Bossku Berjaya Perbodohkan Pengundi Luar Bandar



Walau populariti Najib Razak dianggap tinggi dalam kalangan pemimpin Umno, namun faktor itu tidak memberikan kesan di kerusi bandar kerana beliau hanya popular dalam kalangan penduduk luar bandar yang sememangnya penyokong kuat Barisal Nasional (BN), kata penganalisis.
James Chin dari University of Tasmania, Australia berkata Umno sememangnya tidak berminat untuk meraih undi daripada kawasan bandar memandangkan parti itu sedar kebarangkalian untuk menang di kawasan itu agak sukar.
“Mereka tahu kawasan membangun merupakan kawasan pro-pembangkang,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Jika tidak menang lawan DAP, kemungkinan besar akan tewas dengan PKR.”
Oleh itu, Chin berkata, Najib dianggap sebagai aset dan liabiliti apabila dia mempunyai pengaruh kuat dalam kalangan akar umbi dan pengundi luar bandar, tetapi terkait dengan isu rasuah seperti 1MDB yang tidak dapat diterima pengundi bandar.
PELAPIS UMNO SUKAR NAIK
Penganalisis politik Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata Umno masih mempunyai beberapa pemimpin yang berpotensi menarik sokongan pengundi bandar menerusi calon seperti Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan atau Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Namun disebabkan parti itu tidak mempunyai pendirian sebegitu, mereka akan cuba sedaya upaya mempertahankan sokongan dari kawasan luar bandar dan pedalaman.
“Pemimpin seperti Tok Mat dan KJ mungkin akan menawarkan imej yang lebih positif di kawasan membangun, tetapi harus diingati bahawa Umno menerima sokongan kuat di kawasan luar bandar,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Pengundi luar bandar suka imej ‘Bossku’ dan persepsi yang dibawa ketika era pentadbiran Najib.
“Oleh itu, Umno inginkan nilai tambah ini untuk terus meraih undi sebanyak yang boleh.”
Chin berkata, Umno diakui mempunyai ramai bakat, namun tidak dimanfaatkan sepenuhnya disebabkan kehadiran pemimpin yang lebih tua.
“Untuk sebab-sebab tertentu, mereka sukar dinaikkan kerana dihalang oleh pemimpin yang lebih senior,” katanya.
Baru-baru ini, Umno Johor menyatakan parti itu masih mengharapkan penglibatan Najib bagi membantu mereka menghadapi PRU15 kerana ahli Parlimen Pekan itu dilihat masih mempunyai pengaruh yang kuat.
Pandangan itu dilontarkan meskipun Mahkamah Rayuan secara sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International selepas menolak rayuan Najib.
Ditanya sama ada Umno ketandusan pemimpin apabila parti itu terus menagih sumbangan Najib, penganalisis politik dari UiTM, Mujibu Abd Muis, berkata mereka mempunyai beberapa individu yang dilihat layak menerajui parti tersebut, namun tidak dianggap setaraf dengan Najib dari segi pengaruh.
“Jika individu yang dipilih untuk pimpin Umno tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah dalaman parti, maka sukar untuk bawa parti itu ke depan,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Ini antara kelebihan yang mereka anggap hanya Najib boleh buat, justeru pemimpin Umno lain tidak dilihat berada ke tahap itu.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/12/bossku-berjaya-perbodohkan-pengundi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Sarawak Sedia Berubah Pengundi Luar Perlu Pulang Realisasikan Impian

Rakyat Sarawak Sedia Berubah Pengundi Luar Perlu Pulang Realisasikan Impian

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 180 hits
Pihan Raya Negeri Sarawak kali ini dijangka akan mencatat sejarah kebangkitan rakyat untuk berubah selepas 58 tahun diperintah oleh GPS tanpa pembangunan yang nyata Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun tanda tand...
Nct 127 Berjaya Akhiri 3 Hari Konsert Secara Luar Talian Buat Kali Pertama Dalam 3 Tahun

Nct 127 Berjaya Akhiri 3 Hari Konsert Secara Luar Talian Buat Kali Pertama Dalam 3 Tahun

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 250 hits
Dari 17 hingga 19 Disember NCT 127 telah mengadakan konsert solo kedua mereka di Gocheok Sky Dome di Seoul bertajuk Neo City Seoul The Link Konsert pada 19 Disember diadakan serentak secara dalam talian dan luar talian bermakna terdapat pen...
Luar Biasa Penampilan Edi Marwan Dan M Yunus

Luar Biasa Penampilan Edi Marwan Dan M Yunus

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 312 hits
SERU DISKUSI HEBAT HM YUNUS EDI MARWAN DAN M RAKIBDI LPMP RIAU INDONESIA
2 288 Pelajar Terima Tawaran Pinjaman Mara Lanjut Pengajian Ke Luar Negara

2 288 Pelajar Terima Tawaran Pinjaman Mara Lanjut Pengajian Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 173 hits
Oleh MAJLIS Amanah Rakyat terus memperkasakan sektor modal insan dalam bidang pendidikan dengan menawarkan pinjaman melanjutkan pengajian ke luar negara kepada 2 288 pelajar Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ...
Rindu Yang Luar Biasa

Rindu Yang Luar Biasa

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 178 hits
RINDU YANG LUAR BIASA Assalammualaikum wbt Rindu ibu bapa kepada anak anak dan cucu cucunya Rindu sahabat dengan sahabatnya yang lain Rindu kawan kawan Rindu ini satu rasa Rasa yang datangnya daripada DIA Diberi kepada hamba hamba Nya Semua...
Rangup Di Luar Empuk Berlemak Ubi Rebus Goreng Berempah

Rangup Di Luar Empuk Berlemak Ubi Rebus Goreng Berempah

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 210 hits
Pernah cuba ubi rebus yang diperap rempah dan kemudiannya digoreng Rasa sangat sedap tau Sambil santai santai di laman rumah sambil minum kopi atau teh panas memang sedap makan ubi rebus goreng berempah ini Jom kita cuba resipi oleh Kamarul...
Hiburan Fazura Batal Hasrat Bercuti Ke Luar Negara Demi Keselamatan Fatima

Hiburan Fazura Batal Hasrat Bercuti Ke Luar Negara Demi Keselamatan Fatima

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 252 hits
Gara gara penemuan varian baharu Covid 19 iaitu Omicron yang lebih berbahaya dan cepat merebak selebriti jelita membatalkan hasrat membawa puteri kesayangannya Fatima Aisha bercuti ke luar negara 1 bulan laluFazura Lancar Koleksi Baru Stok ...
Garing Di Luar Lembut Di Dalam Resipi Kuih Wade Sedap Untuk Minum Petang

Garing Di Luar Lembut Di Dalam Resipi Kuih Wade Sedap Untuk Minum Petang

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 388 hits
Sedapnya Kuih Vadai Kuih Wade perkongsian saudari Nurhayati Abd Malek ni Nampak sangat mudah dan menyelerakan Kalau makan panas panas memang berebut ni Bahan bahan yang diperlukan sangatlah ringkas sahaja Sesuai sangat cuba buat untuk Jom l...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok