Bonda Jaoyah Kongsi Resipi Lauk Air Tangan Orang Dulu Dulu
Enaknya bila menjamah masakan air tangan bonda. Sementelah lagi bila sajian yang disajikan adalah masakan kampung yang sememangnya menjadi idaman anak-anak tatkala berada di perantauan. Biarpun resipi trending bertukar ganti, gulai lemak cili padi, asam rebus daging, dan opor nangka ibu tetap jadi pilihan . Untuk membangkitkan nostalgia, Bonda Jaoyah tidak kedekut berkongsi resipi air tangan beliau untuk kita semua.
1. UDANG MASAK LEMAK CILI API BERSAMA DAUN SELOM
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang saiz besar |bersih dan tos1 batang serai |titik2 ulas bawang merah |kisar1 keping asam gelugur2 sudu kunyit hidup | kisarSeikat daun selom | potong10 biji cili padi | kisar1 mangkuk santanGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan kecuali udang dan daun selom.Kemudian didihkan kuah atas api sederhana hingga mendidih.Sentiasa kacau agar santan tidak pecah.Masukkan garam, udang dan daun selom.Biarkan lebih kurang lima minit. Tutup apiHidangkan panas-panas.INFO CHEF: Jangan masak udang terlalu lama kerana ia akan menjadi sedikit keras.
2. TELUR MASIN LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur masin1 batang serai | titik1 ulas bawang merah | kisar1 keping asam gelugur2 sudu kunyit hidup |kisar10 biji cili padi |kisar1 mangkuk santanGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali telur.Didikan kuah sehingga mendidih.Kecilkan api, masukkan telur satu persatu.Biarkan telur agak keras, perasakan dengan sedikit garam jika tidak berapa masin.Tutup api dan hidangkan.INFO CHEF: Jika tidak mahu telur masin boleh juga menggunakan telur itik biasa.
3. AYAM SAMBAL BALI
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam | lumurkan kunyit dan kunyit1 batang serai | titik1 tangkai daun kari |leraikan dari tangkai2 sudu makan serbuk ketumbar2 sudu makan kicap manisGaram secukup rasa½ sudu makan air asam jawaBahan Kisar:
5 ulas bawang merah3 ulas bawang putih1 inci halia2 sudu makan pes cili keringMinyak secukupnyaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Ketepikan.Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit, tumiskan bahan kisar, serbuk ketumbar, serai dan daun kari hingga wangi dan pecah minyak.Kemudian masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam.Akhir sekali masukkan ayam goreng dan gaul rata.INFO CHEF: Selain ayam boleh juga gunakan daging.
4. ACAR AYAM
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam |lumurkan kunyit dan garam1 biji bawang besar |potong wedges3 sudu cili sos½ batang timun |buang tengah dan dipotong memanjang½ batang lobak merah |dipotong seperti membuat acarSedikit biji sawi1 sudu makan cukaSedikit airGula dan garam secukup rasaMinyak secukupnyaBahan-bahan kisar:
5 ulas bawang merah3 ulas bawang putih2cm haliaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.Keluarkan minyak, dan tinggalkan sedikit untuk menumis.Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.Masukkan cuka, sos cili, gula, garam dan sedikit air.Setelah mendidih, masukkan timun, lobak merah, cili hijau, cili merah dan bawang besar.Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng.Gaul rata dan angkat dan hidangkan.INFO CHEF: Selain ayam, boleh juga menggunakan ikan.
5. OPOR NANGKA
BAHAN-BAHAN:
500gm nangka muda | dipotong dan rebus sehingga empuk1 ½ sudu serbuk ketumbar1 sudu serbuk jintan manis½ sudu serbuk jintan putih1 batang serai1 biji kelapa diambil santan3 helai daun limau purutsedikit serbuk kunyit1 sudu makan kerisikPenumis 4 sekawan (bunga lawang/cengkih/pelaga dan kayu manis)Garam dan gula secukup rasaBahan Kisar:
5 ulas bawang merah3 ulas bawang putih½ inci halia½ inci lengkuasCARA MEMSAK:
Panaskan minyak, tumiskan empat sekawan.Masukkan bahan kisar, serai dan semua serbuk jintan dan ketumbar.Setelah pecah minyak, masukkan santan, kerisik dan daun limau purut.Akhir sekali masukkan nangka muda yang telah direbus.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Setalah secukup rasa, angkat dan hidangkan.INFO CHEF: Untuk resipi ini anda juga boleh menggunakan buah sukun.
6. LAWA JANTUNG PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang1 biji kelapa| diambil pati santan sahaja1 sudu lada hitam | kisar halus3 ulas bawang merah |kisar1 biji limau nipis | ambil jusnyaGaram dan gula secukup rasaSedikit belacan| jika perluCARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk, kemudian rebus jantung pisang hingga empuk.Angkat dan toskan. Kemudian potong kecil.Kemudian campurkan semua bahan lain dengan hirisan jantung pisang.Gaul rata dan rasa masam, masin dan manisnya.Setelah secukup rasa,sedia dihidangkan.INFO CHEF: Jantung pisang boleh ditukar dengan terung bakar, jika suka.
7. TEMPOYAK DAUN
BAHAN-BAHAN:
200gm cekak pucuk ubi |dihiris halus3 papan petai | belah dua. 10 ekor udang sederhana besar2 helai daun kunyit |dihiris halus4 helai daun kaduk |dihiris halus4 helai pucuk daun labu dihiris halus4 batang serai dihiris halus1 biji kelapa | ambil santan pekat sahaja6 sudu makan tempoyakGula dan garan secukup rasaBahan Kisar:
3cm kunyit hidup4 ulas bawang merah20 biji cili padiCARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan hirisan dalam periuk.Kemudian campurkan santan dan bahan kisar.Gaul rata dan masak atas api sederhana sehingga kuah agak pekat.Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnyaINFO CHEF: Tempoyak daun ini lebih lama dipanaskan lebih sedap rasanya.
8. KARI DAGING BERSAMA UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | hiris2 biji ubi keledek | buang kulit dan belah empat3 sudu makan rempah daging1 tangkai daun kari500ml santanMinyak untuk menumisSedikit air asam jawaGaram dan gula secukup rasa.Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan pelagaBahan Kisar:
6 ulas bawang merah3 ulas bawang putih1 inci halia1 batang seraiCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis rempah penumis, diikuti bahan kisar dan daun kari.Tumis hingga wangi kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.Kacau rata hingga tumisan pecah minyak dan masukkan air asam jawa.Masukkan daging, kacau dan biarkan daging kecut dan empuk.Masukkan keledek dan santan.Setelah keledek empuk, lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.Selepas beberapa minit, tutup api dan sedia dihidangkan.INFO CHEF: Rasa keledek yang lebih manis daripada kentang menjadikan kari lebih sedap.
9. PUCUK MERANTI LEMAK PUTIH
BAHAN-BAHAN:
300gm pucuk meranti | leraikan dari batangnya.Sedikit ikan bilis – ditumbuk separuh halus2 ulas bawang merah – ditumbuk separuh halus1 mangkuk santanSedikit hirisan cili merahGaram dan gula secukup rasaCARA MEMSAK:
Campurkan santan bersama dengan bahan kisar.Didihkan atas dapur dengan api sederhana.Apabila kuah mendidih masukkan daun meranti.Sentiasa kacau agar santan tidak pecah.Selepas beberapa minit, lengkap rasa dengan garam dan gula secukupnya.Sedia dihidangkan.INFO CHEF: Gulai lemak ini juga sedap ditambah dengan keledek.
10. URAP PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
300gm pucuk pegaga | dipotong kecil dalam 2 inciSedikit ikan bilis |ditumbuk separuh halus2 ulas bawang merah |ditumbuk1 ulas bawang putih |ditumbuk1 cawan kelapa parut | putih sahaja1 sudu makan pes cili kering2cmkunyit | ditumbukGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kisar, garam, gula dengan kelapa, gaul rata.Goreng sangai dalam kuali sehingga bahan menjadi sedikit kering.Selepas itu masukkan pucuk pegaga.Masak sehingga pucuk pegaga layu. Angkat dan sedia dihidangkan.INFO CHEF: Selain ikan bilis anda juga boleh gunakan udang kering.
Komen anda
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/11/bonda-jaoyah-kongsi-resipi-lauk-air.html