Bolehkah Mengerjakan Haji Nazar Bersama Haji Badal



Soalan:
Jika seseorang yang sudah pernah pergi Haji, lalu bernazar untuk pergi Haji lagi, jika sesuatu hajatnya tercapai, adakah boleh dia mengerjakan Haji badal pada Haji nazarnya itu?

Jawapan:
Haji merupakan salah satu daripada rukun-rukun Islam ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Omar R.Anhuma, katanya aku mendengar Rasullullah SAW bersabda:

بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَالْحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ
“Terbinanya Islam itu atas lima perkara; syahadah bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan Haji dan puasa di bulan Ramadhan.” [Riwayat al-Bukhari (8)]

Badal Haji

Mewakilkan ibadah haji atau lebih dikenali sebagai Badal Haji. Tidak sah apabila mewakilkan ibadah haji kepada orang lain sekiranya ia mempunyai kekuatan dalam melakukannya.

Imam Nawawi di dalam syarahnya menyatakan, pendapat jumhur ulama’ mengharuskan badal (mewakilkan) Haji ke atas orang yang telah meninggal dunia dan uzur yang tiada harapan untuk sembuh. (Lihat: Syarah al-Nawawi ala Muslim, 8/27)

Dr. Wahbah Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan diharuskan bagi seseorang itu untuk melakukan ibadah haji ke atas orang lain dengan dua keadaan:

Uzur yang berpanjangan iaitu tubuh badannya tidak mampu untuk melakukan ibadah haji. Ini mungkin kerana keadaannya yang sudah tua dan sakit yang tiada harapan untuk sembuh. Dan ia berkemampuan dari segi harta untuk melakukan ibadah haji. Selain itu, tidak sah badal haji sekiranya tidak mendapat keizinan dari tuan badannya sekiranya ia masih hidup.Meninggal dunia dan tidak sempat menunaikan ibadah haji. Maka wajib ke atas warisnya untuk menunaikan haji ke atasnya. Dan ia seorang berkemampuan dari segi kewangan.
Begitu juga harus menunaikan haji ke atas orang lain sama ada yang telah meninggal dunia ataupun yang uzur berpanjangan pada menunaikan haji sunat. (Lihat: al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, 3/2098)

Ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Razi al-Uqaili, katanya:

إِنَّ أَبِي شَيْخٌ كَبِيرٌ لاَ يَسْتَطِيعُ الْحَجَّ وَلاَ الْعُمْرَةَ وَلاَ الظَّعَنَ ‏.‏ قَالَ ‏ "‏ حُجَّ عَنْ أَبِيكَ وَاعْتَمِرْ
“Sesungguhnya ayahku sudah tua sekali, tidak mampu menunaikan haji dan umrah dan tidak berkemampuan ke sana.” Rasulullah SAW bersabda: “Haji dan Umrahkanlah untuk ayahmu.” [Riwayat Abu Daud, (1810)]

Syarat bagi sesiapa yang menunaikan badal Haji kepada orang lain

Disyaratkan bagi sesiapa yang ingin melakukan badal Haji ke atas orang lain, mestilah telah menunaikan Haji wajib ke atas dirinya sendiri. Tidak harus bagi seseorang itu menunaikan badal Haji sekiranya ia masih belum menunaikan Haji Islam (Haji fardhu), Haji Qada’ atau Haji Nazar.

Sekiranya seseorang itu berihram Haji atau Umrah sunat, dan dia masih belum melakukan Haji atau Umrah fardhu maka tertunai ihramnya yang fardhu. Dan sekiranya dia berihram untuk Haji atau Umrah nazar, dan masih belum melakukan Haji dan Umrah fardhu, maka tertunailah ihramnya yang fardhu. Perkara ini boleh dikiaskan kepada sesiapa yang melakukan ihram untuk orang lain dan dia masih belum melaksanakan kefardhuannya. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/291-292)

Ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A, bahawa Nabi SAW mendengar daripada seorang lelaki berkata:

لبَّيْكَ عَنْ شُبْرُمَةَ, قَالَ: " مَنْ شُبْرُمَةُ? " قَالَ: أَخٌ [ لِي ], أَوْ قَرِيبٌ لِي, قَالَ: " حَجَجْتَ عَنْ نَفْسِكَ? " قَالَ: لَا.‏ قَالَ: "حُجَّ عَنْ نَفْسِكَ, ثُمَّ حُجَّ عَنْ شُبْرُمَةَ "
“Ya Allah aku datang menyambut seruan-Mu bagi pihak Shubrumah.” Baginda SAW bertanya: “Siapakah Shubrumah.” Dia menjawab: “Dia saudaraku, atau keluargaku.” Baginda SAW bertanya: “Adakah kamu telah melakukan Haji ke atas diri kamu?” Dia berkata: “Tidak.” Baginda SAW bersabda: “Lakukan Haji ke atas dirimu kemudian ke atas Shubrumah.” [Riwayat Abu Daud (1811)]

Nazar

Nazar adalah mewajibkan diri untuk melakukan perjanjian yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Syeikh Muhammad Zuhaili di dalam karangannya mentakrifkan nazar:

اِلْتِزَامُ قُربُةِ لَم تَتَعَيَّن فِي الشَّرْعِ، إِمَّا مُطْلَقًا، أَوْ مُعَلَّقًا عَلَى شَيْء
“Mewajibkan atas diri sendiri suatu perbuatan qurbah (mendekatkan diri dengan Allah) yang tidak ditentukan dalam syara’, sama ada secara mutlak atau pun dengan menta’liqkan (yakni mengkaitkan) dengan suatu perkara.” (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie 2/501)

Di dalam al-Fiqh al-Manhaji nazar adalah, membuat iltizam untuk melakukan sesuatu kebajikan yang tidak wajib dari segi syara’ sama ada dikaitkan dengan sesuatu ataupun tidak. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji ala Mazhab al-Imam al-Syafie, 3/21)

Nazar merupakan perkara yang disyariatkan Allah SWT. Firman-Nya:

وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ
“Hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya.” (Surah al-Haj, 29)

Nazar menunaikan Haji

Adapun dalam bernazar untuk menunaikan Haji, dia hendaklah melakukan sendiri sekiranya mampu. Dan sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia digantikan oleh orang lain bagi pihaknya walaupun dikenakan upah. Hal sebagaimana kewajipan ibadah Haji fardhu yang akan dilakukan oleh orang lain sekiranya ia tidak mampu melakukannya. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji ala Mazhab al-Imam al-Syafi’e, 3/28)

Syeikh Muhammad Zuhaili menyatakan, sesiapa yang bernazar untuk menunaikan Haji, hendaklah dia menunaikannya. Melainkan, sekiranya dia uzur sehingga tidak mampu melakukan ibadah Haji serta usia yang lanjut, maka boleh diwakilkan ibadah Haji dengan mendapat keizinannya. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/514)

Kesimpulan

Berdasarkan kepada persoalan dan nas yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa:

Seseorang yang bernazar untuk menunaikan Haji hendak disempurnakan dengan dirinya sendiri.Haji nazar tidak boleh diniat (dilakukan) bersama Haji badal yang fadhu (melakukan ibadah Haji bagi pihak orang lain). Ini seperti yang dikatakan oleh Imam al-Nawawi: “Tidak boleh menunaikan badal Haji fardhu dan nazar Haji dalam masa yang sama, ini kerana seseorang itu tidak boleh menunaikan dua ibadah Haji dalam satu masa yang sama.” (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 42/35)Disyaratkan kepada sesiapa yang ingin melakukan ibadah Haji bagi orang lain, supaya menyempurnakan ibadah Haji yang wajib ke atas dirinya sendiri dahulu.
Oleh itu, tidak boleh melakukan Haji nazar pada masa yang sama melakukan ibadah Haji ke atas orang lain (badal Haji).

Semoga kita diberi kefahaman yang baik untuk melaksanakan ibadah kepada Allah SWT.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/08/bolehkah-mengerjakan-haji-nazar-bersama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekumpulan Rakyat Malaysia Tidak Dibenarkan Mengerjakan Haji Dihantar Pulang Malam Tadi

Sekumpulan Rakyat Malaysia Tidak Dibenarkan Mengerjakan Haji Dihantar Pulang Malam Tadi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 545 hits
Semalam Ohmedia dapat berita tentang sekumpulan 26 rakyat Malaysia yang terkandas di Jeddah setelah tiba dengan penerbangan komersil dari KLIA Mereka tiba di Jeddah untuk mengerjakan haji pada musim ini Walaubagaimanapun sekumpulan rakyat M...
Ujian Sebenar Jemaah Ketika Mengerjakan Ibadah Haji

Ujian Sebenar Jemaah Ketika Mengerjakan Ibadah Haji

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 262 hits
Saya masih ingat lagi waktu saya kecil hantar arwah Opah saya pergi ke lapangan terbang Ipoh untuk memulakan perjalanan menunaikan ibadah Haji di Mekah Ia merupakan antara ingatan paling kuat mengenai Opah saya Masih terbayang lagi betapa s...
Bolehkah Menunaikan Umrah Dan Haji Dalam Keadaan Berhutang

Bolehkah Menunaikan Umrah Dan Haji Dalam Keadaan Berhutang

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 472 hits
Antara adab sebelum bermusafir adalah meminta maaf kepada orang yang pernah dilakukan kesalahan serta menyelesaikan hutang yang ada terlebih dahulu Hal ini perlu diberi perhatian lebih lebih lagi bagi mereka yang ingin memulakan perjalanan ...
Menag Pastikan Tenda Yang Terbakar Di Mina Bukan Untuk Jemaah Haji Indonesia

Menag Pastikan Tenda Yang Terbakar Di Mina Bukan Untuk Jemaah Haji Indonesia

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 194 hits
Amirul Hajj Lukman Hakim Saifuddin menyebut kebakaran yang terjadi di Mina menimpa sejumlah tenda yang akan ditempati oleh jemaah dari Asia Tengah dan Asia Selatan
Para Jemaah Haji Mungkin Terdedah Suhu Sangat Panas Tahun Ini

Para Jemaah Haji Mungkin Terdedah Suhu Sangat Panas Tahun Ini

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 380 hits
Suhu semasa musim haji pada tahun ini dijangkakan mencapai 50 darjah Celsius pada beberapa hari yang tertentu Pihak Meteorologi Umum dan Perlindungan Alam Sekitar Arab Saudi juga menjangkakan kelembapan mencapai 85 peratus dan secara langsu...
Jenis Jenis Haji Dan Umrah

Jenis Jenis Haji Dan Umrah

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 399 hits
Haji dan Umrah itu ada 5 jenis iaitu Haji jenis Ifrad Haji jenis Tamattu Haji jenis Qiran Haji sahaja dan Umrah sahaja HAJI JENIS IFRAD Ifrad maknanya berasingan jadi haji ifrad itu ialah mengerjakan haji dan umrah secara berasingan iaitu d...
Buka Akaun Tabung Haji Anak Anak

Buka Akaun Tabung Haji Anak Anak

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 549 hits
AssalamualaikumBuka Akaun Tabung Haji Anak anak Dua orang anak sebelum ni saya bukakan akaun ASB dan SSPN Cik Aisyah lah paling banyak simpanan buat masa sekarang Bila abah dan emak sudah menjejakkan kaki ke tanah suci barulah terbuka hati ...
Huawei Melancarkan Huawei P30 Pro Edisi Swarovski Bersempana Hari Raya Haji

Huawei Melancarkan Huawei P30 Pro Edisi Swarovski Bersempana Hari Raya Haji

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 338 hits
Huawei P30 Pro adalah peranti mercu Huawei tahun ini Ia dilancarkan pada tahun lepas dan ia merupakan sebuah peranti dengan kemampuan kamera yang sangat hebat Peranti ini menerima skor DxOMark sebanyak 112 iaitu yang paling tinggi setakat i...
Embarkasi Solo Berangkatkan 34 756 Calon Haji Ke Tanah Suci

Embarkasi Solo Berangkatkan 34 756 Calon Haji Ke Tanah Suci

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 163 hits
Embarkasi Solo Berangkatkan 34 756 Calon Haji ke Tanah Suci Pda pelaksanaan haji tahun ini hingga kloter ke 96 ada 721 jemaah yang menggunakan bantuan kursi roda 375 jemaah menggunakan tongkat dan 4 lainnya
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia