Boikot Polis Evo 2 Berniat Jahat Buruk Kan Islam Pengarah Penulis Skrip Bukan Islam



Hati Muslim yang Terluka

Admin terima poster filem Polis Evo 2 ini. Admin tak tengok TV, wayang apatah lagi. Jadi admin semak dakwaan dengan menonton trailer dan membaca latar belakang produksi.

Terkilan.

Sememangnya watak jahat filem berbajet jutaan ringgit ini adalah watak pengganas berimej Islam berserban. Istilah – istilah Islam digunakan untuk justifikasi keganasan watak tersebut seperti kiamat, dosa, Imam, neraka, takdir ...

Selama ni kita tahu bahawa agenda memburukkan imej Islam dilakukan oleh Hollywood, Amerika. Watak – watak Muslim berjanggut, beserban, dipamer sebagai militan bersenjata, meletup diri, pengganas. Setelah membunuh jutaan orang Islam di Timur Tengah, mereka pamerkan pula diri mereka sebagai hero yang perlu diberi simpati.

Kajian yang dilakukan di UK pula mendapati, daripada ratusan laporan akhbar mengenai Muslim, 34% adalah mengenai keganasan, 26% melabel Muslim sebagai mundur, 9% sebagai ancaman. 

Ya, kita cukup sedih apabila Islam difitnah dan diburukkan. Namun, sebenarnya tidak hairan. Kerana mereka sememangnya memusuhi Islam. Itulah agenda mereka.

Tapi adakah kini baton Islamofobia dihulur pula ke negara Malaysia kita yang tercinta? Negara yang meletakkan Islam agama persekutuan? Filem kita sendiri mencerca wajah Islam waima majoriti penduduknya Muslim?

Ya, sememangnya keganasan adalah satu ancaman kepada tanah air. Namun bagaimana tahapan ‘keganasan Islam’ di negara ini sehingga menjadi tema utama francais filem besar negara berdana jutaan ringgit?

Casualty ‘keganasan Islam’ di negara Malaysia beberapa tahun kebelakangan adalah sebanyak ... 8 kecederaan,  pada Puchong attack 28 June 2016 (kecederaan, bukan kematian) .  Sebagai perbandingan, kes pembunuhan  akibat hutang dan mabuk non Muslim pada tahun 2014 sahaja adalah sebanyak 18 kes kematian.

Di kawasan serantau pula, 6700 Muslim Rohingya dibunuh oleh pengganas Buddha Myanmar dalam tempoh SEBULAN. Pengganas LTTE, bapa pengasas kepada teknik pengeboman berani mati, telah membunuh puluhan ribu orang. Kini dilaporkan akar LTTE telah menyelinap ke tampuk pemerintahan.

Adakah semua pengganas ancaman keselamatan serantau ini akan difilemkan? Dah pasti tidak. Lebih mudah ambil pelakon berserban.

Dahulu ada dikatakan bahawa trend media Malaysia sekarang ini ke arah memburukkan imej islam, ulama dan ustaz. Mulanya agak skeptikal. Tapi nampaknya sekarang mula terbit kebenaran tersebut apabila kini naratif mencemarkan Islam mencapai layar perak, oleh francais filem besar negara berdana jutaan ringgit.

Mungkin ada yang kata, tak perlu kecoh la, filem je pun. 

Sebenarnya, walau sekeras mana, sehitam mana pun hati ini dengan dosa, tetap Allah pelihara secebis daripadanya yang mudah terjentik. Bahagian ini sensitif, mudah dilukakan. Apabila dihina dan dicerca agama ini, tergetarlah ia.

Jangan dicabar sensitiviti hati umat Islam.

-Fakir Ilmu-

Oh ya, pengarah dan penulis skrip filem ni bukan Islam. Admin tak nak komen la pasal ni, nanti kena cop rasis dan tak #rahmatanlilalamin pula.

Rujukan
1) https://www.researchgate.net/publication/320673223_MUSLIM_IN_MOVIES_THE_HOLLYWOOD_CONSTRUCTION
2) https://www.channel4.com/news/media/pdfs/Cardiff%20Final%20Report.pdf
3) https://www.rsis.edu.sg/wp-content/uploads/2017/01/CTTA-January-2017.pdf
4) https://www.theguardian.com/world/2017/dec/14/6700-rohingya-muslims-killed-in-attacks-in-myanmar-says-medecins-sans-frontieres
5) http://www.ptsrilanka.org/wp-content/uploads/2017/04/massacres_pogroms_en.pdf

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/11/boikot-polis-evo-2-berniat-jahat-buruk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boikot Polis Evo 2 Hina Islam Cuba Tunjuk Imej Jahat Serban

Boikot Polis Evo 2 Hina Islam Cuba Tunjuk Imej Jahat Serban

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 1631 hits
Persoalannya apakah segala jenayah di malaysia dibelakangi golongan agamawan ataupun memang wujud golongan sedemikian yang memberi tekanan kepada polis malaysia Apakah Islam dimalaysia mengajak umatnya termasuk yang berlakon dalam filem pol...
Peminat Mahu Boikot Polis Evo 2 Sebab Tampilkan Watak Pengganas Islam

Peminat Mahu Boikot Polis Evo 2 Sebab Tampilkan Watak Pengganas Islam

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 1514 hits
Filem sekuel yang dinantikan oleh peminat filem Polis Evo yang menjadi antara filem superhit tahun 2015 kini mendapat respon yang pelbagai apabila menampilkan watak pengganas beragama Islam di dalam filem tersebut Watak pengganas lakonan Ha...
Dr Maza Bidas Pembikinan Polis Evo 2 Memberi Petunjuk Salah Tentang Islam Di Malaysia Boikot

Dr Maza Bidas Pembikinan Polis Evo 2 Memberi Petunjuk Salah Tentang Islam Di Malaysia Boikot

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 467 hits
Ketika dunia menggambarkan umat Islam sebagai pengganas tidak wajar kita membantu mereka mengukuhkan lagi agenda itu Dan realitinya di Malaysia ekstremis belum sampai ke peringkat seperti yang digambarkan dalam trailer itu kata Mufti negeri...
Polis Evo 2 Sah Lepas Lembaga Penapis Filem Tiada Unsur Burukkan Islam

Polis Evo 2 Sah Lepas Lembaga Penapis Filem Tiada Unsur Burukkan Islam

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 757 hits
Polis Evo 2 Sah Lepas Lembaga Penapis Filem Tiada Unsur Burukkan Islam Lembaga Penapis Filem mengesahkan filem Polis Evo 2 tidak mengandungi sebarang elemen yang boleh ditafsirkan sebagai memberi imej buruk terhadap agama Islam Telah Tapis ...
Mufti Perlis Keluar Kenyataan Isu Boikot Filem Polis Evo 2

Mufti Perlis Keluar Kenyataan Isu Boikot Filem Polis Evo 2

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 473 hits
Selepas Lembaga Penapisan Filem mengeluarkan kenyataan berkenaan filem tersebut yang tidak mencemarkan agama Islam terkini Mufti Perlis Dr Asri pula mengeluarkan kenyataan Kenyataan itu dikeluarkan selepas pihak penerbit menemuinya dan memp...
Tiada Unsur Cemar Nama Islam Lpf Luluskan Polis Evo 2

Tiada Unsur Cemar Nama Islam Lpf Luluskan Polis Evo 2

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 544 hits
Baru baru ini ada gerakan dari sesetengah pihak yang memohon Lembaga Penapisan Filem untuk menilai semula filem terbaru Polis Evo 2 The post appeared first on
Filem Polis Evo 2 Xburukkan Islam Lpf

Filem Polis Evo 2 Xburukkan Islam Lpf

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 800 hits
PELAKON utama Polis Evo 2 Shaheizy Sam bersama Zizan Razak Foto NURUL SYAZANA ROSE RAZMANHALAMAN HIBURANPUTRAJAYA Lembaga Penapis Filem mengesahkan filem Polis Evo 2 tidak mengandungi sebarang elemen yang boleh ditafsirkan sebagai memberi i...
Lembaga Penapisan Filem Akhirnya Bersuara Tentang Isu Boikot Polis Evo 2

Lembaga Penapisan Filem Akhirnya Bersuara Tentang Isu Boikot Polis Evo 2

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 903 hits
Akhirnya selepas hampir beberapa hari isu boikot filem Polis Evo 2 menggemparkan media sosial Lembaga Penapisan Filem Malaysia akhirnya mengeluarkan kenyataan media berhubung dengan isu ini Di dalam kenyataan bertarikh 14 November itu Lemba...
Boleh Boikot Polis Evo 2 Tapi Ada Syarat Kata Amanah

Boleh Boikot Polis Evo 2 Tapi Ada Syarat Kata Amanah

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 421 hits
Seorang pemimpin parti Amanah berpendapat tidak salah untuk sesetengah pihak memboikot filem Polis Evo 2 yang belum ditayangkan itu Bagaimanapun kata Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah Zolkharnain Abidin sebelum langkah memboikot Polis Evo 2...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Mendaki Rawang Bypass

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank