Brisk Walk Di Kombes Paroi Dapat Awards Dan Redeem Rewards
Masih lagi meneruskan perjuangan membakar kalori di KOMBES (Kompleks Belia dan Sukan) di Paroi. Ini je tempat riadah yang dekat dengan rumah dan best bersukan di sini. Meriah ramai orang dan dirasakan lebih selamat.
Sebelum ni bulan Januari boleh pergi selang sehari. Sekarang ni seminggu sekali sebab dua minggu kebelakangan ni encik suami sibuk kesana kesini. Jadi tak dapatlah selang sehari. Tapi tetaplah pergi juga. Sesekali kena beriadah diluar juga.
Macam biasa kami riadah waktu malam. Makan malam awal, lepas solat maghrib terus pergi. Pergi awal dan balik awal. Kalau pergi lambat sikit dah ramai orang kena parkir bahagian belakang pula.
Brisk Walk/ Jalan LajuSuka sangat brisk walk, slow jogging dan berlari di balapan ni sebab lembut. Rasa macam masih baru lagi. Entah bila tukar tak tahulah sebab kita pun baru tahun ni rajin datang sini. Bila pijak balapan lembut, kasut pun tebal elok. Tak sakitlah kaki kita wak.
Lutut longgar tu biasa. Dia kejap je. Buat mana termampu je lah. Minggu lepas dapat pergi hari Jumaat je. Brisk walk santai-santai. Kejap brisk walk, kejap slow jogging, kejap berlari sikit. Tapi lebih banyak brisk walk lah haritu. Dapat lah lebih kurang 5 pusingan tak sampai setengah jam.
Tak lama sebabnya kat rumah dah workout banyak. Keluar rumah brisk walk ambil angin luar dan nak cukupkan qouta 10, 000 langkah kononnya. Tapi terlebih sudah. Saya guna fitness apps apple.
Awards FitnessBulan Januari tak berjaya full rings setiap hari sebab baru bermula kan. Bulan Februari ni agak all out sikit kumpul awards. Awards yang berjaya dicapai sehingga 18 Februari 2024. Seronok bila dapat awards ni, dia buat kita lagi semangat nak bersenam. Kann...
Redeem AIA Vitality RewardsLagi satu yang menguntungkan adalah selaku AIA Vitality membership, dapatlah kita redeem weekly challenge rewards. Biasanya saya redeem touch n' go je. Nanti bolehlah rewards diri sendiri dengan e wallet tu
Selain touch n' go, boleh redeem voucher Jaya Grocer, Grabgifts dan Zus Coffee. Semua voucher bernilai RM5. Kalau kumpul setiap bulan dapatlah RM20 sebulan. Nampak sikit tapi kalau dikumpul banyaklah jadinya. Sambil-sambil ada faedahnya juga
Alhamdulillah..Kudos dearself! Selain tu kurangkan manis-manis. Nak cut sugar terus macam payah. Sesekali takpe. Slowly lah kan. Lebihkan manis dalam senyuman je
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2024/02/brisk-walk-di-kombes-paroi-dapat-awards.html