Bos Belanja Kebab Mango Smoothie Dan Dotty S Donut
Sesi clear gambar dalam handphone, terjumpa gambar makanan yang bos belanja bulan lepas. hehe. Thank you, boss.. Ni sayang lebih ni..haha. Lain kali belanja lagi yeak. Gambar yang pertama bos belanja masa Hari Inovasi kat Kementerian, ada food truck datang masa ni. Pelbagai jenis makanan ada tapi majoriti makanan jenis fast food macam western, kebab, mango smoothie & lain-lain. Bos k.fiezz turun dulu dengan kawan baik dia, salah seorang boss di Kementerian ni juga. K.fiezz tak ada lah kirim pula dengan bos. Agak-agak lah weii nak kirim kat bos pula beli lunch. haha. Tak proper. Tapi bos k.fiezz ni memang biasanya brekfast & lunch dia, k.fiezz yang belikan. Salah satu tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa. haha. Rutin lah senang cerita..
BOS BELI LUNCHBerbalik cerita bos belanja lunch ni. Naik je dari lawatan tapak food truck, dia bagi kebab & mango smoothie ni. Tejut sis..Yang kebab ni masa dapat, tak tahu pun apa bendanya sebab nipis je bungkusan dia. Bila buka, tengok kebab. K.fiezz okey je. Makan kebab cuma saiz dia tu comel. haha. Jadi K.fiezz & member turun juga melawat kawasan nak tengok ada jual apa kat food truck ni tapi tak ada yang menarik. Nak hilangkan penat turun, k.fiezz beli cheezy wedges & member k.fiezz beli mango smoothie. Lepas tu kitaorang naik ke pejabat semula.
Layan lah kebab & mango shack..
BELANJA SIDE DISHLepas tu baru-baru ni pula, bos belanja pencuci mulut ni pula. Tak tahu lah nama dia apa. Panggil donut je lah yeak, senang. Donut have-have gitu. Dari dotty's pastries & coffee tengok nama dia kat kotak.
Besar saiz dia. Mesti harga ado-ado sangat ni.
K.fiezz baca dari google, semua roti & pastri di Dott's Pastries & Coffee ni dibuat fresh setiap hari tanpa sebarang perasa tambahan untuk mengekalkan kesegaraan dan juga kesihatan.
Topping dia tu rasa nya karamel & serbuk kacang.
K.fiezz try juga sikit sebab nak rasa dia sedap ke idak. Mula excited buka kotak dia tu nak tengok apa benda dalam dia. Bila buka kotak, nampak donut saiz besor cuma topping dia failed sikit..Kacang..haha. Sis kan alergik sikit dengan kacang. Riso jerawat gitu. haha. Lempang kang..Dah tua-tua sibuk risau naik jerawat. haha. Over sangat tau.
So k.fiezz rasa juga sikit, okey sedap. Tak manis. Donut dia pun lembut, gebu..Cuma kacang tu je failed. Lain dari tu, k.fiezz bagi 4 bintang.
Betul lah rasa topping dia tu memang tak manis seperti yang k.fiezz baca dari Mr Google. Roti & pastri yang dibuat di sini tak ada perasa tambahan untuk kesihatan.
So nak makan pencuci mulut pun tak susah hati camni..hehe..Berbaloi lah dengan harga dia.
SESEKALI BOS BELANJA, MEMANG SEDAP RASA MAKANAN TU..hehe...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2022/11/Bos-Belanja-Kebab-Mango-Smoothie-dan-Dottys-Donut.html