Boleh Ke Tunang Terima Saya Tul4ng Pat4h Tebu Seumur Hidup Berkaki Besi Gadis Pernah Rasa Diri Dah Tak Sempurna
KEMAL4NGAN motosikal yang berlaku pada tanggal 18 Ogos 2022 ternyata mengubah hidup gadis ini buat selamanya.
Di sebalik kesedihan yang melanda, Siti Nur Farahana Md. Jamil, 25, reda apabila paha kanannya yang pat4h terpaksa ditanam dengan besi buat selamanya.
Menurut Farah yang masih tr4uma, dia bukan sahaja tidak boleh menunggang motosikal, malah turut beremosi setiap kali melihat kenderaan itu di jalan raya.
“Saya kemal4ngan ketika baru balik kerja. Motor depan saya u-turn secara mengejut, saya terl4nggar dan jatuh dari motor saya. Ketika orang nak angkat saya, masa tu baru sedar kaki kanan saya bengkok dan pat4h.
“Saya alami pat4h tebu pada paha kanan. Doktor kata memang tak akan keluarkan besi dalam kaki sebab ia dah ditanam dalam tul4ng sum-sum. Maksudnya saya memang akan ada besi dalam kaki seumur hidup.
“Sejujurnya memang rasa tak selesa. Dah tak boleh lasak macam dulu. Saya masih tr4uma untuk bawa motor. Sekarang saya pergi kerja dengan kereta. Tapi kalau saya tengok motor orang lain pun saya jadi takut, hati jadi sedih.
“Jadi, setiap kali nampak motor, saya sanggup bagi mereka jalan dulu. Baru-baru ini saya turut saksikan kemal4ngan motor, makin bertambah sedih dan takut dibuatnya,” ujar Farah kepada mStar.
Menurut Farah yang baru mengikat tali pertunangan pada tahun lalu, kemalangan tersebut turut membuat dirinya tertanya-tanya sekiranya pemuda tersebut dapat menerima dirinya seadanya.
Namun kata Farah, dia bersyukur tunangnya memberi sokongan penuh dan sentiasa menemaninya, malah mereka juga dijangka mendirikan rumah tangga selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
“Ketika sebulan di hospital, saya memang down. Memang men4ngis saja, sebab masa tu tak boleh terima lagi apa yang berlaku. Akhirnya, nak tak nak kena terima juga.
“Selagi boleh berjalan, walaupun senget atau tempang sikit, saya tetap bersyukur. Ada orang lain sampai putvs kaki.
“Masa tu, saya sendiri turut tertanya-tanya. Boleh ke tunang terima keadaan saya. Saya kira diri saya tak sempurna selepas pat4h kaki. Namun, Alhamdulillah dia okay saja. Setiap minggu dia datang tengok saya.
View this post on Instagram
A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
Farah mengalami pat4h paha kanan dalam kemal4ngan itu.
“InsyaAllah, kami akan mendirikan rumah tangga bulan Mei nanti. Alhamdulillah, persiapan juga semua dah selesai, tinggal nak edar kad jemputan saja,” ujarnya yang menetap di Batu Pahat, Johor.
Dalam pada itu, Farah berkata dia tidak menyangka perkongsiannya tentang kemal4ngan tersebut akan meraih perhatian netizen di aplikasi TikTok.
“Sebenarnya saya nak kongsi kenangan dan pengalaman di TikTok. Bila saya kongsi, ramai juga m4ngsa kemal4ngan yang tinggalkan komen, ramai juga yang kena lebih teruk berbanding saya,” ujarnya lagi.
Farah bersyukur biarpun dia masih belum sembuh sepenuhnya.
Di aplikasi TikTok, ramai netizen termasuk mereka yang senasib dengan Farah turut menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan agar dia diberi kesembuhan segera.
“Saya masuk tahun ketiga dah kaki besi. Pat4h paha kiri, jalan dah normal. Alhamdulillah, Allah uji sebab Allah sayang.
“I feel you. Dah dekat dua tahun tak boleh jalan normal. Jangan down, kuatkan diri.
“Kaki besi hadir sis. Relax, asalkan boleh jalan,” tulis beberapa netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/25qtRCB
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2023/04/boleh-ke-tunang-terima-saya-tul4ng.html