Bn Tanding Mahkota Zahid Beri Amaran Parti Lain Jangan Kacau


freemalaysiatoday.com
Anne Muhammad13 Aug 2024

Pengerusi BN berkata menerusi persefahaman kerajaan perpaduan ‘kerusi diwakili mana-mana parti harus diserahkan dan ditandingi semula parti berkenaan’.
Pengerusi BN Zahid Hamidi memberi amaran kepada pemimpin komponen kerajaan perpaduan tidak menuntut kerusi yang diperuntukkan kepada sesuatu parti. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan bertanding PRK DUN Mahkota 28 Sept ini, kata Zahid Hamidi.

Justeru, pengerusi BN memberi amaran kepada pemimpin komponen kerajaan perpaduan tidak menuntut kerusi yang diperuntukkan kepada sesuatu parti.

Saya tak mahu kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin besar atau kecil yang menuntut mana-mana kerusi diperuntukkan untuk dituntut atau keluar kenyataan yang akhirnya menimbulkan persepsi sebaliknya, katanya pada sidang media selepas mesyuarat sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Platinum Sentral.

Pada 5 Ogos lalu Ketua Amanah Kluang, Mohd Zuhan Mohd Zain, dilaporkan mendesak kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dan BN memberikan laluan kepada calonnya bertanding PRK Mahkota yang pernah dimenangi parti itu pada PRU14.

Menyusul desakan itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu menegur ahli partinya kerana menggunakan media untuk melobi DUN tersebut, sebaliknya mereka perlu memberi tumpuan terhadap kempen PRK Nenggiri pada 17 Ogos yang ditandingi Umno untuk merebut semula kerusi berkenaan daripada Bersatu.

Pada 8 Ogos lalu Zahid berkata parti dalam kerajaan perpaduan tidak wajar menuntut kerusi bukan milik mereka dan ia perlu dihormati.

Sila hormati kalau kerusi itu kepunyaan sesebuah parti. Jadi formulanya kerusi itu akan diberikan kepada parti berkenaan, bukan menuntut itu dan ini, kata timbalan perdana menteri.

Sementara itu, Zahid berkata bagi menghadapi PRK Mahkota, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama biro politik dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno seterusnya membawa keputusan tersebut dalam mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Beliau menjelaskan, menerusi persefahaman dalam kerajaan perpaduan ‘kerusi diwakili oleh mana-mana parti harus diserahkan dan ditandingi semula oleh parti berkenaan’.

DUN Mahkota adalah DUN di kawasan agak berpotensi untuk kita menang dan tentunya kita mahu koordinasi dilakukan dengan semua parti politik dalam kerajaan perpaduan, katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Mahkota pada 28 Sept dengan penamaan calon dan undi awal masing-masing 14 serta 24 Sept.

Kerusi DUN itu kosong susulan kematian penyandangnya Syarifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos.

Pada PRN Johor Mac 2022, Sharifah menang kerusi DUN Mahkota mewakili BN dengan 16,611 undi dan majoriti 5,166


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/08/bn-tanding-mahkota-zahid-beri-amaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas 15 Nama Lain Bagi Babi Yang Digunakan Dalam Produk Makanan Jangan Sampai Terbeli

Awas 15 Nama Lain Bagi Babi Yang Digunakan Dalam Produk Makanan Jangan Sampai Terbeli

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 115 hits
Dalam aspek pemilihan produk makanan umat Islam hari ini perlu semakin peka dengan kandungannya agar tidak termakan makanan yang haram iaitu babi Ini kerana boleh berlaku kekeliruan apabila sumber dari haiwan ini menggunakan perkataan lain ...
Nak Anak Fokus Buat Sesuatu Jangan Asyik Ugut Cakap Baik Baik Lagi Berkesan

Nak Anak Fokus Buat Sesuatu Jangan Asyik Ugut Cakap Baik Baik Lagi Berkesan

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 110 hits
Ramai ibu dan guru guru yang selalu mengeluh kerana anak anak kecil sukar untuk memberi fokus kepada apa yang sedang dilakukan Daya fokus kanak kanak sebenarnya adalah agak singkat iaitu antara 10 hingga 15 minit sahaja Jadi sebagai ibubapa...
Video Permintaan Megawati Memohon Jangan Ada Kecurangan Tsm Sudah Berhenti Dah

Video Permintaan Megawati Memohon Jangan Ada Kecurangan Tsm Sudah Berhenti Dah

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 64 hits
Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan mengumumkan para calon kepala daerah di lebih dari 100 wilayah yang akan diusung di Pilkada 2024
Bela Hasto Megawati Beri Pesan Ke Kapolri Jangan Lagi Kamu Nanti Di Pilkada Main Kayak Gitu

Bela Hasto Megawati Beri Pesan Ke Kapolri Jangan Lagi Kamu Nanti Di Pilkada Main Kayak Gitu

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 82 hits
Selain meminta Sigit tak lagi bermain di Pilkada 2024 Megawati ingin berpesan kepada pucuk tertinggi Korps Bhayangkara itu untuk insaf
Jangan Terlalu Ambil Mudah Tentang Stroke

Jangan Terlalu Ambil Mudah Tentang Stroke

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 90 hits
Ini adalah beberapa kes yang dikongsikan oleh Dr berkenaan dengan Stroke sepanjang beliau bekerja menjadi Dr berkaitan dengan Kisah Petanda Sakit StrokeKes 1 Seorang perempuan berusia 35 tahun mempunyai masalah darah tinggi Ubat memang diam...
Jangan Sekadar Ambil Syarat

Jangan Sekadar Ambil Syarat

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 117 hits
Surah Al Ma un 107 4 5 Maka celakalah orang yang sholat orang orang yang lalai terhadap sholatnya Sa ad bin Abi Waqqas RA berkata Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang orang yang melalaikan solatnya maka Baginda menjawab Iaitu m...
Hiburan Ramai Pengikut Cilik Aqil Zulkiflee Diminta Tapis Konten Mesra Dengan Isteri Simpan Sikit Jangan Tunjuk Part Ni

Hiburan Ramai Pengikut Cilik Aqil Zulkiflee Diminta Tapis Konten Mesra Dengan Isteri Simpan Sikit Jangan Tunjuk Part Ni

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 125 hits
Melalui platform media sosial satu video yang dimuat naik oleh influencer dikenali ramai iaitu Aqil Zulkiflee di TikTok telah meraih perhatian ramai susulan video itu memaparkan kemesraannya bersama isteri tercinta Kongsi video mesra dengan...
Back Up Shuk Sahar Fara Salleh Sound Iqram Dinzly Jangan Sibuk Hal Rumah Tangganya Bukan Aku Kahwin Dengan Kau

Back Up Shuk Sahar Fara Salleh Sound Iqram Dinzly Jangan Sibuk Hal Rumah Tangganya Bukan Aku Kahwin Dengan Kau

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 179 hits
Perkahwinan kedua pelawak Shuk Sahar dan Fara Salleh sebelum ini tidak menjadi bualan atau mendapat perhatian ramai namun tindakan isterinya memuat naik hantaran berkaitan rumah tangga mereka mengundang pelbagai respon di media sosial Selep...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp