Buah Nanas Vs Buah Naga


Buah Nanas vs Buah Naga. Mana satu  kegemaran kau orang? Kalau Fiza, pilih dua-dua sebab dua-dua pun sedap. Susah nak membuat pilihan, kan?

Merujuk kepada dewan bahasa dan pustaka : http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=nanas
[na.nas] | نانس
Definisi : sj tumbuhan (buahnya boleh dimakan), Ananas sativus; ~ belanda = ~ kista = ~ seberang = ~ tali sj nanas yg serat daunnya boleh dibuat tali dll, Agave cantala; ~ hijau sj nanas yg boleh dibuat ubat, Ananas comosus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)Bukan nenas ye. Memang sebutan nenas tapi jangan sekali kali gunakan perkataan nenas untuk pembelajaran sebab yang sebetulnya adalah 'nanas'.
Dalam masyarakat melayu menganggap buah nanas ni 'tajam'. Tajam yang macamana tu? Paling biasa kita dengar kalau makan buah nanas ni boleh menyebabkan keguguran kalau mengandung. 
Banyak khasiat buah nanas dan kebaikan buah nanas ni. Cuma kita kurang explore tentang kebaikan nanas untuk wanita. Sebab dah biasa di momokkan dengan kepercayaan orang dulu dulu sampai takut nak makan nanas

Nanas Nama saintifik: Ananas comosus ialah sejenis tumbuhan tropikal dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae). Asalnya berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Nanas tumbuh yang rendah seperti pokok herba (herbaceous perennial). Mempunyai daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. 
Buah nanas juga tergolong dalam buah bukan klimakterik iaitu sejenis buah yang hanya masak di pokok. Nanas dalam bahasa inggeris disebut pineapple kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain.

Tahukah Anda?Perkataan asal nanas dari orang Tupi adalah anana, yang memberi makna "buah yang sangat baik"

Bukan hanya buah nanas saja mempunyai khasiatnya. Empulur nanas pun ada khasiatnya. Macam tak percaya kan? Selalu kita main buang je dan makan isi je. Boleh baca dalam khasiat nanas kat bawah ni. Baca lagi okay

Tricks editing buah nanas buah nanas
7 Kebaikan Nanas1. Meningkatkan Kesuburan
Nanas cukup kaya dengan antioksidan. Apa yang menarik, kajian menunjukkan bahawa pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan akan membantu untuk mencegah kemandulan. Makanan yang kaya dengan antioksidan akan bertindak balas melawan radikal-radikal bebas yang berupaya menjejaskan sistem peranakan

Kandungan antioksidan yang terdapat dalam buah nenas seperti vitamin C, bera-carotene serta vitamin-vitamin dan meneral seperti kuprum, semuanya mempengaruhi tahap kesuburan lelaki dan wanita

Antioksidan terbukti mampu meningkatkan aliran darah dan membina semula tisu-tisu dengan baik dalam pembentukan organ-organ peranakan, sekaligus dapat meningkatkan kadar penghasilan sperma.
Tidak hairanlah pakar-pakar perubatan menyarankan mereka yang sedang beruaha untuk hamil untuk memperbanyakkan pengambilan buah nenas dalam diet harian mereka.

2. Baik Untuk Tulang
Nenas juga baik dalam membentuk tulang yang kuat. Gabungan mangan dan beberapa mineral yang lain dikatakan dapat mengelakkan osteoporosis. Ia juga melawan penuaan dan penyakit dengan melindungi sel-sel tubuh

Warga emas sangat digalakkan untuk memakan buah nanas bagi menguatkan tulang. Namun hakikatnya, penjagaan tulang haruslah bermula sedari usia muda lagi

3. Mengurangkan Risiko Sakit Mata
Nanas sangat bagus untuk mengurangkan risiko penyakit mata seperti katarak. Katarak biasanya terjadi ketika usia semakin meningkat. Nanas yang kaya dengan vitamin C dan antioksidanya terbukti secara klinikal dapat mengelakkan katarak

4. Mengekalkan Kesihatan Jantung
Kandungan kalium yang ada pada buah nanas dapat mengimbangi kandungan air dalam badan dan mengurangkan risiko hipertensi. Selain itu, kandungan vitamin C yang ada pada buah nanas dapat mencegah gangguan pada saluran darah akibat ketebalan kolestrol yang tidak baik

5. Membantu Mengurangkan Lemak
Nanas mengandungi gula semulajadi yang cukup baik untuk tubuh dan mencetuskan pembakaran leak dalam badan untuk berjalan lancar. Bagi mereka yang ingin menguruskan badan, jangan lupa untuk jadikan nanas sebagai pencuci mulut setiap hari anda

6. Mengatasi Masalah Gout
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr Suri Roowi, nanas dan betik adalah antara sumber yang baik untuk masalah gout. Ianya disebabkan oleh kehadiran enzim proteolitik yang dikenali sebagai papain dan bromelain. Bromelain banyak terdapat dalam empulur nanas

Bromelain boleh membantu mengurai asid urik kristal dan mengurangkan kesakitan disebabkan oleh gout. Ia banyak terkandung pada bahagian tangkai buah nanas, kulit, jambul dan empulur (empulur nanas pada bahagian yang biasa dimakan). Bromelain ini juga terdapat dalam isi nanas tetapi pada kadar kuantiti yang rendah

7. Untuk Kecantikan Wajah
Sekumpulan saintis berpengalaman dari SIRIM Berhad yang diketuai oleh Dr Nurul Izza Nordin telah menjalankan penyelidikan tentang enzim bromelain yang terdapat dalam nanas dan khasiatnya kepada kulit wajah

Melalui perbagai kajian yang memakan modal hampir ratusan ribu ringgit selama lebih daripada dua tahun, para penyelidik ini akhirnya dapat menemui rawatan yang sangat efektif dan berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit

kredit artikel khasiat nanas dari : https://www.facebook.com/ensutouchHQ/posts/7-kelebihan-buah-nanas-yang-ramai-orang-tidak-tahunanas-atau-nenas-merupakan-sal/2818025678218638/
Buah NagaPokok buah naga atau mata naga adalah tumbuhan jenis kaktus dalam famili Cactaceae. Asalnya dari Amerika Selatan. Dikenali juga dengan nama pitaya atau pitahaya (Amerika Selatan), pitaya atau Kew Mang Kron (Thailand), Honey fruit atau red dragon fruit (Amerika Syarikat) atau paw wong fa kar (China).

Buah naga dalam bahasa inggeris di panggil Dragon fruit. Ditanam secara komersial di Veitnam, Thailand dan Taiwan. Buah naga daripada genus Cereus bermaksud kembang malam. Seperti kembangnya bunga mata naga yang hanya kembang di waktu malam.

Pokok buah naga banyak ditanam secara komersial di Vietnam, Thailand, dan Taiwan. Tekstur isi buah naga seperti buah tembikai dengan taburan biji bewarna hitam. Rasanya seperti buah kiwi dan terdapat dalam beberapa warna seperti warna putih, merah dan ungu. 
Buah naga merupakan buah eksotik yang sedap dimakan begitu saja. Boleh juga dibuat minuman, salad buah, aiskrim dan banyak kali. Makan macam tu pun dah cukup sedap dah




Khasiat buah naga1. Antipenuaan
Antioksidan menjadi antara faktor yang membantu mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit. Kehadirannya membantu menentang radikal bebas di seluruh badan untuk menghalang pengaktifan sel kanser.

Buah naga adalah sumber yang baik untuk mendapatkan manfaat antioksidan kerana ia mengandungi vitamin C.

2. Menghalang kanser
Selain kaya dengan vitamin C, buah naga juga mengandungi karotena yang dikaitkan dengan antikarsinogenik termasuk mengurangkan jumlah penghasilan tumor. Selain itu, kandungan likopena yang berfungsi memberi warna merah kepada buah naga juga sering dikaitkan dengan manfaat dalam mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.

Kajian yang disiarkan dalam Jurnal Asia Pasifik mengenai pencegahan kanser pada 2011 mendapati pengambilan likopena kurang daripada 2.5 miligram sehari meningkatkan risiko mendapat kanser prostat.

Sebaliknya, pengambilan buah, sayur atau makanan yang kaya dengan likopena termasuk melakukan aktiviti fizikal pula membantu mengurangkan risiko kanser berkenaan.

3. Kesihatan kardiovaskular
Buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pharmacognosy Research pada 2010 menemui pengambilan buah naga mungkin boleh membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Malah, buah eksotik ini juga adalah sumber yang baik bagi lemak garam mono yang membantu mengekalkan kesihatan fungsi jantung.

4. Diabetes
Kandungan serat yang tinggi di dalam buah naga membantu menstabilkan tahap gula dalam darah seseorang. Ia juga membantu merencatkan gula yang berlebihan ketika mengambil makanan yang tinggi indeks glisemik.

Di dalam kajian sama turut menemui buah berkenaan mempunyai kesan yang berharga dalam tekanan oksidatif daripada kekejangan aorta (arteri terbesar dalam badan), masalah yang dikaitkan dengan kencing manis.

5. Penghadaman
Buah naga mempunyai kandungan serat yang tinggi, bermaksud ia membantu memperbaiki pergerakan usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran penghadaman. Pengambilan buah eksotik ini boleh membantu mengurangkan masalah sembelit dan sindrom gangguan usus.

6. Meningkatkan sistem imun
Tahap kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah naga membantu meningkatkan sistem imun selain merangsang aktiviti antioksidan lain.

Kehadiran jumlah vitamin C, mineral dan fitoalbumin yang tinggi juga membantu melawan radikal bebas selain memiliki sifat antioksidan. Vitamin B1, B2, B3 dan kalsium, fosforus, zat besi, protein, niasin serta serat juga menyumbang kepada peningkatan fungsi sistem imun badan.

kredit artikel khasiat buah naga : https://www.hmetro.com.my/node/152514
Buah nanas dan buah naga kedua duanya mempunyai kandungan antioksidan dan kaya dengan vitamin C serta ada khasiat yang tersendiri. Kedua duanya sedap di makan. Paling suka makan nanas madu. Kurang sikit rasa tajam dia dan lidah pun tak kebas kalau makan banyak

Buah naga pula suka buah naga merah. Tak tahu apa beza buah naga merah, putih dan purple. Yang tahu warna dia berbeza je. Dari segi rasa tak pasti sebab jarang makan buah naga dan tak dapat nak dibandingkan. 
Kau orang suka buah mana satu



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azhafizah.com/2020/11/buah-nanas-vs-buah-naga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
19 Buah Kenderaan Terlibat Kemalangan Di Kajang

19 Buah Kenderaan Terlibat Kemalangan Di Kajang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 328 hits
SEBANYAK 19 buah kenderaan dilaporkan terlibat dengan kemalangan di Persiaran Saujana Impian pagi tadi Difahamkan kesemua kemalangan itu berlaku di antara pukul 7 pagi hingga 8 pagi Ketua Polis Daerah Kajang Ketua Polis Daerah Kajang Asiste...
Buah Jambu Sama Proses Berbeza

Buah Jambu Sama Proses Berbeza

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 342 hits
Perhatikan buah jambu ini Tumbuh bersama di batang yang sama Tapi proses matangnya berbeza Jangan bandingkan proses kamu dengan proses orang lain Kerana setiap orang memiliki prosesnya masing2 Dan di matangkan dengan bentuk berbeza beza Jik...
Kek Buah Bakar Makin Lama Makin Lembab Versi Buah Berselerak

Kek Buah Bakar Makin Lama Makin Lembab Versi Buah Berselerak

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 427 hits
Ni dia resipi kek buah berselerak yang sedap lembab Makin lama disimpan bila keluar dari peti sejuk bila digigit ya ampun sedap kemain lagi Ni resipi kek buah versi bakar oleh Mariana Zainal yang sudi berkongsi resipi mengikut olahannya sen...
Wanita H4mil Ini Mahu Jual Buah Pingg4ng Kerana Kes3mpitan Tarik Perhatian Menteri Agama

Wanita H4mil Ini Mahu Jual Buah Pingg4ng Kerana Kes3mpitan Tarik Perhatian Menteri Agama

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 251 hits
Realiti kehidupan hari ini sememangnya agak svkar Ditambah dengan p4ndemik yang melanda dunia lebih ramai yang mengalami masaIah dari segi kewangan
Lepas Bubur Kosong 13 Jenis Buah Ni Sesuai Untuk Baby 6 Bulan Makan Masakkan Dulu Lebih Baik

Lepas Bubur Kosong 13 Jenis Buah Ni Sesuai Untuk Baby 6 Bulan Makan Masakkan Dulu Lebih Baik

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 311 hits
Sebaiknya usia bayi masuk enam bulan mama mulalah berdebar untuk memberikan makanan pejal buat bayi Bimbang anak tidak suka atau menolak makanan yang disediakan Apa agaknya makanan pejal pertama yang mahu diberikan pada anak Sudah semestiny...
Naga Dataran Merdeka

Naga Dataran Merdeka

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 259 hits
Naga adalah seekor binatang mitos mungkin semua orang tahu itu Ia sama mitos macam Burung Garuda Burung Pheonix Unicorn Ikan Duyung dan macam macam lagi Ada naga yang digambarkan berbadan seperti ular dan ada yang berbadan seperti biawak ad...
Apmm Rampas 11 Bubu Naga Di Pulau Gedong

Apmm Rampas 11 Bubu Naga Di Pulau Gedong

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 308 hits
Bubu naga yang dirampas APMM dalan Ops Benteng Laut baru baru ini GEORGETOWN Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia merampas 11 unit bubu naga di Pulau Gedong di sini semasa Ops Benteng Laut baru baru ini Pengarah APMM Pulau Pinang Kepten M...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense