Bomba Selamatkan Dua Kanak Kanak Terperangkap Dalam Kereta


JOHOR BAHRU, 12 Jun — Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya dan BBP Muar berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak yang terperangkap di dalam kereta dalam dua kejadian berasingan di Taman Permas di sini dan Taman Indah dekat Muar malam tadi.
Komander Operasi BBP Johor Jaya PBK II Mohamad Kamal Shahri berkata dalam kejadian di sebuah hotel di Jalan Permas 10, Taman Permas di sini, pihaknya membantu menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki, Akil Nor Iman Anuar, setahun lima bulan, selepas menerima panggilan kecemasan pada 8.04 malam.
“Satu jentera bersama lapan anggota bergegas ke hotel itu dan mendapati mangsa terperangkap dalam kereta jenis Naza Citra. Difahamkan ibu bapa mangsa telah keluar dari kenderaan itu bagi tujuan pendaftaran hotel dan meninggalkan tiga anak berumur setahun hingga sembilan tahun di dalam kereta.
“Selepas itu, dua adik-beradik mangsa telah bertindak keluar dari kereta dan meninggalkan mangsa berseorangan di dalam kenderaan tersebut,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata apabila ibu bapa mangsa menyedari bahawa anak bongsu mereka telah ditinggalkan bersendirian, mereka bergegas kembali ke kereta itu namun mendapati ia sudah terkunci.
Mohamad Kamal berkata Akil Nor Iman dipercayai terperangkap kira-kira 10 minit di dalam kereta tersebut dan pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa dalam tempoh lebih kurang lima minit dengan menggunakan peralatan khas sebelum menamatkan operasi pada 9.21 malam.
Sementara itu, Komander Operasi BBP Muar PBK II Zuraimi Harun berkata pihaknya berjaya membantu menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang terperangkap di dalam kereta Proton Persona di deretan kedai di Taman Indah, dekat Muar selepas menerima panggilan kecemasan pada 10.13 malam.
Zuraimi berkata operasi menyelamatkan Latifah Umairah Azizi, 10, membabitkan 13 anggota.
“Dalam kejadian tersebut, ibu dan bapa mangsa telah keluar untuk membeli barangan keperluan di kedai berdekatan dan bertindak meninggalkan kanak-kanak itu di dalam kereta.
“Apabila kembali, mereka mendapati kereta yang sedang dihidupkan enjin itu sudah terkunci dan kanak-kanak itu tertidur,” menurutnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata ibu bapa mangsa dan orang awam cuba memanggil dan mengejutkan Latifah Umairah namun kanak-kanak itu tidak sedar menyebabkan mereka bertindak menghubungi bomba yang berjaya menyelamatkan mangsa dalam tempoh kira-kira lima minit dengan menggunakan peralatan khas.
Katanya Latifah Umairah dipercayai ditinggalkan dan terperangkap dalam tempoh lebih kurang 10 minit dan operasi menyelamatkan kanak-kanak itu ditamatkan pada 10.22 malam.
Sumber: BERNAMA
The post Bomba Selamatkan Dua Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Kereta appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/12/bomba-selamatkan-dua-kanak-kanak-terperangkap-dalam-kereta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mendebarkan Kereta Dirempuh Dari Belakang Sampai Terperosok Antara Dua Lori

Mendebarkan Kereta Dirempuh Dari Belakang Sampai Terperosok Antara Dua Lori

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 373 hits
Kemalangan adalah sesuatu yang sukar untuk dielakkan walaupun segala langkah langkah keselamatan telah diutamakan Menerusi satu video yang tular di media sosial Twitter satu kemalangan yang agak ngeri untuk disaksikan diantara sebuah kereta...
Tediaa Lelaki Cemas Selamatkan Kereta Volkswagen Golf Dihanyut Ombak Deras

Tediaa Lelaki Cemas Selamatkan Kereta Volkswagen Golf Dihanyut Ombak Deras

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 474 hits
Lelaki cemas selamatkan kereta Volkswagen Golf dihanyut ombak derasKejadian berlaku di sebuah pantai di Whitstable Kent England MALANG tidak berbau Mungkin itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan nasib pemuda ini Menerusi kejadian...
Dua Beranak Maut Kereta Dipandu Terbabas Ke Bahu Jalan

Dua Beranak Maut Kereta Dipandu Terbabas Ke Bahu Jalan

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 484 hits
KUCHING 16 Jun Seorang wanita dan anak lelakinya maut manakala anak perempuan cedera ringan selepas kereta yang dipandu terbabas dan melanggar pokok kelapa sawit di Kilometer 8 Jalan Lubok Antu Engkelili Sri Aman dalam kejadian 9 45 pagi ta...
Kanak Kanak Perempuan Berusia Dua Tahun Disahkan Positif Covid 19

Kanak Kanak Perempuan Berusia Dua Tahun Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 338 hits
Dia telah disahkan positif selepas menjalani ujian saringan petang semalam 4 Jun small Cover image via Khaleej Times span span small Hari ini 5 Jun seorang kanak kanak perempuan berusia dua tahun telah disahkan positif Covid 19 selepas disa...
Dua Mayat Ditemukan Dalam Kereta Dipercayai Terbabas Dalam Sungai

Dua Mayat Ditemukan Dalam Kereta Dipercayai Terbabas Dalam Sungai

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 379 hits
Alor Setar Dua mayat ditemukan dalam sebuah kereta yang dipercayai terjunam ke dalam sungai di Kampung Lana Bulu Megat Dewa dekat Jitra malam tadi Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata pihaknya menerima maklumat da...
Hero Yang Sebenar Sekumpulan Lelaki Panjat Bangunan Selamatkan Warga Emas Terperangkap Dalam Kebakaran

Hero Yang Sebenar Sekumpulan Lelaki Panjat Bangunan Selamatkan Warga Emas Terperangkap Dalam Kebakaran

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 334 hits
Sebuah rakaman video telah tular di laman media sosial yang menyaksikan tindakan beberapa orang lelaki yang sanggup memanjat bangunan bagi menyelamatkan seorang warga emas yang terperangkap dalam kebakaran di rumahnya Menerusi video di lama...
Dua Kanak Kanak Di England Positif Covid 19 Selepas Beberapa Hari Sekolah Dibuka

Dua Kanak Kanak Di England Positif Covid 19 Selepas Beberapa Hari Sekolah Dibuka

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 351 hits
Dua orang pelajar di Sekolah Rendah St Paul s Church of England di Wibsey England disahkan positif Covid 19 hanya beberapa hari sekolah itu dibuka semula Murid sekolah positif Covid 19Menerusi laporan yang dipetik daripada Mirror Uk pihak s...
Dua Remaja Di Thailand Dilaporkan Maut Dirempuh Kereta Setelah Dipercayai Terjatuh Ketika Buat Pusingan U

Dua Remaja Di Thailand Dilaporkan Maut Dirempuh Kereta Setelah Dipercayai Terjatuh Ketika Buat Pusingan U

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 384 hits
Dua remaja yang menunggang motosikal dilaporkan maut selepas dilanggar oleh sebuah kereta di wilayah Chonburi Thailand Dilaporkan kereta yang dipandu oleh seorang wanita yang berusia 23 tahun memandu dalam keadaan tergesa gesa untuk pulang ...
Bomba Pantau Kawasan Tanah Runtuh Selama Dua Minggu Lagi

Bomba Pantau Kawasan Tanah Runtuh Selama Dua Minggu Lagi

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 356 hits
SHAH ALAM 1 JUN Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor mungkin memantau kawasan terjejas tanah runtuh di Taman Kelab Ukay Bukit Antarabangsa selama dua minggu lagi kata pengarahnya Norazam Khamis berkata ia sebagai langkah berjaga j...
This Wrap Isn T Just Low Carb It S A Whole New Meal Experience

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing

Belimbing Besi Bintang Tropika Dengan Potensi Besar

Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Asam Pedas Ikan Merah

Hanya Gambar Berbicara

Alibaba Cloud Buka Pusat Data Ketiga Di Malaysia

Muhyiddin What Are Guarantees For Malaysia In Ambalat Deal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysian Travellers In 2025 Smart Digital Intentional

Ringgit Rises As Traders Turn Cautious Ahead Of Us Tariff Move

Senior Glc Manager In Sabah Nabbed Over Alleged Bribery

No More Free Rides Experts Demand Corporate Liability For Deadly Negligence

Ke Genting Bersama Geng Zumba

Frozen Kunafa Asikunefeleri Dari Turki