Boleh Menangkah Umno Andai Dipanggil Snap Election


 Wartawan SuaraMerdeka


TRAFIK portal berita SUARA MERDEKA sesak sejak pagi semalam dengan komen-komen bertali arus dari netizen – mengalu-alukan syor supaya pemimpin dan ahli-ahli Parti BERSATU kembali ke pangkuan UMNO.
Lontaran seorang wartawan kami akan syor sedemikian, meriah sekali sambutannya.
Menyorot sejarah, apabila Parti Melayu Semangat 46 (S46) kembali ke pangkuan UMNO secara rasmi pada 6 Oktober 1996 selepas dibubarkan, pemimpin-pemimpin di dalamnya tidak meminta sebarang keistimewaan.
Ini termasuklah presidennya, Tengku Razaleigh Hamzah atau panggilannya, Ku Li. Kata Ku Li, beliau sanggup jadi gurkha UMNO asalkan orang Melayu bersatu.
Balik ke pangkal jalan adalah satu-satunya pilihan paling sesuai walau apa pun risiko dan padahnya. Yang penting ialah perpaduan dan kekuatan Melayu mengharung zaman di hadapan.
Antara senduk dan kuali lagikan berlaga, inikan pula dalam kalangan pengamal politik. Jika ada pihak yang telah terbakar jambatannya, barangkali jambatan baharu boleh dibina dengan budaya gotong-royong atas niat Bersatu Bersetia Berkhidmat.
Untuk memenangi mandat rakyat dalam pilihan raya umum akan datang, waima menerusi snap election atau pilihan raya mengejut, parti politik Melayu memerlukan pendekatan di luar kotak, keberanian dan kreativiti yang tinggi.

Apatah lagi, Melayu dan Bumiputera sekarang baik di Felda, Felcra dan pedalaman bukannya lagi Melayu yang berfikir dan berwacana tentang isu mitos tetapi sebahagian besarnya kini membabitkan isu rasionalisme peringkat tinggi.
Hari ini UMNO kelihatan sudah bangkit. Agaknya sebab itu meriah sekali sambutan bila diuar-uarkan BERSATU elok dibubar dan semua pemimpin, ahlinya masuk semula UMNO.
Barangkali, persaingan UMNO dan rakan-rakannya menghadapi parti lawannya kelak boleh digarap menerusi kisah perlumbaan antara `arnab dan kura-kura’.
Semua yang tahu cerita ini pasti terbayangkan – sekalipun arnab boleh berlari pantas, akhirnya kura-kura perlahan yang mencapai kemenangan kerana arnab leka dan tertidur.
Persoalannya, andai kata kura-kura diumpamakan UMNO yang tertinggal dalam penguasaan mandat rakyat, bolehkah kura-kura ini menang dalam senario arnab (Pakatan Harapan) yang tidak leka dan tidak tidur sejak runtuh Februari lalu?
Rumusannya, UMNO tetap ada harapan melalui pencapaian kerusi Parlimennya yang tertinggi (54) dalam kalangan semua parti politik di tanah air ini semasa PRU-14.
UMNO boleh menggapai kemenangan dengan dua syarat:
Pertama, kura-kura tidak sekali-kali menanggalkan kulitnya berapa berat sekalipun kulit memperlahankan perjalanannya.
UMNO wajib berpegang teguh kepada petua: “Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit”, kerana tanpa kulitnya, kura-kura bukan lagi kura-kura; malahan cicak bukan dan tikus pun bukan.
Juga Melayu yang lupa lalu membuang “warna kulit” jati dirinya, akhirnya akan kehilangan segala-galanya, iaitu Melayu bukan dan Muslim pun dia bukan!
Syarat kedua juga sangat penting dipenuhi, iaitu kemenangan bangsa dan umat dapat dicapai hanya jika kita ikut fitrah hayat kura-kura dan bukan arnab. Perhatikan, rata-rata arnab hidup hanya 10 hingga 15 tahun, berbanding dengan kura-kura, iaitu 150 hingga melebihi 200 tahun!
Dan syarat ketiga yang sama mustahaknya juga, bergaullah dengan orang muda. Bahasa rakyat harus cekap difahami. Harus diingatkan, pengundi di saluran 4, 5 dan 6 lah yang bergerak agresif memenuhkan pusat-pusat saluran mengundi. Mereka terdidik dengan isu-isu semasa, bertenaga dan sanggup berbaris panjang biarpun pusat mengundi sudah ditutup 5 petang.
Di laman-laman sosial dan aplikasinya, baik WhatsApp, Facebook, Twitter dan Instagram, orang Melayu kurang berkata halus. Pepatah-petitih sudah dilupai.
Perumpamaan Melayu semacam menjadi pusaka murah. Belum lagi kalau ada yang masih membaca Buku Kiliran Budi karya Pendita Za’aba. Pasti sudah disaluti habuk kerana tidak dirujuk.
Ada dimomokkan, orang Melayu kononnya menerpa dan melompat ke hadapan tanpa menyusun langkah. Dan dikatakan barangkali tepat dikatakan: “Koyak baju kerana lenggang; pesuk songkok kerana lonjak”.
Namun, majoriti lebih bersetuju bahawa kerosakan BN yang tumbang tempoh hari adalah akibat badan yang buruk pinta. Rangkap lama mengingatkan kita:
Jangan disalai ciku kedondong
Salailah ikan atas para
Jangan salahkan ibu mengandung
Salahkan badan yang buruk pinta.
Apabila mandat rakyat beralih, siapa yang ubah dan kenapa? Jawabnya tentu terletak pada hakikat bahawa ia diubah sedemikian cara kerana rakyat berasa UMNO belum cukup untuk melahirkan maksudnya sehingga ia terpaksa bersandar kepada orang lain.
Sudah petang ianya hari
Sudah kembang bunga ketola
Sudah datang kehendak hati
Sudah hilang sakit kepala.
Air di hulu sudah ke hilir
Buah maman tumbuh di Lukut
Pesaka dulu sudah bergilir
Kehendak zaman mesti diikut.
Syor agar para pemimpin dan ahli dari BERSATU kembali ke pangkuan UMNO bukan retorik.
Andai menjadi realiti, UMNO harus tampak gah di mata orang Melayu dengan imej-imej pemikiran baharu.
Cuma mampu menangkah UMNO andai dipanggil snap election bila-bila masa sahaja dari sekarang? – SM




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/boleh-menangkah-umno-andai-dipanggil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebahagian Besar Bersatu Adalah Umno

Sebahagian Besar Bersatu Adalah Umno

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 483 hits
IBRAHIM MAT ISATidak semua sahabat di dalam parti Bersatu bersama dengan pengkhianat Mereka masih mendokong perjuangan bersama Pakatan Harapan tapi mereka terperangkap dalam pergolakan dalam parti sendiri Tidak adil bagi kita mengecam merek...
Lupakan Sahaja Prk Chini Umno Beritahu Pakatan Harapan

Lupakan Sahaja Prk Chini Umno Beritahu Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 485 hits
PETALING JAYA Seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO menggesa Pakatan Harapan supaya tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Chini di Pahang bulan depan berikutan pencapaiannya yang lemah di Dewan Undangan Negeri itu pada pilihan raya umum 20...
Bekas Ahli Parlimen Pkr Dedah Ph Fitnah Najib Umno Rompak Rm19 Bilion

Bekas Ahli Parlimen Pkr Dedah Ph Fitnah Najib Umno Rompak Rm19 Bilion

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 478 hits
Apakah benar RM 19 billion wang kutipan GST telah dicuri antara perkara yang menyebabkan saya tidak gembira dan bagi saya ia tidak baik untuk negara Sebenarnya wang tersebut tidak pernah dirompak oleh UMNO atau Najib Wang tersebut telah dig...
Umno Sekarang Perlu Memimpin Dan Ambil Alih Kerajaan Dari Muhyiddin

Umno Sekarang Perlu Memimpin Dan Ambil Alih Kerajaan Dari Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 433 hits
ALANG ALANG BIARLAH NAIIB PM SEKALI LAGI Pendakwan terhadap DSN dijangka akan digugurkan tidak lama lagi Antaranya adalah disebabkan oleh tindakan kerajaan Amerika kekurangan bahan bukti amat ketara pihak pendakwaan yang boleh digunakan unt...
Umno Tak Perlu Malu Malu Untuk Memimpin Kerajaan Sekarang Dan Menabalkan Semula Najib Sebagai Pm

Umno Tak Perlu Malu Malu Untuk Memimpin Kerajaan Sekarang Dan Menabalkan Semula Najib Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 464 hits
Tun akan kemukakan usul undi tidak percaya kepada PM di Parlimen dan UMNO perlu sambut dengan mencadangkan Najib atau Zahid sebagai calon PM Gerakerja boleh dimulakan sekarang Muhyiddin akan berlari kepada Anwar jika ini berlaku dan ada leb...
Ketua Pemuda Umno Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Xavier

Ketua Pemuda Umno Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Xavier

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 357 hits
KUANTAN Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Farid Mohd Nor telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar semalam Ia berutan kenyataan Xavier yang biadap dan sangat hina terhadap Seri Paduka Baginda Yang Di Pertu...
Puteri Umno Malaysia Mempersembahkan Rindu

Puteri Umno Malaysia Mempersembahkan Rindu

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 348 hits
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari kami seluruh warga Puteri Umno
Umno Mp Questioned On New Rm100m Project One Month After Glc Appointment

Umno Mp Questioned On New Rm100m Project One Month After Glc Appointment

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 387 hits
Former primary industries minister Teresa Kok has raised questions about the RM100 million rubber technology centre project in Jerantut Pahang announced at warp speed by the new Malaysian Rubber Board chairperson Ahmad Nazlan Idris who is a...
Mp Umno Disoal Lulus Projek Baru Rm100 Juta Lepas Dilantik Glc

Mp Umno Disoal Lulus Projek Baru Rm100 Juta Lepas Dilantik Glc

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 435 hits
Bekas menteri industri utama Teresa Kok melontarkan persoalan mengenai projek pusat teknologi getah bernilai RM100 juta di Jerantut Pahang yang diumumkan dengan tergesa gesa oleh pengrusi Lembaga Getah Malaysia yang baru Ahmad Nazlan Idris ...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur

Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Why Is There Such Inexhaustible Hatred For Tun Musa Aman

Cuti Cuti Pulau Pangkor Island Tour Dengan Teksi Pink

Experience The Power Of Unlimited Website Traffic

Gempak Fiesta 2025 Fun Family Fabulous Prizes

Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected