Boikot Kedai Mamak Wajar Ker
Gambar diatas menunjukkan satu fenomena kedai mamak yang sedang berlakudi negara kita. Kedai mamak merupakan pilihan utama kebanyakkan pelanggan Malaysia terutama lelaki kerana perkhidmatan yang cekap dan pantas, ada WIFI percuma dan ada layar TV besar untuk menonton perlawanan bolasepak. Malah sekarang ni pun dah ada kemajuan sistem pembayaran kad yang dimasukkan kedalam kad. Hanya bayar dengan kad yang diberi tanpa perlu ingat apa kau makan. Kalau nasib baik ada ler seorang pelayan wanita tahap cun ambil order, itu pun salah satu sebab kita suka ke kedai mamak..hehehe.
Dulu kalau kedai mamak, kelebihannya boleh merokok sesuka hati sebab hampir semua pelanggan hisap rokok. Sekarang ni, kelebihan tersebut telah dirampas...huhuhu.
Lagi satu kedai mamak ialah tempat berkumpul semua bangsa tak kira melayu, cina, india semua ada kat sana. So ia bukan perkara janggal kalau kat kedai mamak jumpa semua bangsa. Baguskan..
Itulah kelebihan kedai mamak dari kaca mata aku yang sepet ni.
Namun sejak beberapa tahun ni imej kedai mamak mula tercalar. Pada mulanya viral tetapi apabila di momokkan dengan gambar serta bukti, aku melihat kedai mamak ni merupakan sebuah perniagaan yang tidak sesuai dikunjungi oleh muslim mahupun pelanggan bukan muslim.
Pertama keujudan kedai mamak yang kerap menggunakan nama islam dan tepek gambar kaabah kat kedai rupanya hanya satu penipuan. Kedai mamak sebenarnya milik bukan islam dan pekerja pula kebanyakkan dari India yang bukan beragama islam.
Inilah masalah utama untuk pelanggan islam kerana terlalu banyak kedai mamak yang bulan muslim. Adakah ayam yang dijual disembelih dengan cara islam. Dan kita sebagai umat islam makan makanan bukan halal setiap hari sehingga menjadi darah daging kita.
Jika hanya satu atau dua kedai mamak yang menipu aku boleh terima tapi aku rasa hampir semua kedai mamak bukan milik orang islam apatah lagi kalau pekerja mereka ialah pekerja asing dari India.
Ianya sesuatu yang tipikal melihat semua mamak gantung ayat Al Quran dan semua pakai kopiah. Perkara biasa di semua kedai mamak. Nama kedai mamak pun semua hampir berunsur islamik atau nama Arab skit.. Tapi benarkah ia benar-benar suci. Jangan main-main bro kalau tentang makanana yang tak halal ni.
Dan aku mula merasakan semua kedai mamak ini bukan islamik. Itu hipotesis aku sekarang kecuali kalau aku nampak seorang pekerja Malaysia Islam yang kerja kat sana. Baru aku makan.
Keburukan kedua kedai mamak ini ialah tahap kebersihannya yang memang terkenal TIDAK BERSIH. Banyak kali serbuan dilakukan dikedai mamak yang kadar kebersihannya amat menjijikkan.
Aku tak salahkan kedai mamak tu kerana kebanyakan pekerja di kedai mamak ini adalah pekerja asing yang datang dari negara yang kurang kebersihan. Maka ia terbawa- bawa sikap pengotor mereke ke industri makanan kedai mamak.
Belum lagi kau lihat ia berkahak dan buang lendir dia kat sinki. Kau belum lihat ia basuh pinggan kau kat lopak air. Kau belum lihat anak-anak tikus berkejaran di lantai dapur. Kau belum lihat ayam yang digunakan berkali-kali dibasuh jika tak habis jualan hari ni. Kau belum lihat berdakinya tempat bancuhan air mereka. Tapi aku pasti anda semua pernah melihat salah satu perkara diatas tapi buat tak tahu...hahahaha.
Baru- baru ini kecoh kedai mamak sembelih biawak di dapur mereka. Terperanjat aku baca statement tersebut. Kalau anda nak tahu biawak darat ni memang menjadi makanan biasa pekerja asing India ni.
Tapi mereka sembelih kat dapur kedai ianya merupakan satu penghinaan kepada semua pelanggan Malaysia. Sudah pasti ada beberapa rakyat Malaysia dah termakan daging biawak..hehehe. Makanan eksotik tu...
Aku rasa sudah tiba masanya kita BOIKOT KEDAI MAMAK demi kesihatan dan agama. Kita dah tahu melalui semua bahan bacaan di media ada beberapa kedai mamak yang menipu pelanggan dan melalui pemerhatian ini, penglibatan ini bukan satu jumlah yang kecil tetapi amat besar. Ikut skala aku dalam 80% peniaga kedai mamak ini menipu. Itu pendapat aku.
Boleh makan di kedai mamak tapi kenalpasti situasi di sana. Lihat keseluruhan pekerja disana jika semua adalah pekerja India asing janganlah masuk. Kalau ada satu awek Indon pun jangan masuk sebab takkan semua awek Indon islam. Jika ada pekerja Malaysia islam, maka boleh masuk. Kita masuk berdasarkan itu. Kalau pekerja Malaysia Islam itu pun dua kali sama menipu bukan salah kita, at least kita tak was-was sebab justifikasi kita berdasarkan pekerja islam tersebut. As muslim, jika kau sanggup korbankan agama kerana duit biarlah dia jawab semua dosa pelanggan islam yang makan ke kedai mamak tu.
Lihat sekilas dapur mereka, jika bersih maka masuklah. Jangan terus terjah makan kat kedai mamak ni. Lihat sekeliling tahap kebersihan. Kalau ia ada gantung rating yang dikeluarkan oleh KKM tahap A atau B, maka boleh masuk ler.
Kasihan aku pada kedai mamak, tapi jika mereka tak ubah lama kelamaan persepsi rakyat Malaysia akan beralih dari kedai mamak ke kedai qarung/ restoran. Baik anda semua perbaiki persepsi rakyat Malaysia yang semakin tipis terhadap anda.
Manakala nasihat aku kepada kedai warung/ restoran Melayu ni. Buatlah macam kedai mamak jika mahu maju iaitu menyediakan kemudahan yang tulis kat atas tu.
Apa pendapat anda. Adakah kerana segelintir peniaga kedai mamak ni buat hal kita mahu boikot mereka.?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hanifidrus.com/2019/01/boikot-kedai-mamak-wajar-ker.html