Bn Ppbm Dijangka Bertanding 49 Kerusi Dun Sabah


Barisan Nasional (BN) dan PPBM dijangka masing-masing akan bertanding di 30 dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Sumber berkata, pembahagian kerusi itu dikatakan dipersetujui oleh kedua-dua pihak baru-baru ini.
”Sebahagian kerusi yang akan ditandingi Umno adalah yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu, namun ada beberapa kerusi yang terpaksa dilepaskan sebagai pertukaran dengan PPBM,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa, di akaun Twitternya, mengucapkan tahniah kepada pengerusi Umno Sabah, Bung Mokhtar Radin dan pengerusi PPBM, Hajiji Noor kerana berjaya menyempurnakan pembahagian kerusi antara 2 parti itu.
”Saya ucapkan tahniah pada Bung dan Hajiji kerana menyempurnakan muafakat dan susunan pembahagian kerusi dengan begitu baik bijaksana.
”Kedua-dua begitu komited membela bumi Sabah,” kata beliau.
Sekiranya pembahagian kerusi antara BN dan PPBM telah selesai, maka ini bermakna 2 parti itu bakal bertanding di 49 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.
Ini juga bermakna, hanya tinggal 24 lagi kerusi yang akan dibahagikan antara parti lain yang bersama-sama mereka menentang Warisan Plus.
Parti-parti berkenaan ialah komponen Perikatan Nasional, iaitu STAR dan SAPP serta sekutu mereka Parti Bersatu Sabah (PBS).
Bagaimanapun, pembahagian kerusi itu dijangka lebih rumit selepas presiden STAR, Jeffrey Kitingan, hari ini, mengumumkan parti itu akan bertanding di 15 kerusi, selain 3 lagi kerusi dikatakan masih dalam perbincangan.
Jeffrey seperti dipetik dalam laporan Harian Metro, berkata, STAR sebelum ini meminta 18 kerusi dan mendapat 15.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan senarai penuh kerusi yang akan ditandingi parti itu.
Sementara itu, sumber PBS ketika dihubungi berkata, parti itu masih dengan pendirian untuk bertanding di 30 kerusi yang dipercayai boleh dimenangi.
”Bagaimanapun, atas semangat kerjasama untuk membolehkan PN memenangi sebanyak kerusi yang boleh, kami masih terbuka untuk perbincangan.
“Namun seperti yang saya katakan tadi, kami sudah mengenal pasti jumlah kerusi yang kami lihat berpeluang untuk menang,” katanya. FMT
The post BN, PPBM dijangka bertanding 49 kerusi DUN Sabah appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/06/bn-ppbm-dijangka-bertanding-49-kerusi-dun-sabah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spr Menerima 447 Kertas Pencalonan Untuk Bertanding Di 73 Kerusi Dun Di Prn Sabah

Spr Menerima 447 Kertas Pencalonan Untuk Bertanding Di 73 Kerusi Dun Di Prn Sabah

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 585 hits
lKOTA KINABALU Suruhanjaya Pilihan Raya menerima 447 kertas pencalonan untuk bertanding di 73 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri Sabah 26 Sept ini selepas tempoh penamaan berakhir 10 pagi tadi Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata darip...
Prn Sabah Perikatan Nasional Bertanding 29 Kerusi

Prn Sabah Perikatan Nasional Bertanding 29 Kerusi

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 922 hits
Ketua PPBM Sabah Hajiji Noor hari ini mengumumkan Perikatan Nasional akan bertanding di 29 DUN pada pilihan raya negeri Gabungan itu akan diwakili PPBM Parti Solidariti Tanah Airku dan Parti Maju Sabah Beliau tidak pun menyebut sama ada PAS...
Prn Sabah Pn Bertanding 29 Kerusi Mungkin Bertembung Bn Di Tiga Kerusi

Prn Sabah Pn Bertanding 29 Kerusi Mungkin Bertembung Bn Di Tiga Kerusi

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 500 hits
KOTA KINABALU 10 Sept Perikatan Nasional mengumumkan untuk bertanding di 29 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sabah akhir bulan ini dan kemungkinan besar bertembung dengan Barisan Nasional di tiga kawasan Tiga kawasan itu ialah Paginatan Tuli...
Prn Sabah Keadilan Dan Warisan Capai Kata Sepakat Setuju Bertanding 7 Kerusi

Prn Sabah Keadilan Dan Warisan Capai Kata Sepakat Setuju Bertanding 7 Kerusi

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 568 hits
KEADILAN akhirnya mencapai kata sepakat dengan Warisan bahawa parti itu bersetuju akan bertanding di tujuh buah kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri Sabah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah Christina Liew berkata keputusan itu ...
Prn Sabah Keadilan Mahu Bertanding 14 Kerusi Tawar Calon Berwibawa

Prn Sabah Keadilan Mahu Bertanding 14 Kerusi Tawar Calon Berwibawa

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 538 hits
Parti Keadilan Rakyat ingin meletakkan calon di 14 kerusi DUN Sabah dalam Pilihan Raya Negeri pada 26 September ini Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah Simsudin Sidek berkata walaupun parti pernah bertanding jumlah kerusi...
Umno Sabah Akan Bertanding 30 Kerusi Pada Prn

Umno Sabah Akan Bertanding 30 Kerusi Pada Prn

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 581 hits
KOTA KINABALU Umno Sabah akan bertanding 30 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri 26 Sept ini Satu senarai ahli Majlis Tertinggi Umno yang ditugaskan untuk mengiringi calon mereka ke pusat penamaan calon pada 12 ...
Prn Sabah 447 Calon Bertanding Di 73 Dun

Prn Sabah 447 Calon Bertanding Di 73 Dun

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 865 hits
Suruhanjaya Pilihan Raya menerima 447 kertas pencalonan untuk bertanding di 73 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri Sabah 26 Sept ini selepas tempoh penamaan berakhir 10 pagi tadi Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata daripada jumlah itu ...
Pn Dan Sekutu Dijangka Bertembung Di 11 Kerusi Di Sabah

Pn Dan Sekutu Dijangka Bertembung Di 11 Kerusi Di Sabah

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 356 hits
451 total views 451 views today Berdasarkan senarai nama calon yang diumumkan semalam Perikatan Nasional dan rakan sekutunya Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah dijangka akan bertembung antara satu sama lain di sekurang kurangnya 11 ke...
Kerusi Untuk Pkr Dalam Prn Sabah Sangat Kecil Kata Saifuddin

Kerusi Untuk Pkr Dalam Prn Sabah Sangat Kecil Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 946 hits
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata isu pembahagian kerusi akan dimuktamadkan dalam PH sebelum penamaan calon Sabtu depan bagi mengelakkan pertindihan atau perebutan kerusi KOTA KINABALU Jumlah kerusi yang diperuntukkan u...
Titik Karbon Hijau Revolusi Nanoteknologi Lestari Berpotensi Dalam Rawatan Terapi Kanser

Zeus66v2 16 25 Web Casino Online Top 8 By Melisa

Helmet Sgv 99 Special Edition Valentino Rossi Yellow Gabungan Gaya Keselamatan Prestij

Lunch Santai Di A Decade Alamanda Putrajaya

Web Casino Top 59 By Carmela 23 December 68

Bagi Payang Water Taxi Dan Bas Kite

Best Best Pulled Beef Recipe Nz

Makan Tengah Hari Di Al Barakah Fusion Restaurant


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tegangan Meningkat Ramapan Kapal Oleh As Mengundang Ketidakpuasan China

Kejayaan Tidak Semestinya Bermakna Mengukur Kualiti Bukan Kuantiti

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Income Usd Cara Jana Pendapatan Dalam Usd Secara Automatik Di Malaysia

Anwar Kongsi Lima Sektor Bernilai Tinggi Jadi Tarikan Pelabur

Ikanverse Lelaki Tak Bercerita Chord