Bolehkah Upt Positif Tapi Saya Tak Hamil Doktor Jelaskan Kenapa Keadaan Ini Berlaku


Sudah menjadi setiap pasangan yang berkahwin untuk menimang cahaya mata sendiri. Pastinya tidak sabar-sabar menantikan ada ‘dua garis’ ketika menjalani ujian kehamilan. Namun tidak dinafikan ada juga pasangan yang merancang kehamilan kerana faktor-faktor tertentu seperti kewangan mahupun mereka yang melalui perhubungan jarak jauh.
Sesetengah keputusan UPT, walaupun positif tetap tidak boleh diyakini sehingga seorang wanita itu membuat ujian bersama doktor. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan alat ujian kehamilan tercemar dan rosak sehingga mengganggu keputusannya. Dr Zubaidi Hj Ahmad turut berkongsi tentang isu wanita tidak hamil walaupun ujian UPT positif melalui laman Facebooknya.
Sumber foto: www.freepik.com TIDAK HAMIL TAPI UPT POSITIF? Saya tersenyum bila seorang bakal ibu yang baru saja hamil, tetapi belum bersedia untuk hamil, menelefon saya.
“Doktor saya belum bersedia untuk hamil. Saya masih muda. Masih lagi belajar di universiti. Suami saya tinggal berjauhan. Saya anak yatim. Kami belum bersedia…”
Ya puan. Apa masalahnya?
“Saya sedih doktor. Ujian UPT saya pagi tadi POSITIF. Saya tidak sangka yang saya hamil”
Perbualan kami panjang. Sepatutnya kerunsingan ini dikongsikan bersama suami. Fikir apa yang harus dilakukan. Sama-sama berjumpa doktor. Minta nasihat.
Kerisauan ini bukan patutnya dihadapi sendirian oleh isteri.
Di akhir perbualan, beliau mahu tahu bagaimana menggugurkan kehamilan.
Saya mengucap panjang dalam hati. Tak mahu dia berkecil hati dan mengatakan saya tak empati.
“Begini puan. Puan harus berjumpa doktor dulu. Paling baik bersama suami. Bincang dengan suami dan doktor bagaimana nak buat.”
“Yang penting ialah pastikan atau confirmkan kehamilan puan”
“Bolehkah UPT positif tapi saya tidak hamil?”
“Ya ia boleh berjadi. Puan harus buat pemeriksaan ultrasound jika kehamilan puan sudah memasuki 6 minggu. Pemeriksaan UPT hanya ujian saringan. Ia bukan pengesahan. Ia harus dipastikan dengan pemeriksaan ultrasound.”
Banyak pemeriksaan UPT POSITIF tetapi wanita itu tidak hamil. Sementara itu ada pemeriksaan UPT NEGATIF TETAPI wanita itu hamil.
KEPUTUSAN UPT ‘SALAH’ Oleh setiap ujian UPT yang dilakukan sendiri haruslah dirujukkan kepada doktor kerana ada kalanya ujian ini mengelirukan.
Ada beberapa keadaan di mana ujian UPT positif padahal wanita itu tidak hamil. Pertama, apabila alat ujian UPT telah tamat tempoh atau disimpan di tempat yang panas. Oleh itu sebelum melakukan ujian ini, perhatikan tarikh luputnya.
Kadang kala kita simpan alat itu terlalu lama dan terlupa ia telah pun mencapai tarikh luput. Malah ada yang disimpan di tempat yang panas sehingga merosakkannya.
Kedua, keadaan di mana telah mengalami keguguran dan menyangka darah yang keluar itu adalah darah haid. Padahal darah yang keluar adalah darah keguguran. Dalam kes ini ujian UPT mungkin masih menunjukkan tanda positif, tetapi kehamilan telah berakhir.
Sumber foto: www.freepik.com Saya percaya melakukan ujian UPT selepas beberapa hari, ujian UPT akan bertukar menjadi negatif.
Ketiga, apabila seorang wanita yang sedang dalam rawatan kesuburan dan diberikan suntikan kesuburan. Ramai yang tidak sabar untuk mengetahui sama ada beliau hamil atau tidak selepas beberapa hari bersama suami.
Ujian UPT akan menunjukkan keputusan positif, pada wanita itu tidak hamil.
Baca Juga:
“Morning Sickness Setiap Hari.” Dah Hamil 7 Bulan, Nadia Aqilah Asyik Muntah
Tiga Tahun Jadi Anak Tunggal, Reaksi Si Abang Jumpa Adik Memang ‘Priceless’. Comelnya!
“Kalau Boleh Memang Nak Bersalin Hujung Tahun Ni.” Fazura & Fattah Rancang ‘Beri’ Fatima Adik!
UJIAN UPT MUNGKIN POSITIF KERANA ADA CYST Keempat, apabila seorang wanita mengalami beberapa penyakit seperti ovarian cyst dan kanser ovari. Tidak semua semua kes ovarian cyst yang menunjukkan ujian UPT positif. Jadi ujian UPT bukanlah saringan untuk ovarian cyst.
Ujian UPT juga mungkin positif bagi wanita yang mengalami kanser ovari yang advanced bila sel-sel kanser telah mereka ke bahagian lain.
Jadi apa yang perlu dilakukan bila ‘mendapati berita gembira apabila ujian UPT yang dilakukan sendiri memberikan keputusan positif’?
Sumber foto: www.freepik.com Jika ujian UPT dilakukan terlalu awal, belum cukup (6 minggu), sebaiknya melakukan semula selepas dua minggu kemudian.
Jika ujian itu telah dilakukan selepas 6 minggu, elok buat pemeriksaan doktor bagi melakukan ujian pemeriksaan ultrasound.
Jadi jangan terlalu gembira sebelum pengesahan dilakukan.
Semoga bermanfaat.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/ 

