Bn Positif Mampu Rampas Kerusi Tier Ii Dalam Pru16


bharian.com.my
Oleh Muhammad Yusri Muzamir 
[email protected]
Februari 2, 2025 @ 12:01pm
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditemui media selepas sesi Podcast Utama Buletin TV3 Bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur pada 31 Januari lalu. - Foto NSTP/Aizuddin Saad
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi optimis untuk menawan beberapa kerusi Parlimen yang disenaraikan sebagai Kategori 'Tier II' pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, ia membabitkan kerusi yang gagal dimenangi pihaknya pada PRU15, namun gabungan itu berada di kedudukan kedua selepas parti yang menawan kawasan berkenaan.

"Saya yakin kita boleh mencakupi kerusi dalam kategori Tier II. Kerusi yang telah dan sedia dimenangi adalah Tier I.

"(Kerusi dalam kategori) Tier II, kita kalah tetapi kedudukan kita berada di tempat kedua, ini insya-Allah kita akan berunding dengan parti lain untuk tawan semula," katanya menerusi rakaman audio siar Podcast Utama siaran Buletin Utama TV3, baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah atau memperincikan kerusi mana tersenarai dalam kategori Tier II itu.

Pada PRU15, BN memenangi 30 kerusi Parlimen iaitu 26 melalui UMNO, dua melalui MCA dan masing-masing satu melalui MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pemimpin serta ahli parti berkenaan berada pada tahap lebih kukuh, terutama ketika menuju PRU16.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada sambutan ulang tahun ke-50 BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). - NSTP/Asyraf Hamzah"(Kerjasama dan perpaduan) wujud dan lebih kukuh sekarang ini. Saya sangat yakin kalau soal perpaduan ini diutamakan dan menjadi tajuk utama dalam mentadbir organisasi politik seperti UMNO.

"Malah, UMNO terkenal dengan susunan jentera parti untuk pilihan raya. Kita bukan hanya mengadakan kursus tetapi 'practice makes perfect' (latihan menjadikan kesempurnaan), terutama GOT (menggerakkan pengundi keluar mengundi) boleh dilakukan," kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, sekolah patriotik UMNO yang dilancarkan baru-baru ini, bertujuan mencungkil bakat baharu dalam kalangan generasi muda untuk menerajui parti itu pada masa hadapan.

"Ini (sekolah patriotik UMNO) untuk mencungkil bakat muda dalam kalangan generasi X dan Y, terutama generasi Y untuk bersama (UMNO).

"Kita mempunyai beberapa modul bagi menggilap bakat kepemimpinan mereka untuk mengambil alih (kepemimpinan UMNO) suatu ketika nanti. Kita mengadakan program susun lapis dan lapisan kedua dan ketiga perlu disediakan," katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/bn-positif-mampu-rampas-kerusi-tier-ii.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Sabu Yakin Amanah Mampu Menang Belasan Kerusi Di Kelantan

Mat Sabu Yakin Amanah Mampu Menang Belasan Kerusi Di Kelantan

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 125 hits
Presiden Amanah Mohamad Sabu yakin undi orang ramai akan berubah pada pilihan raya akan datang KLANG Amanah mampu memenangi belasan kerusi di Kelantan pada PRU16 berdasarkan sokongan rakyat kepada parti itu yang dilihat semakin baik walaupu...
Jom Kita Lihat Undi Pas Dan Ph Bimbang Hilang Kerusi Pas Ajak Umno Kerjasama Perpaduan Ummah

Jom Kita Lihat Undi Pas Dan Ph Bimbang Hilang Kerusi Pas Ajak Umno Kerjasama Perpaduan Ummah

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 96 hits
Perpaduan Ummah sering dijadikan tema propaganda PAS akhir akhir ini dengan menggunakan enjin lama seperti Mursyidul Am PAS Hasyim Jasin PAS mahu dilihat sebagai parti yang sentiasa membuka pintu kepada Perpaduan Ummah sebagaman a kenyataan...
Better Chance At Tier Ii Seats With Bn Ph Alliance Says Umno Man

Better Chance At Tier Ii Seats With Bn Ph Alliance Says Umno Man

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 214 hits
Johor Umno Youth chief Noor Azleen Ambros said an alliance would also ensure the seats are contested in a two way fight PETALING JAYA Barisan Nasional would stand a better chance at winning second tier parliamentary seats by joining forces ...
Pas Perlukan Formula Baharu Hadapi Pru16

Pas Perlukan Formula Baharu Hadapi Pru16

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 119 hits
Sinar HarianALOR SETAR Pas memerlukan formula baharu untuk menghadapi cabaran politik masa hadapan khususnya bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke 16 Penganalisis politik Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata untuk kekal relevan parti ...
Maqis Rampas 29 113kg Tongkeng Ayam

Maqis Rampas 29 113kg Tongkeng Ayam

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 110 hits
KOSMO ONLINEOleh KHAIRUL MOHD ALI23 Januari 2025 11 34 amMAQIS Johor merampas tongkeng ayam yang cuba diseludup masuk melalui Kompleks KSAB Iskandar Puteri Jumaat lalu ISKANDAR PUTERI Cubaan pihak tidak bertanggungjawab menyeludup masuk 29 ...
Tough For Bn To Win Youth Vote In Tier Ii Seats At Ge16 Says Analyst

Tough For Bn To Win Youth Vote In Tier Ii Seats At Ge16 Says Analyst

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 116 hits
Ilham Centre executive director Hisommudin Bakar said Barisan Nasional struggled for the youth vote at GE15 winning just 30 seats in its worst electoral defeat ever PETALING JAYA Winning over young fence sitters particularly those aged 18 t...
Polis Tahan Tiga Beranak Rampas Dadah Lebih Setengah Juta

Polis Tahan Tiga Beranak Rampas Dadah Lebih Setengah Juta

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 181 hits
Meor Riduwan Meor Ahmadam hmetro com myANTARA dadah yang dirampas dalam milikan suspek di sebuah kediaman di Muar Johor FOTO Ihsan IPK Melaka Melaka Polis Kontinjen Melaka menahan tiga beranak dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebi...
St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella

Unifi Dah Boleh Guna

Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar

Operasi Menara Kl Tiada Masalah Tak Rugi Kenapa Hendak Tukar Pengurusan Tun M

Musang King Dakwa Semua Penceroboh Di Mahkamah Dan Mereka Yang Melindungi Sejak 40 Tahun Lalu

Tips Bawa Power Bank Dalam Flight Untuk Korang Yang Nak Travel N


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Spontan Perempuan Itu Menghulurkan Salam

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Siti Nurhaliza Sesal Chord

Zoom Meeting

V60 House By Warchitect A Nature Inspired Sanctuary In Bangkok

Raub Mp Arrested Over Obstruction Claims