuk penyakit kulit, serta dimakan bagi mengubati penyakit artritis, demam panas, masalah hati, reumatisme, asma, membunuh cacing dalam perut dan urus serta masalah kaum wanita.
* Sebahagian bahagian tumbuhan boleh membantu melawaskan buang air besar.
* Buahnya dimakan atau direbus sebagai ubat harba antimikrob, antitumor, membunuh cacing dalam perut dan usus, cirit-birit, mengecutkan otot, minuman tonik, tonik perut, ubat kencing manis, merawat kulit terbakat, luka-luka, sampu dan sakit perut.
* Buah yang dimasak sebagai lauk boleh mengubati batuk, bengkak sistem penafasan dan banyak kahak.
* Jus buah hijaunya diminum bagi mengubati cirit-birit dan bengkak usus besar
 4,802 total views


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penyuxp.com/blog/buah-peria-kelebihan-dan-khasiatnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manfaat Dan Kelebihan Melakukan Perniagaan Online Dari Rumah

Manfaat Dan Kelebihan Melakukan Perniagaan Online Dari Rumah

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 240 hits
Bagi mereka yang sudah berkeluarga melakukan perniagaan online dari rumah membolehkan kita meluangkan masa yang lebih banyak bersama pasangan dan The post first appeared on
Ini Kelebihan Perjanjian Mou Kepada Pakatan Harapan

Ini Kelebihan Perjanjian Mou Kepada Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 168 hits
Dato Seri Anwar Ibrahim membicarakan terkait fungsi dan kedudukan MoU antara kerajaan dan Pakatan Harapan serta beberapa isu penting yang lain
Pertama Kali Bekam Ini Beberapa Kelebihan Berbekam

Pertama Kali Bekam Ini Beberapa Kelebihan Berbekam

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 338 hits
Semalam Sabtu adalah pertama kali pengalaman berbekam seumur hidup ni Biasa dengar kelebihan berbekam dan khasiat berbekam ni baru semalam ada kesempatan nak buat Alhamdulillah takde la sakit sangat masa proses buat lubang dan menyedut dara...
Tips Masak Peria Supaya Tak Pahit Mesti Cuba

Tips Masak Peria Supaya Tak Pahit Mesti Cuba

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 223 hits
Peria Ramai yang tak sanggup untuk menikmatinya disebabkan rasa pahit peria yang sukar untuk digambarkan Namun bagi pencinta sayur ini kepahitan tersebut bagaikan penawar bagi segala penyakit Terlalu banyak kebaikan peria untuk kesihatan tu...
Rupanya Banyak Khasiat Peria Katak Tapi Tak Ramai Yang Tahu

Rupanya Banyak Khasiat Peria Katak Tapi Tak Ramai Yang Tahu

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 320 hits
Peria katak di kategorikan sebagai sayuran Ciri ciri peria katak adalah mempunyai rasa yang pahit dan struktur badan sayur yang menggerutu serta bersaiz panjang seakan timun Dengan khasiat tersebut ia mampu memperbaiki masalah kesihatan ter...
Kelebihan Meninggal Dunia Dengan Pantas Di Zaman Moden

Kelebihan Meninggal Dunia Dengan Pantas Di Zaman Moden

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 257 hits
Arwah ayah saya meninggal pada tahun 1982 ketika umurnya 52 tahun Semak jadual jangkahayat penduduk Malaysia saya dapati pada tahun 1982 tersebut purata jangkahayat penduduk negara kita adalah 68 63 tahun Ayah saya meninggal awal lebih dari...
Kelebihan Berzikir Rugi Kalau Kita Tak Buat

Kelebihan Berzikir Rugi Kalau Kita Tak Buat

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 254 hits
Kelebihan Berzikir Rugi Kalau Kita Tak Buat Kita sebagai umat islam di tuntut untuk selalu berzikir Berzikir ni bukan sahaja untuk membersihkan hati tapi banyak kelebihannya Dibawah ini umi nak share dengan korang apakah kelebihan kita berz...
Ini 10 Kelebihan Jantung Pisang Untuk Kesihatan Kita

Ini 10 Kelebihan Jantung Pisang Untuk Kesihatan Kita

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 282 hits
inforakyat net8 1 2022Ini 10 kelebihan jantung pisang untuk kesihatan kita 1 Mengurangkan risiko serangan strok 2 Mencegah pembentukan lapisan lemak dalam arteri3 Serat tinggi meningkatkan pencernaan makanan dalam perut Jantung pisang menga...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok