Bob Manolan Minta Maaf Kit Siang Dusta Mca
MALAYSIAKINI         
PRK CAMERON | Pemimpin  veteran DAP Lim Kit Siang cuba melindungi kesilapan Senator Bob Manolan  Mohd baru-baru ini, dakwa Naib Presiden MCA Ti Lian Ker
Dalam  kenyataan hari ini, Ti berkata Lim mendakwa anggota parlimen Iskandar  Puteri itu yang mendengar ucapan Bob Manolan Jumaat lalu menanggapinya  sebagai bukan ancaman.
Namun Bob Manolan telah memohon maaf di  atas "keterlanjuran" ucapannya yang "agak keterlaluan" dan boleh  dikelirukan sebagai satu ugutan.
"Sekarang Senator PKR Bob Manolan  telah meminta maaf kerana mengancam Orang Asli, adakah DAP dan Lim akan  mengesampingkan ancaman terhadap Orang Asli sebagai hanya suatu hal  kecil atau meneruskan penafian kepimpinan mereka yang ia tidak pernah  terjadi?
"DAP perlu memohon maaf dan menarik balik ancaman yang  dibuat terhadap Orang Asli. Penafian Lim dengan memetik menteri DAP,  ahli parlimen dan lain-lain sebagai saksi merupakan suatu kepalsuan dan  dusta," kata Ti.
Beberapa ahli parlimen Pakatan Harapan telah  mengadakan dialog dengan ketua kampung Orang Asli (tok batin) di kawasan  Bob Manolan membuat ucapan berkenaan. 
Ketika  berucap, Bob Manolan berkata tok batin yang tidak menyokong Pakatan  Harapan sebagai kerajaan persekutuan yang terus menjadi ketua bahagian  Umno, perlu dibuang atau jangan dibayar gaji
"Batin ini memang dibayar oleh kerajaan pusat, maka itu batin kena sokong Pakatan Harapan. Tak sokong kita buang
"Mana-mana batin yang tak sokong kerajaan kita tak bayar gaji dia, betul? Jangan bayar gaji dia.
"Kita bayar gaji dia, dia tak sokong kita, buat apa kita bayar gaji dia," katanya.
Beberapa tok batin yang hadir majlis berkenaan memberitahu Malaysiakini kemudian mereka merasa terhina dengan kenyataan Bob Manolan.
Selepas Malaysiakini melaporkan kejadian itu, Bob Manolan mendakwa beliau disalah tafsir. Malaysiakini kemudian menerbitkan rakaman audio ucapan tersebut
Beberapa pemimpin PH, termasuk Lim dan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin cuba untuk mempertahankan Bob Manolan, tetapi senator itu memohon maaf semalam
Orang Asli merupakan penduduk utama pada pilihan raya kecil Cameron Highlands dengan mewakili 22 peratus pengundi
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/bob-manolan-minta-maaf-kit-siang-dusta.html