Bnm Industri Perbankan Tambah Baik Pelaksanaan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar


KUALA LUMPUR, 6 NOV: Bank Negara Malaysia (BNM) berkata pihaknya telah bekerjasama dengan industri perbankan untuk menambah baik pelaksanaan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar.
Katanya bagi peminjam M40 yang berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional, yang pendapatan isi rumah mereka telah berkurangan akibat pandemik, bank-bank akan menerima permohonan mereka bagi mengurangkan bayaran ansuran bulanan.
“Permohonan ini akan berdasarkan pengisytiharan peminjam sendiri tentang pengurangan pendapatan mereka dan/atau pendapatan isi rumah mereka untuk mempercepatkan lagi pemberian bantuan.
“Bank-bank akan terus menghubungi para peminjam dalam kategori ini untuk mengkaji semula keadaan kewangan mereka,” menurut BNM dalam kenyataan hari ini.
Bantuan ini akan disediakan untuk kemudahan yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 yang tidak tertunggak selama lebih daripada 90 hari pada masa peminjam memohon bantuan bayaran balik.
“Peminjam B40 dan perusahaan mikro yang pernah menerima apa-apa bentuk bantuan bayaran balik bersasar yang lain, dan ingin memohon bantuan lanjutan di bawah langkah-langkah tambahan yang diumumkan pada hari ini, masih boleh berbuat demikian dengan menghubungi bank mereka,” menurut BNM.
Bantuan bayaran balik pinjaman bersasar akan terus tersedia untuk peminjam yang terjejas sepanjang tahun 2020 dan 2021.
Selain menghubungi bank, satu saluran tambahan akan disediakan untuk perusahaan mikro memohon bantuan bayaran balik pinjaman melalui pusat bantuan khas untuk perusahaan mikro di Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bermula 9 November 2020 melalui https://ift.tt/2TZJaUe.
Pusat bantuan maya ini menyediakan khidmat nasihat kewangan secara percuma dan memudahkan permohonan bagi mendapatkan bantuan bayaran balik pinjaman.
BNM berkata bagi peminjam individu yang memohon untuk mengurangkan bayaran ansuran mereka, amalan di seluruh institusi perbankan telah diperkemas untuk mengambil kira bukan hanya pendapatan peminjam tetapi juga pendapatan pasangan masing-masing yang turut terjejas akibat pandemik.
“Amalan ini telah pun dilakukan oleh kebanyakan bank dan kini telah dilaksanakan oleh semua bank bagi membolehkan penilaian yang lebih menyeluruh dibuat terhadap keadaan kewangan peminjam.
“Penambahbaikan baharu ini berlandaskan usaha institusi perbankan yang sedia ada untuk memberikan bantuan yang lebih baik kepada peminjam yang menghadapi cabaran luar biasa ini,” katanya.
BNM turut memberikan keyakinan kepada peminjam yang menghadapi kesukaran kewangan akibat pandemik bahawa bantuan bayaran balik pinjaman akan terus tersedia untuk individu daripada semua kumpulan pendapatan dan semua saiz PKS yang memerlukan bantuan.
Bagi kebanyakan peminjam, bantuan yang disesuaikan dengan keadaan khusus masing-masing akan lebih membantu memenuhi keperluan mereka pada masa kini dan juga pada masa hadapan, katanya.
Meskipun pelbagai langkah sedang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Covid-19, penyambungan semula kegiatan ekonomi telah membolehkan banyak peminjam menyambung semula bayaran balik pinjaman mereka.
Katanya setakat ini, kira-kira 85 peratus peminjam telah mula membayar ansuran bulanan mereka.
“Bagi peminjam yang mampu berbuat demikian, tindakan ini adalah untuk kepentingan mereka sendiri kerana tindakan mengurangkan atau menangguhkan bayaran ansuran akan menyebabkan hutang keseluruhan menjadi lebih tinggi, yang akhirnya perlu ditanggung oleh peminjam pada masa hadapan.
“Pada masa sama, peminjam yang masih berhadapan dengan cabaran kewangan akan terus dibantu melalui bantuan bayaran balik pinjaman secara bersasar.
“Bantuan ini seterusnya membolehkan mereka membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi bergantung pada keperluan dan matlamat pengurusan kewangan mereka sendiri,” menurut BNM.
BNM turut menggesa peminjam yang menghadapi kesukaran membuat bayaran balik pinjaman mereka untuk berhubung dengan bank masing-masing, AKPK atau BNMTELELINK untuk mengetahui pilihan yang tersedia bagi membantu mereka mengurus hutang masing-masing.
Bantuan bayaran balik tambahan ini akan disediakan untuk peminjam yang layak antara 23 November 2020 dan 30 Jun 2021.
Peminjam boleh menyatakan bantuan bayaran balik tersebut mulai 23 November 2020 melalui talian khidmat pelanggan bank-bank, perbankan dalam talian atau dengan melawat cawangan bank.
“Industri perbankan akan memberikan butiran terkini mengenai penambahbaikan ini minggu depan,” menurut BNM.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/11/bnm-industri-perbankan-tambah-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lanjutan Moratorium Bersasar Cara Permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman

Lanjutan Moratorium Bersasar Cara Permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 312 hits
LANJUTAN MORATORIUM BERSASAR CARA PERMOHONAN BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN Berdasarkan Belanjawan 2021 peminjam dari kalangan B40 dan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman di bawah RM150 000 layak menerima Bantuan Bayaran Balik Pinjaman ...
Kwsp Perhalusi Tambah Baik Pengeluaran Akaun 1

Kwsp Perhalusi Tambah Baik Pengeluaran Akaun 1

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 296 hits
Oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menerima semua pandangan dan input berkenaan pengeluaran Akaun 1 Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sedang memperhalusi dan menambah baik kemudahan pengeluaran tambahan seperti yang ...
Institusi Perbankan Beri Pilihan Tangguh Ansuran Pinjaman 3 Bulan Atau Pengurangan Ansuran Bulanan Selama 6 Bulan

Institusi Perbankan Beri Pilihan Tangguh Ansuran Pinjaman 3 Bulan Atau Pengurangan Ansuran Bulanan Selama 6 Bulan

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 257 hits
Terkini menerusi perbentangan Belanjawan 2021 kerajaan bersetuju supaya institusi perbankan memberi dua pilihan kepada peminjam kategori B40 yang merupakan penerima BSH dan bakal penerima BPR dan kepada perusahaan mikro Peminjam di dalam ka...
Umno Kekal Sokong Pn Gesa Tambah Baik Kerjasama Politik

Umno Kekal Sokong Pn Gesa Tambah Baik Kerjasama Politik

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 344 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 12 42 amMesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini mencapai keputusan untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional namun menggesa penambahbaikan kerjasama berdasarkan nilai penghormatan dan konsensus...
Belanjawan 2021 Dap Syor Naikkan Bantuan Lanjut Moratorium Pinjaman Enam Bulan Lagi

Belanjawan 2021 Dap Syor Naikkan Bantuan Lanjut Moratorium Pinjaman Enam Bulan Lagi

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 286 hits
KUALA LUMPUR DAP hari ini menyenaraikan tiga syor kepada kerajaan Perikatan Nasional dalam Belanjawan 2021 yang boleh dilaksanakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam rakaman video yang disiapkan di laman Facebooknya berkata belanjawan ...
Pelanggan Miliki Dua Pilihan Bagi Bantuan Pembayaran Bersasar

Pelanggan Miliki Dua Pilihan Bagi Bantuan Pembayaran Bersasar

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR 7 NOV Para peminjam daripada kategori B40 yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup dan bakal penerima Bantuan Prihatin Rakyat serta perusahaan mikro mempunyai dua pilihan berkaitan bantuan pembayaran bersasar Menurut Persatua...
Perkeso Tawar Bantuan Staf Industri Penerbangan Hilang Kerja

Perkeso Tawar Bantuan Staf Industri Penerbangan Hilang Kerja

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 335 hits
KUALA LUMPUR 2 NOV Pertubuhan Keselamatan Sosial komited dan sedia membantu kakitangan syarikat penerbangan tempatan yang diberhentikan kerja melalui faedah Sistem Insurans Pekerjaan sedia ada dan bantuan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi ...
Peniaga Terkesan Boleh Susun Semula Bayaran Pinjaman Hijrah

Peniaga Terkesan Boleh Susun Semula Bayaran Pinjaman Hijrah

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 267 hits
SHAH ALAM 4 NOV Peniaga yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat boleh menyusun semula jadual bayaran pinjaman kepada Yayasan Hijrah Selangor EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata tempoh bayaran boleh dilanjutk...
Kerajaan Cadang Beri Bantuan Selama 6 Bulan Berturut Turut Kepada Rakyat Dalam Belanjawan 2021

Kerajaan Cadang Beri Bantuan Selama 6 Bulan Berturut Turut Kepada Rakyat Dalam Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 373 hits
Dengar dengar kerajaan telah dicadangkan untuk memberi bantuan sara hidup setiap bulan sebanyak RM250 hingga RM300 selama enam bulan kepada rakyat yang memerlukan dalam pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat nanti Usul yang telah dicadangkan o...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching