Bolehkah Bertawakkal Tanpa Berusaha Ikuti Penjelasan Mufti Wilayah


Ada yang menganggap bahawa hanya dengan bertawakkal, ia sudah cukup untuk mencapai apa yang dinginkan di dalam hidup ini.
Namun, konsep tersebut sebenarnya sering kali disalah erti. Usaha juga seharusnya perlu diterapkan agar segala apa yang bakal diperolehi lebih diberkati.
Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai usaha dan tawakkal, ikuti penjelasan oleh Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan
Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Benarkah boleh bertawakkal tanpa berusaha untuk mencapai apa yang diingini?
Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Kami mulakan maksud tawakkal. Ibn al-Athir menyebut, tawakkal bermaksud menyerahkan urusan kepada pihak lain atau menggantungkan kepadanya. Hal ini disebabkan kerana kepercayaan penuh kepada yang diserahkan atau ketidakmampuan menangani sendiri. (Lihat al-Nihayah fi Gharib al-Hadith, 5/221)
Ibnu Rajab menyatakan bahawa hakikat tawakal adalah benarnya penyandaran hati kepada Allah SWT dalam meraih maslahah dan menolak mudarat berhubung urusan dunia dan akhirat, menyerahkan semua urusan kepada Allah SWT, serta pengukuhan iman bahwa tidak ada yang memberi, menghalang, memudaratkan dan memberikan manfaat kecuali Dia.” (Lihat Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, 3/1266)
Allah SWT berfirman:
وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
Maksudnya: Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
Surah al-Talaq (3)
Ibn Qayyim menjelaskan: Dalam firman Allah SWT di atas, tidak dikatakan bahawa orang yang bertawakkal akan dibalas dengan pahala sekian dan sekian seperti balasan untuk amalan yang lain. Malah disebut balasan dari tawakkal adalah Allah sendiri yang mencukupkannya. Jika seseorang benar-benar bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan memberikan jalan keluar melalui langit dan bumi serta setiap makhluk di dalamnya yang Allah tundukkan. Allah SWT akan mencukupkan dan menolong orang yang bertawakkal tersebut. (Lihat Bada’i al-Fawa’id, 2/775)
Adakah Tawakkal itu Tidak Perlu Kepada Usaha? Menjawab persoalan di atas, kami kemukakan di sini sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab R.A, Nabi SAW bersabda:
لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصاً وَتَرُوحُ بِطَاناً
Maksudnya: “Seandainya kamu semua benar-benar bertawakkal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang.”
Riwayat Ahmad (1/30), al-Tirmizi (2344), Ibn Majah (4164),
Ibn Hibban (730) dan al-Hakim (7894)
Dalam menjelaskan maksud hadis ini, Imam al-Munawi berkata: Hal ini menunjukkan bahawa tawakkal tidak boleh dengan meninggalkan usaha. Tawakkal hendaklah dengan melakukan pelbagai usaha yang akan membawa kepada hasil yang diingini. Hal ini kerana burung pun memperoleh rezeki dengan berusaha. Justeru, hal ini memberi petunjuk kepada kita untuk berusaha mencari rezeki.
Dalam hadis ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan bahawa tawakkal yang sebenarnya bukanlah bererti bermalas-malasan dan enggan melakukan usaha untuk mendapatkan rezeki, sebaliknya tawakal yang benar hendaklah dengan melakukan pelbagai jenis usaha dan cara yang dihalalkan untuk memperoleh rezeki. (Dinukilkan dalamTuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami’ al-Tirmizi, 7/8)
Imam al-Suyuti menukilkan bahawa Imam al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman berkata: “Hadis ini bukanlah dalil untuk duduk bersantai-santai dan enggan melakukan usaha untuk memperoleh rezeki. Sebaliknya hadis ini merupakan dalil yang memerintahkan untuk mencari rezeki kerana burung tersebut pergi pada pagi hari untuk mencari rezeki.
Imam al-Ghazali menyatakan: Tawakal dalam Islam bukanlah suatu sikap eskapisme bagi orang-orang yang tidak mahu berusaha atau gagal usahanya, tetapi tawakal itu ialah tempat kembalinya segala usaha. Tawakal bukan menanti nasib sambil berpangku tangan, tetapi berusaha sekuat tenaga dan setelah itu baru berserah diri kepada Allah. Allah lah yang nanti akan menentukan hasilnya. (Lihat Ihya’ Ulum al-Din, 2/65)
Justeru, usaha mesti tetap dilakukan. Malah Rasulullah SAW turut melakukannya. Rasulullah SAW berperang dengan tombaknya dan memakai dua lapis baju besi dalam pelbagai peperangannya. Baginda Nabi SAW juga memakai  topi besi pada kepalanya. Rasulullah SAW juga pernah berkata kepada seorang lelaki pemilik unta:
اَعقِلْهَا وَتَوَكَّلْ
Maksudnya: Ikatlah (untamu), baru kamu bertawakkal.
Riwayat al-Tirmizi (2157) dan Ibn Hibban (708)
Rasulullah SAW memerintahkan kepadanya untuk melakukan usaha terlebih dahulu dan kemudian menyerahkan urusannya kepada Allah SWT. Justeru, hendaklah wujud usaha dalam sesuatu perkara di samping penyerahan urusan kepada Allah SWT.
Kesimpulan
Berdasarkan nas dan kenyataan-kenyataan di atas, dapat difahami bahawa tawakkal yang sebenarnya bukanlah bererti bermalas-malasan dan enggan melakukan usaha untuk mendapatkan rezeki, sebaliknya tawakal yang benar hendaklah dengan melakukan pelbagai jenis usaha dan cara yang dihalalkan untuk memperoleh rezeki.
Kami nyatakan di sini, maksud sebenar tawakkal terangkum padanya tekad, azam, strategi, usaha dengan bersungguh, doa dan diakhiri dengan redha atas keputusan Allah SWT. Jika berjaya dan terhasil, disyukurinya. Sebaliknya jika gagal, dia akan berusaha di samping bersabar. Sudah pasti, wujud di sebaliknya hikmah yang tak terjangkau dek akal.
Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita serta menjadikan kita daripada mereka yang bertawakkal dengan sebenar-benar tawakkal kepada-Nya. Amin.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
The post Bolehkah Bertawakkal Tanpa Berusaha? Ikuti Penjelasan Mufti Wilayah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/23/bolehkah-bertawakkal-tanpa-berusaha-ikuti-penjelasan-mufti-wilayah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hampir Seminggu Nama Abam Masih Meniti Di Bibir Ini Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan

Hampir Seminggu Nama Abam Masih Meniti Di Bibir Ini Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 348 hits
Pemergian pelawak terkenal negara Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali dengan Abam Bocey turut mendapat sanjungan ahli agama Menerusi laman Twitter Mufti Wilayah Persekutuan Dato Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Ba...
Tinggal Puasa Kerana Berpantang Langkah Tahun Kerana Menyusu Ini Penjelasan Mufti

Tinggal Puasa Kerana Berpantang Langkah Tahun Kerana Menyusu Ini Penjelasan Mufti

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 342 hits
Assalamualaikum ustaz Saya ingin menanyakan satu soalan Bulan puasa tahun lepas saya dalam pantang bersalin Jadinya sebulan puasa saya tidak berpuasa Sekarang pun masih menyusukan anak Usia anak 11 bulan Saya ingin bertanya perlukah saya 1 ...
Mufti Wp Jelaskan Hukum Isteri Iringi Jenazah Suami Ke Kubur

Mufti Wp Jelaskan Hukum Isteri Iringi Jenazah Suami Ke Kubur

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 698 hits
Kematian ahli keluarga yang tercinta semestinya merupakan satu perkara yang sangat menyedihkan Seperti seorang isteri yang kehilangan suaminya perasaan tersebut sudah pasti akan memberi kesan mendalam kepada seseorang Segala kenangan manis ...
Tuan Mufti Liverpool Tolong Doakan Manchester United Menang

Tuan Mufti Liverpool Tolong Doakan Manchester United Menang

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 390 hits
MALAYSIAKINI Sebuah kisah menarik menimpa Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad hari ini Selepas sembahyang Jumaat di sebuah surau di ibu negara hari ini dia didatangi seorang penyokong kelab Liga Inggeris Manchester United yang men...
Kurang Manis Jika Ada Pihak Lain Cuba Campur Tangan Dalam Hal Ni Mufti

Kurang Manis Jika Ada Pihak Lain Cuba Campur Tangan Dalam Hal Ni Mufti

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 298 hits
Kemelut yang melanda ahli keluarga allahyarham Abam serta balunya dilihat agak menggemparkan susulan daripada pergolakkan berkenaan harta yang ditinggalkan arwah Urusan keluarga ini mulai menjadi hangat apabila seorang usahawan kosmetik ter...
Keluar Tanda Air Ketuban Ketika Hampir Bersalin Boleh Ke Ibu Hamil Teruskan Solat Ini Jawapan Dari Mufti Wp

Keluar Tanda Air Ketuban Ketika Hampir Bersalin Boleh Ke Ibu Hamil Teruskan Solat Ini Jawapan Dari Mufti Wp

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 951 hits
Setiap muslim diwajibkan untuk menunaikan kewajipan solat Begitu juga dengan seorang ibu yang sedang sarat hamil Tapi bagaimana pula jika ketika menghampiri Tarikh jangkaan bersalin keluar tanda tanda yang menyebabkan ibu hamil ragu ragu sa...
Mufti Sifatkan Pemergian Abam Sebagai Husnul Khatimah

Mufti Sifatkan Pemergian Abam Sebagai Husnul Khatimah

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 409 hits
MALAYSIAKINI Pemergian pelawak Abam Bocey bukan sahaja diperkatakan peminat dan golongan seni tanah air malah turut mencuri perhatian pemimpin negara dan golongan agama Meskipun sudah lima hari Abam kembali ke rahmatullah kebaikannya terus ...
Kisah Mufti Utara Dan Serahan Harta Dunia Siri 3

Kisah Mufti Utara Dan Serahan Harta Dunia Siri 3

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 423 hits
5 SUDAH SUDAH LAH MUFTI UTARA BERBOHONGSudah sudah lah Mufti utara iu menjejak kesesatan Haji Hadi dalam mentafsirkan Politik Islam dan Agama itu mengikit hawa nafsusendiri Jika Haji itu tersasar akhlak dan penafsiran Agamanya tidaklah kita...
Tak Salah Fatwa Bin Abdullah Disemak Kata Mufti

Tak Salah Fatwa Bin Abdullah Disemak Kata Mufti

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 352 hits
Mufti Wan Salim Wan Mohd Noor berkata fatwa bersifat ijtihadi yang boleh berubah mengikut perubahan zaman tempat dan situasi GEORGE TOWN Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor hari ini berkata tidak salah fatwa lama melarang kanak kanak...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku