Buah Ni Tak Elok Maa Selamba Dia Buka Tukar Buah Strawberi Yang Telah Dibungkus
Perbuatan seorang wanita ini yang selamba membuka dan memilih buah strawberi yang elok untuk dibeli di sebuah pasar raya menimbulkan rasa kurang senang pengadu.
Menurut Erny Hayati, kejadian itu berlaku di Aeon Mall Kepong dan perbuatan wanita itu dianggap seperti tiada kesedaran sivik. Sedangkan umum tahu bahawa pasar raya tidak membenarkan pelanggan membuka paket buah yang telah dibungkus dan ditimbang serta diletakkan harga.
"Takde pula sign cakap boleh campur atau boleh pilih buah. Bila tak ada sivik macam ni lah. Aku tak melenting kalau dia buat sekotak dua. Eh, dia buat lebih dari lima kotak tau. Selagi tak ada orang tegur, dia buka satu-satu dan pilih.
"Aku inform kat staff buah seorang ni, dia jawab 'I tak tahu, I jaga anggur saja'. Then aku report kat staff AEON. Bagusnya sebelum dia datang tu, dia sarung glove siap-siap. Then tegur wanita itu.
"Pastu dia boleh kata 'Buah ni tak elok ma, nak beli tak elok.. bla.. bla.. blaa..'. Bila staff itu nak pergi timbang balik had yang dia campur-campur tu betul tak beratnya, dia buat lagi benda yang sama, buka-buka dan pilih. Ewah-ewah, dia buat macam pasar borong yer. Korang rasa
"Inilah salah satu sebab strawberi korang tengok tu ada elok, ada macam lebam-lebam sebab dah disentuh direct. Staff susun buah pakai glove tau sebab tu buath elok je cantik kemas.
"Tu belum lagi, berat yang dia sumbat-sumbat tu more then what if should be sebab kat cashier adik kakak abang tu scan je, dia tak timbang pun. This happens more than five minutes. Sampai aku pergi cari oranglah suruh tegur," katanya yang menegaskan perkongsiannya itu tiada kaitan dengan isu perkauman tetapi lebih kepada tiada kesedaran sivik.
Sumber: Erny Hayati
Sumber : thereporter.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2019/10/video-buah-ni-tak-elok-maa-selamba-dia.html