Brunch Date Di Kedai Kopi Nostalgia 9163 Taman Melawati
Kedai Kopi Nostalgia 9163 ni baru
sahaja di buka dan seperti biasa pantang nampak kedai baru mestilah teruja nak
cuba.
First impression dah berjaya
menambat hati Diah. Dasar mudah terpengaruh betul. Kebetulan waktu kami ke
Pasar Malam minggu lepas memang lalu depan Kedai Kopi ni jadi dah beritahu
suami nak cuba makan dekat sini.
Semalam lepas selesai beli stok
lauk, ajak suami ke Kedai Kopi Nostalgia. Waktu kami sampai dah mula penuh
dengan pelanggan.
Brunch Date di Kedai Kopi
Nostalgia 9163 Taman Melawati
Agaknya semua teruja nak cuba
makan di kedai baru. Sama macam Diah. Waktu sampai kami di sambut mesra oleh
pekerja Kedai Kopi Nostalgia.
Dari segi customer service memang
bagus. Baik pekerja yang bantu ambil pesanan, juga pekerja yang menghantar
pesanan.
Dilatih oleh owner supaya
sentiasa senyum dengan pelanggan dan mengucapkan selamat makan apabila makanan
dihidang kepada pelanggan.
Cara nak buat pesanan pula ada
dua pilihan. Pelanggan tulis sendiri di kertas pesanan yang disediakan atau
boleh scan QR code yang disediakan.
Dari segi harga masih berpatutan
dengan apa yang pelanggan dapat. Lebih kurang sama dengan kebanyakkan kedai
kopi di kawasan bandar.
Oh ya hiasan dalaman kedai di
hias style Baba dan Nyonya, ada digantung makanan ringan dulu-dulu, tingkap kaca
warna oren, cawan kopi dan mereka guna cawan bunga hijau. Legend betul rasa.
Memang mengimbau kenangan betul. Kedai
Kopi ni ada dua tingkat. Ada tangga melingkar disediakan. Di tingkat dua,
pemilik kedai letakkan mesin pilih lagu sebagai hiasan utama.
Ala yang zaman dulu-dulu kalau dalam
cerita Orang Putih ada mesin ni. Masuk syiling boleh pilih lagu. Mesin ni boleh
digunakan ya sebab Diah nampak ada pakcik guna pilih lagu.
Menu Kedai Kopi Nostalgia 9163
Menu dekat sini pula berunsurkan
menu kopitiam. Sesuai la konsep hiasan dengan pilihan. Ada pilihan mi (bihun,
Char Kuey Teaw, Wat TanHor, Mee Basah).
Nasi (Nasi goreng Kampung, Cina,
Sweet Sour Chicken). Nasi Lemak Berlauk (Rendang Ayam, Udang, Kari Ayam,
Sotong).
Roti Bakar, Roti kukus, Telur
Rebus, makanan ringan Cucur Udang Penang (Takua Rendang). Makanan Barat
(Chicken Chop, Big Breakfast).
Kebanyakkan menu sesuai untuk
brunch dan tea time. Kalau datang kopitiam kena cuba kopi atau teh tarik. Kalau
kena tekak jadi ada peluang untuk datang lagi buat kali kedua.
Diah pilih kopi ais dan Bihun Sup
Lala. Husband makan cucur udang dan Teh Tarik. Sayangnya kopi dan Teh Tarik tak
meet our expectation.
Tapi bihun sup lala dia sedap.
Portion banyak dan sesuai kalau nak healing, badan tak sihat selesema makan lah
bihun sup lala ni.
Lala pun banyak, gabungan halia
dan lala tu kena. Sup dia tak pekat tak cair. Cukup perasa. Cucur udang dia
kuah sos pedas masam. Rasa tangy tu terasa bila masuk mulut.
Cucur dia banyak udang dan
crispy. Kalau ikut selera Diah Lagi sedap kalau cicah dengan kuah kacang.
Overall pengalaman pertama kami
makan di Kedai Kopi Nostalgia 9163 tidaklah mengecewakan. InshaAllah ada rezeki
bawa anak-anak pula.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2023/06/brunch-date-di-kedai-kopi-nostalgia.html