The post “Bolehkah UPT Positif, Tapi Saya Tak Hamil?”. Doktor Jelaskan Kenapa Keadaan Ini Berlaku appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bolehkah-upt-positif-tapi-saya-tak-hamil-doktor-jelaskan-kenapa-keadaan-ini-berlaku/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Nak Cuba Hamil Doktor Saran Tunggu 2 Tahun Ayda Jebat Nabil Mahu Tambah Anak Tahun Ini

Saya Nak Cuba Hamil Doktor Saran Tunggu 2 Tahun Ayda Jebat Nabil Mahu Tambah Anak Tahun Ini

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 122 hits
Mahu menambah anak kedua Itu yang dikongsikan oleh pelakon dan penyanyi Ayda Jebat dan suaminya Nabil Mahir Akuinya dia dan suami sememangnya sudah punya perancangan awal untuk menambah zuriat kedua mereka dalam tahun ini Tambah Ayda lagi b...
Nak Minum Susu Tapi Memilih Pastikan Pilih Susu Yang Sesuai Buat Anak 5 Kriteria Perlu Ada

Nak Minum Susu Tapi Memilih Pastikan Pilih Susu Yang Sesuai Buat Anak 5 Kriteria Perlu Ada

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 204 hits
Anak anak kita yang semakin membesar macam macam ragamnya Ada yang memilih susu berperisa tak kurang juga yang mahu minum susu segar Macam macam citarasa Namun pastikan susu sesuai dan menjadi kesukaan jadi pilihan anak kita Biar mereka mem...
Konon Ada 140 Sokongan Daripada 191 Bahagian Tapi Kenapa Masih Pengecut

Konon Ada 140 Sokongan Daripada 191 Bahagian Tapi Kenapa Masih Pengecut

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 159 hits
Sekumpulan 140 Ketua UMNO Bahagian kononnyalah dilaporkan berkumpul malam tadi untuk menyatakan sokongan kepada Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Mohamad Hasan Bagaimanapun sokongan mereka bukan bagi mempertahankan Zahid Hami...
Lebih Cepat Lebih Bagus Syamsul Nak Pujuk Tapi Puteri Sarah Tekad Failkan Perceraian Isnin Depan

Lebih Cepat Lebih Bagus Syamsul Nak Pujuk Tapi Puteri Sarah Tekad Failkan Perceraian Isnin Depan

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 196 hits
Walaupun sebelum ini Syamsul Yusof menyatakan hasrat untuk berdamai dengan isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana tetap nekad mahu mengakhiri rumah tangganya yang telah dibina selama lapan tahun Bagi Puteri Sarah perbuatan Syamsul telah meny...
Perwakilan Umno Terima K Jaan Baru Tapi Masih Berhati Hati Dengan Dap

Perwakilan Umno Terima K Jaan Baru Tapi Masih Berhati Hati Dengan Dap

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 281 hits
malaysiakini comSelepas penjelasan yang Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dua hari lalu ramai perwakilan parti berkata mereka kini menerima keputusan kepimpinan untuk bekerjasama dengan PH dalam kerajaan Bagaimanapun ramai dalam kalangan...
Nak Salahkan Poster Boy Pula Punca Kalah Tapi Siapa Desak Pru Segera

Nak Salahkan Poster Boy Pula Punca Kalah Tapi Siapa Desak Pru Segera

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 130 hits
agendaily com13 01 2023Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Foto kredit UMNO OnlineDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membangkitkan isu berhubung beberapa punca yang menyumbang kekalahan teruk UMNO semasa Pilihan Raya Umum Ke 15 lalu Presiden UMNO itu ...
Umum Sudah Berkahwin Isteri Kini Hamil Song Joong Ki Bakal Jadi Bapa

Umum Sudah Berkahwin Isteri Kini Hamil Song Joong Ki Bakal Jadi Bapa

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 252 hits
Pelakon popular Korea Song Joong Ki yang cukup popular menerusi drama bersiri Vincenzo dan Descendants of The Sun akhirnya mengumumkan telah mengikat tali perkahwinan dengan wanita pilihan hatinya Katie Louise Sauders Bukan itu sahaja bahka...
Nak Tambah Berat Badan Tapi Suka Menu Diet

Nak Tambah Berat Badan Tapi Suka Menu Diet

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 207 hits
Nak tambah berat badan tapi suka menu diet Ramai yang cakap nak turunkan berat badan tu susah tapi ramai juga yang lupa bahawa nak naikkan berat badan pun sama susahnya haha Manusia kan macam tu la tak lari dari keinginan hehe Happynya aku ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa