Boikot Sukan Lumpuhkan Apartheid Mengapa Tidak Untuk Israel


Urwah Saari




Pendirian kerajaan Malaysia dalam menolak kehadiran pasukan renang Zionis Israel di Kejohanan Renang Para Dunia yang dijadualkan Julai ini di Sarawak bukanlah sesuatu di luar jangka.

Pendirian ini mempunyai kedudukannya yang tersendiri dalam sejarah dasar luar negara. Dalam konteks ini, Malaysia menggunakan halangan penyertaan sebagai tanda boikot.

Boikot melalui sukan bukanlah sesuatu yang asing kerana terdapat banyak peristiwa boikot dalam sejarah sukan antarabangsa.

Antaranya Sukan Olimpik di Moscow pada 1980 diboikot hasil gerakan Amerika Syarikat kerana pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan setahun sebelum itu.

Adakah pertembungan dasar luar negara kita dengan sukan merupakan campur aduk politik?

Ada yang menyatakan politik dan sukan perlu diasingkan. Pandangan ini tidak duduk dalam konteks yang tepat, tidak merujuk beberapa fakta sejarah dan dunia amnya telah menunjukkan duluan.

Pendirian Malaysia sejak dahulu; tidak sama sekali mengiktiraf kewujudan negara Zionis Israel.

Negara yang ditubuhkan oleh dengan penuh angkuh menghina pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), maka asas penolakan kewujudan Israel ini atas prinsip keadilan dan kemanusiaan; menolak penindasan dan penganiayaan Israel terhadap warga bukan Yahudi di wilayah yang ditaklukinya.

Bukan baru sukan telah dijadikan satu senjata untuk menentang kezaliman dan penindasan. Walaupun telah hampir tiga dekad berlalu, dunia masih mengesani era malang di Afrika Selatan ketika diperintah oleh rejim Apartheid.

Sepanjang tempoh separuh abad (1948-1994), dasar Apartheid – yang bermaksud ‘apartness’ dalam bahasa Afrikaan – secara sistematik mengasingkan golongan kulit putih dan warna kulit lain dalam seluruh aspek kenegaraan dan kehidupan.

Sukan juga tidak terlepas daripada pengasingan ini. Jenis sukan dan pemainnya diasingkan mengikut warna kulit.

Warga kulit putih diberikan kemudahan dan peluang yang jauh ke hadapan berbanding warga berlainan warna kulit, lebih-lebih lagi warga kulit hitam.

Rugbi dan kriket sebagai contoh, didominasi warga kulit putih. Bola sepak, walaupun majoriti dimainkan oleh majoriti kulit hitam, kemudahan sukan yang diterima jauh berbeza berbanding kulit putih.

Dengan hanya warga kulit putih sahaja yang boleh menyertai South African Olympic Games Association (SAOGA), peluang warga selain kulit putih bertanding di peringkat Olimpik dan antarabangsa adalah tertutup.

SAOGA selaku ahli penuh International Olympic Committee (IOC) membolehkannya menentukan penyertaan di Sukan Olimpik dan juga sukan-sukan peringkat antarabangsa lain.

Mungkin Afrika Selatan lebih dikenali dunia dengan pasukan rugbinya yang dikenali jolokan Springbok.

Semasa era Apartheid, terdapat tiga organisasi yang mengendalikan sukan ini. South African Rugby Board (SARB) untuk kulit putih, menentukan pasukan kebangsaan yang dianggotai oleh pemain berkulit putih sahaja.

Polisi sukan rejim Apartheid juga tidak berurusan dengan negara-negara bukan kulit putih dan meletakkan syarat hanya pemain berkulit putih sahaja yang dibenarkan bermain dengan pasukan Springbok.

Hubungan sukan antarabangsa tidak memungkinkan rejim Apartheid meneruskan polisi diskriminasi ini tanpa tentangan. Pendedahan media antarabangsa di penghujung tahun 1950an telah menggerakkan usaha-usaha kesedaran dan kempen boikot.

Pada tahun 1956, Anti-Apartheid Movement (AAM) yang berpangkalan di London memulakan kempen boikot barangan Afrika Selatan dan akhirnya menjadi sebuah gerakan utama dalam menentang sistem Apartheid.

Usaha boikot sukan peringkat antarabangsa mula mendapat perhatian. Pendekatan pertama melalui menghalang penyertaan dalam acara sukan antarabangsa dengan Afrika Selatan.

IOC pada tahun 1964 menarik semula jemputan ke Sukan Olimpik daripada Afrika Selatan berikutan keengganan rejim Apartheid menghantar pasukan bercampur warna kulit.

Perlawanan tradisi yang bersifat berkunjung (toured) antara rugbi Springbok dan All Blacks, menghadapi tentangan masyarakat sivil di New Zealand pada 1981 apabila satu kempen boikot yang digerakkan oleh kumpulan Halt All Racist Tours.

Pendekatan kedua ialah melalui konvensyen tidak menggalakkan hubungan sukan dengan rejim Apartheid; yang membawa implikasi moral bagi mereka yang melanggarnya.

Antaranya International Convention against Apartheid in Sports yang diluluskan oleh PBB pada tahun 1985 dan Gleneagles Agreement pada tahun 1977 antara negara-negara ahli Komanwel.

IOC juga menerima Declaration against Apartheid in sport pada 1988 sebagai pengasingan penuh sukan Apartheid daripada dunia sukan.

Zionis Israel dan Apartheid berkongsi identiti penindasan yang sama. Dunia jangan hipokrit.

Boikot sukan telah menyumbang kepada lumpuhnya rejim Apartheid Afrika Selatan, mengapa tidak boikot sukan secara global juga mampu menjatuhkan rejim Zionis Israel?

Jika dunia belum bersedia, Malaysia harus menjadi pelopornya.

URWAH SAARI merupakan aktivis sosial, koordinator di Auspice Malaysia. Lulusan sarjana pembangunan antarabangsa dan mempunyai minat dalam sukan dan keamanan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/boikot-sukan-lumpuhkan-apartheid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dikecam Israel Isu Sukan Paralimpik Pm Sekolahkan Israel Di London

Dikecam Israel Isu Sukan Paralimpik Pm Sekolahkan Israel Di London

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 446 hits
Menyampaikan ucapan pada perbincangan Oxford Union Dr Mahathir Mohamad semalam mengkritik demokrasi yang terkenal di hadapan pendengar di Oxford sambil menekankan pandangannya yang kuat terhadap Israel melenyapkan tuduhan anti Semitisme dan...
Lantang Boikot Israel Dr Mahathir Paling Popular Di Al Jazeera

Lantang Boikot Israel Dr Mahathir Paling Popular Di Al Jazeera

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 430 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir menjuarai carta Sibaq Al Akhbar bagi kategori Tokoh Minggu Ini kelolaan saluran berita Arab terkenal Al Jazeera apabila memperoleh undian tertinggi penonton saluran televisyen berkenaan ...
Informasi Dipecat Dari Bilal Di Israel Kerana Sertai Sukan Tak Patuh Syariat

Informasi Dipecat Dari Bilal Di Israel Kerana Sertai Sukan Tak Patuh Syariat

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 214 hits
IBRAHIM MASRI ketika melaungkan azan di Masjid El Jazzar utara bandar Acre Israel AFPSUKANACRE 31 Jan Gara gara menyertai pertandingan bina badan kerajaan Israel memecat Ibrahim Masri selaku ketua bilal Masjid El Jazzar di utara bandar Acre...
Ini Jawapan Malaysia Kepada Israel

Ini Jawapan Malaysia Kepada Israel

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 288 hits
KUALA LUMPUR Malaysia memberi keutamaan paling atas untuk melindungi kepentingan Palestin dan rakyatnya dan oleh itu keputusan untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di negara ini adalah tepat ...
Israel Miliki Senjata Paling Canggih Di Dunia Dakwa Netanyahu

Israel Miliki Senjata Paling Canggih Di Dunia Dakwa Netanyahu

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 373 hits
TEL AVIV ISRAEL Benjamin Netanyahu mendakwa Israel memiliki sistem senjata paling canggih di dunia dan tidak teragak agak untuk menghancurkan semua pihak yang cuba meruntuhkan negaranya Perdana Menteri Israel itu mengeluarkan ancaman terseb...
Terkini Pedas Jawapan Tun Mahathir Hak Kami Sekat Atlet Israel Macam As Sekat Orang Mexico

Terkini Pedas Jawapan Tun Mahathir Hak Kami Sekat Atlet Israel Macam As Sekat Orang Mexico

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 607 hits
Terkini Pedas Jawapan Tun Mahathir Hak Kami Sekat Atlet Israel Macam As Sekat Orang Mexico
Saya Tidak Benci Kaum Yahudi Cuma Kekejaman Israel Kata Syed Saddiq

Saya Tidak Benci Kaum Yahudi Cuma Kekejaman Israel Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 650 hits
Syed Saddiq Foto BBCSyed Saddiq menegaskan beliau bukan bersifat perkauman cuma membenci kekejaman kerajaan Israel yang kini ditadbir oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu Dalam temuduga dengan BBC HARDtalk pada Rabu bersama pengacara Sha...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai