Buah Hati Nafeesa By Nirrosette Ulasan Buku
Buah Hati Nafeesa by NirrosettePublisher: Manes WordworksPublication Date: Januari 1, 2022Genre: FiksyenAdd to GoodreadsSource: OwnRating: 5★
Blurb Nafeesa seorang gadis berusia 21 tahun suka buat kerja gila! Sewaktu cuti semester universiti, Nafeesa nekad terbang seorang diri ke Vancouver untuk bertemu dengan abangnya Najwan. Si abang yang sedang sibuk belajar telah mengamanahkan teman serumahnya Khalil, menemani Nafeesa.
Bersama Khalil, Nafeesa belajar banyak perkara baharu: tentang hidup, tentang cinta, tentang agama.
Khalil sangat sempurna di mata Nafeesa. Segak, tampan, bijak, berkerjaya dan berdaya intelek. Belum pernah Nafeesa bertemu dengan seseorang yang mampu mencabar daya pemikirannya. Pencinta tegar sastera Shakespeare ini malah sempat berdebat dengan sang arkitek!
Dan itulah titik tolak bagaimana Nafeesa akhirnya jatuh cinta kepada Khalil. A man who reads makes Nafeesa weak.
Tetapi mampukah Nafeesa menawan hati Khalil yang banyak rahsia?
Dan apabila rahsia tersingkap, sanggupkah Nafeesa menerima Khalil seadanya?
“Will you see me differently, if you knew my past?”
Antara trauma dan cinta? Apa pilihan Khalil dan Nafeesa, akhirnya?
***
Nirrosette pandai bercerita sehinggakan pembaca terasa berada di Vancouver tanpa perlu beli tiket pesawat. Menelusuri Buah Hati Nafeesa bagai ‘menonton’ buku diiringi muzik; dan berbusana cantik. Teruslah bercerita yang indah-indah, Nirrosette! – Noor Suraya, Editor
Ulasan
Oh my goodness. Dimana harus ku mulakan. Jalan cerita yang buat aku tersenyum, tersengih sehingga kebas pipi aku. Terlalu banyak yang aku suka dengan novel ini.
“𝙄 𝙩𝙝𝙞𝙣𝙠 𝙄’𝙢 𝙨𝙩𝙖𝙧𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙩𝙤 𝙡𝙤𝙫𝙚 𝙮𝙤𝙪.”
Naf seorang yang free spirit, sangat berdikari, cantik, periang dan disenangi ramai. Aku pun berasa senang dengan Naf. Naf ke Vancouver untuk melawat abangnya dan bercuti disana. Tapi satu sahaja yang tidak Naf rancang, iaitu jatuh cinta. Kisah cinta yang nampak mudah tapi agak complicated jugak. Walaupun begitu, manisnya cinta mereka kalah air jus yang aku minum.
Khalil, seorang lelaki yang ada rahsia. Tapi lelaki ni jugak yang buat Naf jatuh cinta sehingga sukar dilupakan. I love their conversation when they are together. Akan tetapi, ada sesuatu yang menyebabkan Khalil mengelak daripada menerima cinta Naf. Tapi kenapa? Itu korang kena lah baca. Mana boleh bagitahu!
Aku suka dengan jalan ceritanya yang sangat mudah diikuti, tidak rumit, banyak buat aku berfikir dan pengajarannya cukup baik. Watak watak dalam buku ni pun memang best. The supportive parents, the wonderful friends and colleague.
Jujurnya, sebelum aku menulis ulasan ini, aku membaca buat kali kedua dan I still feel the butterflies like the first time I read the book. Naf suka berfesyen! Suka sangat dan sangat terperinci pemakaian Naf. Love sangat! Khalil pun perasan tau fashion Naf tanpa diberitahu!
Secara keseluruhannya, Buah Hati Nafeesa ini cukup membuat hati gembira, tersenyum girang membaca. Jalan penceritaan dan watak watak dalam ini memang hidup betul ye. Bukan je Naf yang merasai butterflies tu dah aku pun sama. Blushing ye all the time. So, bila Khalil I nak muncul ni? 😂
Rating novel ni? Sememangnya 10/5🌟
Buku kedua yang aku baru terbitan @maneswordworks ni. Menambah gula dalam diri ini. Tapi tak apa, I nak lagi🌟
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.amazingdistance.com/2022/08/buah-hati-nafeesa-by-nirrosette-ulasan.html