Bongkar Pendedahan Mantan Head Staff Of Finance Kedah Agro Sanus1 Ge




KENYATAAN Menteri Besar Kedah, Datuk Muhammad Sanusi Md Nor yang menyifatkan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI), Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) seperti lintah mengundang kemarahan ramai. Sebelum ini, Sanusi menganggap Kedah Agro sedemikian kerana tidak mampu menjana pendapatan di samping mempunyai masalah pembayaran gaji sehingga menerima teguran daripada Ketua Audit Negara pada 2016. Menurutnya, mana-mana anak syarikat kerajaan negeri (GLC) yang ditubuhkan tidak boleh menyumbang kepada kerajaan perlu ditutup. "Saya punya polisi jelas, dah diumum pada 2020 iaitu mana-mana GLC yang tak boleh menyumbang kepada kerajaan, hisap darah kita tutup tapi tak ditutup. "Tujuan tubuh GLC untuk berniaga, dapat projek kerajaan untung pulang balik kepada kerajaan. Kalau ada 30 orang kerja dalam itu makan kedarah, sumbang tak pernah, tapi kikis lagi itu bukan GLC. Itu lintah, saya tak mahu bela lintah," katanya. Disebabkan itu, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kata-kata Sanusi sehingga ada yang mendakwa bahawa menteri itu sengaja memburukkan nama Kedah Agro. Menurut seorang pengguna Facebook Zuraini Ab Ghani, Sanusi membuat satu tuduhan tidak berasas terhadap pekerja Kedah Agro dalam membangkitkan isu pembayaran gaji itu. "Terlalu keterlaluan, waktu Kedah Agro Industries, hangpa nak buat Kedah Agro Group of Companies. Overhead tak sampai RM20,000 sebulan disebabkan ada had sampai RM100,000 sebulan. "Kedah Agro ada income, tapi MBI ambil. Kedah Agro ada pekerja, MBI curi staf, hangpa lantik CEO daripada kalangan hangpa yang asyik bazirkan duit rakyat. Akhirnya, staf pula yang salah?. "Kes tak dapat gaji ni bukan baru bulan ni ya, dah lama. Tapi kenapa dari dulu tak tutup? Sebab masih ada ruang untuk berbahagi habuan kan?," luahnya.Dakwaan dilontarkan oleh Zuraini itu sekali gus mendapat perhatian dan maklum balas daripada Sanusi. Membalas kembali, Sanusi berkata, ia satu tuduhan keterlaluan yang tidak boleh diambil remeh serta bertindak mahu memfailkan saman terhadap individu terbabit. "Haaa, jumpa dah tukang reka cerita karut sejak belasan tahun dia bersembunyi di sebalik muka manis. Okay, jom tengok dia boleh pertahankan atau tidak tuduhan keterlaluan dia kali ni. Sila duduk jangan lari. See you in court!," katanya menerusi Facebook pada Selasa. Terdahulu, Kedah Agro dikatakan mula mencatat kerugian apabila pentadbiran negeri bertukar kepada PAS pada 2008 selepas berjaya meraih keuntungan ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN). Manakala, Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Kedah Agro mencatat keuntungan antara 2005 hingga 2008 ketika Datuk Seri Mahdzir Khalid menjadi Menteri Besar. Nama Sanusi juga tidak berhenti menjadi bualan kerana beliau dikatakan sering menyalahkan pihak lain apabila perkara itu berlaku. — Majoriti



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/bongkar-pendedahan-mantan-head-staff-of.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Why Is Sanusi Silent On The Kedah Agro Salary Arrears Questions Kedah Umno

Why Is Sanusi Silent On The Kedah Agro Salary Arrears Questions Kedah Umno

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 279 hits
Shaiful highlighted the stark contrast in Sanusi s behavior alleging that Sanusi has exacerbated the workers suffering by allegedly purchasing a new car Kedah Umno information chief Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin has questioned Menteri ...
Individu Dedah Apa Mb Kedah Buat Pada Kedah Agro Sanusi Balas See You In Court

Individu Dedah Apa Mb Kedah Buat Pada Kedah Agro Sanusi Balas See You In Court

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 174 hits
SITI NUR ZAWANISeorang individu menyelar Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas membuat satu tuduhan tidak berasas terhadap pekerja Kedah Agro Holdings Berhad yang membangkitkan isu pembayaran gaji tertunggak Individu...
Harap Mb Kedah Dapat Hadir

Harap Mb Kedah Dapat Hadir

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 318 hits
Izlin Idris Harap MB Kedah dapat hadir Kita bagi peluang sebab kalau nak tunggu litar sungai petani punya takut kempunan sampai ke sudah nanti
Kedah Sued For Rm300mil Over Cancelled Mining Project

Kedah Sued For Rm300mil Over Cancelled Mining Project

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 249 hits
Kedah State Secretary Incorporated its general manager and the state secretary are named as defendants PETALING JAYA A private company is suing the Kedah state government for RM310 million after it was told to return a plot of land that had...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord