Bnm Wajar Pantau Aktiviti Pengutip Hutang Ppim Berita Harian 13 07 2023


 

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) digesa memantau kegiatan syarikat pengutip hutang yang bertindak tidak mengikut garis panduan ditetapkan, termasuk melakukan gangguan berterusan sehingga menjejaskan hak dan kesihatan mental penghutang.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan menerima banyak aduan berhubung isu ini dan ramai antara mereka tidak mengetahui hak mereka menyebabkan pengutip hutang melakukan tindakan melampaui batas.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata pengutip hutang sewenang-wenangnya bertindak mengugut mangsa tanpa mempertimbangkan usaha mereka dalam menyelesaikan hutang berkenaan.
"Walaupun had kebankrapan sudah dinaikkan, pihak pemungut hutang tidak mempedulikan undang-undang itu, malah mengugut untuk melelong harta yang bukan milik mangsa.
"PPIM menggesa pihak berkuasa agar bertindak lebih tegas dan memastikan syarikat yang membeli fail hutang lapuk daripada institusi perbankan dikawal selia dan dipantau mengikut peruntukan undang-undang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama dua mangsa pengutip hutang yang tampil membuat aduan kepada pihak PPIM di sini, hari ini.
Nadzim berkata, pihak bank tidak sewajarnya lepas tangan selepas 'menjual' akaun penghutang yang mempunyai tunggakan hutang kepada pihak ketiga.
"Bank seolah-olah lepas tangan dan syarikat pengutip hutang pula seperti bebas melakukan apa sahaja untuk mendesak penghutang membayar hutang mereka termasuk melakukan ugutan.
"Kita minta BNM atau kementerian berkaitan untuk menangani situasi ini dalam keadaan rakyat sekarang semakin tertekan akibat pelbagai isu seperti COVID 19 dan keadaan ekonomi sekarang," katanya.

Katanya, BNM wajar melihat dengan lebih mendalam isu ini dengan memastikan syarikat pengutip hutang mematuhi panduan ditetapkan serta dilakukan berlandaskan akta-akta yang dikuatkuasakan.
Menurut mangsa yang mahu dikenali sebagai Saharah, 40-an, dia kini hidup dalam keadaan tertekan selepas didatangi pengutip hutang mahu melelong rumah dan barangan dalam kediaman keluarganya, baru-baru ini.
"Mereka cari saya di pejabat bekas majikan dan berjumpa dengan bekas rakan sekerja dan pihak sumber manusia serta bekas suami, bercakap mengenai hutang saya. Semua orang jadi tahu mengenai masalah saya dan ini menyebabkan saya malu.
"Mereka kemudian datang bawa notis mahkamah mahu melelong barangan dan kediaman saya sedangkan kediaman itu bukan atas nama saya, ia milik keluarga. Saya amat tertekan dengan perkara ini dan terpaksa rujuk kepada PPIM untuk bantuan," katanya.

Saharah berkata, dia membuat pinjaman peribadi RM100,000 dengan sebuah bank pada 2006 untuk membiayai perubatan ibunya yang menderita kanser dan perbelanjaan lain sebelum ibunya meninggal dunia pada 2011.
Katanya, beliau berhenti membayar pinjaman sejak 2015 kerana terpaksa berhenti kerja untuk menjaga ayahnya yang mengidap kanser prostat dan sejak itu tidak mampu membuat bayaran balik pinjaman.
Dia kini dimaklumkan oleh syarikat pengutip hutang bahawa tunggakan hutangnya meningkat kepada RM226,000.
Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Nurul Afienee Kemaru, 41, berkata dia membuat pinjaman peribadi berjumlah RM38,000 pada 2013 dan kini perlu membayar tunggakan berjumlah RM55,000.

"Saya gagal bayar pinjaman sejak 2018 selepas ibu saya meninggal dan saya pula terpaksa berhenti kerja di sektor perbankan kerana beberapa masalah dan sehingga kini masih belum bekerja.
"Pada awal Jun lalu, saya didatangi pengutip hutang menghantar notis mahkamah untuk menyita barangan dalam rumah, tapi bila saya minta salinan notis, mereka enggan beri.
"Saya pergi ke mahkamah tetapi pihak mahkamah maklumkan bahawa tiada notis sita dikeluarkan pihak mahkamah terhadap saya. Ini menunjukkan pengutip hutang itu hanya mahu mengugut saya menggunakan notis mahkamah," katanya.
Menurut kedua-dua mangsa, mereka bersedia untuk membayar semula hutang berkenaan sekiranya pihak bank mahu menjalankan rundingan untuk pembayaran semula dan bukan dengan syarikat pengutip hutang yang memanipulasi situasi mereka.
Artikel oleh: Berita Harian
BNM WAJAR PANTAU AKTIVITI PENGUTIP HUTANG - PPIM

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1126281/bnm-wajar-pantau-aktiviti-pengutip-hutang-ppim


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/07/bnm-wajar-pantau-aktiviti-pengutip.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Timbalan Ketua Pengarah Jpj Ppim 05 07 2023

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Timbalan Ketua Pengarah Jpj Ppim 05 07 2023

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 326 hits
Perjumpaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Tuan Aedy Fadly Ramli
Ppim Dedah Institusi Perbankan Jual Kes Hutang Lapuk Kepada Pihak Ketiga Dagangnews 13 07 2023

Ppim Dedah Institusi Perbankan Jual Kes Hutang Lapuk Kepada Pihak Ketiga Dagangnews 13 07 2023

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 289 hits
KUALA LUMPUR 13 Julai Persatuan Pengguna Islam Malaysia menerima banyak aduan mengenai syarikat pemungut hutang yang bertindak melampaui batas sehingga mengugut rakyat untuk mendapatkan kembali hutang Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan b...
Pengambilan Pekerja Sambilan Harian Di Umk Julai 2023

Pengambilan Pekerja Sambilan Harian Di Umk Julai 2023

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 252 hits
Pengambilan Pekerja Sambilan Harian Di UMK Julai 2023 Universiti Malaysia Kelantan sedang membuka banyak jawatan kosong untuk memperluas operasinya Berita baiknya mereka sedang mencari pekerjaan dan menyediakan peluang bagi warganegara Mala...
Tak Sangka Ini Kereta Bentley Yang Jep Guna Untuk Aktiviti Harian Ini Spec Bentley Continental Gt Yang Ramai Nak Tahu

Tak Sangka Ini Kereta Bentley Yang Jep Guna Untuk Aktiviti Harian Ini Spec Bentley Continental Gt Yang Ramai Nak Tahu

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 413 hits
Tak sangka ini kereta Bentley yang Jep guna untuk aktiviti harian ini 8216 spec 8217 Bentley Continental GT yang ramai nak tahu Kereta mewah Jep Sepahtu sekali lagi menjadi perhatian wargamaya selepas satu video memaparkan dirinya memandu k...
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Matawang Kripto Cardano Jumaat 07 Julai 2023

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Matawang Kripto Cardano Jumaat 07 Julai 2023

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 166 hits
Pada carta harian untuk matawang kripto Cardano terdapat empat purata bergerak yang terbuka lebar menunjukkan arah menurun serta indikator CCI yang berjaya menembusi hingga ke tahap 3 di bawah dan kini berada di tahap pertengahan Ini menunj...
Pemiutang Ugut Lelong Rumah Bukan Milik Orang Berhutang Ppim Bebas News 13 07 2023

Pemiutang Ugut Lelong Rumah Bukan Milik Orang Berhutang Ppim Bebas News 13 07 2023

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 236 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia menerima banyak aduan mengenai syarikat pemungut hutang yang melampaui batas sehingga mengugut orang yang berhutang untuk mendapatkan kembali hutang mereka Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata terd...
Hari Puteri Ppim Daerah Kuala Selangor 2023

Hari Puteri Ppim Daerah Kuala Selangor 2023

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 436 hits
ssalamualaikumAlhamdulilah dan Terima Kasih Ya Allah Syukran Khaira Jaza kepada myteamPPIM SKI atas kerja buat semua dalam mencari dan mencungkil bakat dan potensi anak anak PPIM SKI Semoga mendapat ganjaran dariNYA atas usaha semua pihak A...
Video Gerak Kerja Hari Puteri Ppim Ski 2023

Video Gerak Kerja Hari Puteri Ppim Ski 2023

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 221 hits
SalamALHAMDULILAH DAN TAHNIAH PPIM SKI 2023 KOKURIKULUM DILAKSANA JATI DIRI DI BINA
Senarai Penuh Top 5 Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023

Senarai Penuh Top 5 Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 405 hits
Undian Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 atau ABPBH 35 bagi 12 kategori utama dan 7 kategori Ekstra yang dipertandingkan telah pun ditutup pada hari Sabtu 15 Julai jam 11 59 malam Daripada 20 pencalonan dalam setiap kategori telah...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing

Perak Civil Servants To Get Rm1 500 Hari Raya Bonus