Bn Pn Berdepan Tekanan


PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini adalah PRK ke-11 selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan kawasan berkenaan dikenali sebagai salah satu kubu kuat bagi Barisan Nasional (BN) di negeri Pahang.
DUN Chini merupakan antara empat DUN dalam kawasan Parlimen Pekan, selain DUN Pulau Manis, DUN Peramu Jaya dan DUN Bebar yang kesemuanya dikuasai BN menerusi calon UMNO.
Kerusi Parlimen Pekan pula dikuasai penyandangnya yang merupakan bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak selama 11 penggal berturut-turut sehingga kini.
PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun akibat serangan jantung pada 6 Mei lalu.
Allahyarham mewakili BN pada PRU14 bagi mempertahankan kerusi parti itu.
Calon BN, Mohd Sharim Md Zain (kanan) bersama dua calon Bebas, Mohd Shukri Ramli (tengah) dan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin (kiri) ketika diumumkan sebagai calon bertanding bagi PRK DUN Chini pada 20 Jun lalu. Dalam saingan tiga penjuru pada PRU14, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon Pas, Mohd Fadhil Noor yang memperoleh sebanyak 5,405 undi dan calon PKR, Mohamad Razali Ithnain (1,065 undi).
Pada 6 Jun lalu, PH memutuskan PKR tidak meletakkan calon bagi kawasan DUN Chini kerana kesukaran mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kempen pilihan raya yang ketat susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Sebagai kubu kuat, BN berharap tiada pertandingan pada hari pengundian yang berlangsung pada 4 Julai ini, namun episod hari penamaan calon pada Sabtu lalu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN dengan dua calon Bebas.
BN mempertaruhkan anak generasi kedua Felda Chini, Mohd Sharim Md Zain, 41, yang merupakan Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan bagi mempertahankan kerusi DUN berkenaan agar terus kekal menjadi milik BN.
Sementara itu, dua calon Bebas pula ialah bekas Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pekan, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.
Sasaran
Walaupun ada pihak berpandangan BN akan menang mudah dengan dua calon Bebas dijangkakan tidak mampu memberikan cabaran sebenar, penulis menyifatkan suasana kali ini agak berbeza.
Penularan Covid-19 yang masih menjadi kegusaran rakyat ketika ini memerlukan semua calon mematuhi SOP ketat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekali gus mengurangkan kehangatan kempen pilihan raya mereka.
Media sosial yang menjadi platform utama semua calon berkempen terutama BN pastinya mahu mengekalkan jumlah majoriti besar diperoleh calon.
Adakah SOP ketat SPR dan pandemik Covid-19 mampu menghalang hasrat mereka?
Dari segi persediaan, Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan meletakkan sasaran menang besar atau ‘menang bergaya’ kerana jangkaan itu diperkukuhkan dengan sokongan pengundi Pas yang bersama di bawah Muafakat Nasional.
Berdasarkan jangkaan pemerhati politik, Mohd Sharim sepatutnya mampu memperoleh jumlah undi melebihi 10,000 sekiranya gabungan jumlah undian untuk Allahyarham Abu Bakar dan calon Pas pada PRU14 lalu diambil kira.
Namun, sekiranya BN dan Muafakat Nasional bersikap sambil lewa bagi memastikan peratusan keluar mengundi pada 4 Julai ini kekal tinggi, harapan BN untuk mendominasi keputusan PRK DUN Chini mungkin lebur.
Ditambah dengan ketiadaan calon daripada Pakatan Harapan (PH) yang mungkin menyebabkan pengundi luar yang menyokong Muafakat Nasional berasakan tiada keperluan untuk pulang mengundi.
Senario itu boleh menjejaskan harapan ‘kemenangan bergaya’ yang dilaung-laungkan Wan Rosdy.
Tanda aras
Pandangan tersebut dipersetujui penganalisis politik daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Syed Alsagoff yang menyifatkan bukan sahaja BN, bahkan parti dalam Perikatan Nasional (PN) perlu berusaha bersungguh-sungguh memastikan seramai 20,990 pengundi DUN Chini dapat keluar mengundi demi membantu kemenangan Mohd Sharim.
Menurutnya, BN dan PN perlu menyedari PRK kali ini juga merupakan satu tanda aras pemula kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dinilai sama ada rakyat selesa dengan kerajaan tersebut atau sebaliknya.
Syed Agil “Sekiranya pengundi menunjukkan sokongan mereka kepada kerajaan PN, pengundi luar akan balik dan keluar mengundi. Jika sebaliknya berlaku, saya bimbang trend ini akan berterusan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Selain itu, saya melihat PRK DUN Chini adalah satu ujian besar bagi mengenal pasti tahap dinamika kredibiliti Najib untuk menarik sokongan pengundi yang lebih besar kepada calon BN kelak,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Sementara itu, penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib menegaskan, calon BN hanya boleh dianggap ‘menang bergaya’ berdasarkan dua indikator penting iaitu peningkatan bilangan undi dan peningkatan perbezaan margin undi majoriti yang diperoleh calon BN berbanding dua calon Bebas.
Menurutnya, satu kajian semula perlu dilakukan BN dan PN sekiranya calon BN gagal menang besar kerana gabungan terbaharu parti-parti Melayu itu sepatutnya membawa kepada pertambahan majoriti undi drastik di PRK DUN Chini.
Md Shukri “Dengan Covid-19 dilihat tidak memberi impak kepada perjalanan PRK DUN Chini, PN sepatutnya menjadikan PRK ini sebagai platform menunjukkan keampuhan gabungan itu bagi mendepani PRU15.
“Saya belum nampak ada penyatuan di bawah PN sehingga kini dengan parti kerajaan dilihat bergerak secara bersendirian, walhal rakyat dipromosi dengan pembentukan kerajaan PN.
“Bagi saya, sudah tiba masanya parti-parti dalam PN mengetepikan sentimen politik dengan bersama-sama berkempen memenangkan calon BN kerana persepsi rakyat terhadap gabungan itu akan terhakis sekiranya masing-masing bergerak dengan ego sendiri,” kata beliau.
SH
The post BN, PN Berdepan Tekanan? appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/23/bn-pn-berdepan-tekanan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bn-pn-berdepan-tekanan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Filipina Pelanggan Cancel Order Mungkin Boleh Berdepan Hukuman Penjara 6 Tahun

Di Filipina Pelanggan Cancel Order Mungkin Boleh Berdepan Hukuman Penjara 6 Tahun

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 306 hits
Filipina mungkin bakal mengenakan tindakan tegas ke atas sesiapa yang membatalkan pesanan makanan yang sering berlaku ketika pandemik covid 19 menggunakan Rang Undang Undang yang sedia ada kerana ia membebankan kebanyakan riders dan pembeka...
Muhyiddin Akan Bebas Ahli Parlimen Berdepan Kes Rasuah Kata Dr Mahathir

Muhyiddin Akan Bebas Ahli Parlimen Berdepan Kes Rasuah Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 317 hits
Muhyiddin akan bebas ahli Parlimen berdepan kes rasuah kata Dr Mahathir Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada 13
Pasangan Gbp Usd Menghadapi Tekanan Menurun Bersedia Untuk Penurunan Berpotensi Selanjutnya

Pasangan Gbp Usd Menghadapi Tekanan Menurun Bersedia Untuk Penurunan Berpotensi Selanjutnya

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 257 hits
Cadangan PerdaganganKemasukan 1 23546Alasan untuk Kemasukan Sokongan bertindih mendatar kami lanjutan fibonacci 100 dan anjakan semula fibonacci 61 8 Ambil Keuntungan 1 22330Alasan untuk Ambil Keuntungan Ayunan rendah sokongan mendatar anja...
Pasangan Eur Usd Mendapat Tekanan

Pasangan Eur Usd Mendapat Tekanan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 313 hits
Penurunan pasangan EUR USD semalam telah memberi isyarat sekali lagi bahawa tekanan penjualan masih tinggi dalam jangka pendek Data AS boleh menjadi penting untuk dolar AS kemudian hari ini beberapa angka yang baik dapat mendorong pasangan ...
Isteri Sekarang Ramai Alami Tekanan Jiwa Dengan Tabiat Suami Suka Main Telefon

Isteri Sekarang Ramai Alami Tekanan Jiwa Dengan Tabiat Suami Suka Main Telefon

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 452 hits
Hampir semua suami atau lelaki ralat main handphone sampai tak pandang kanan kiri Alah aku pun sama jugak cuma kita sebagai lelaki ni kena berpada pada Jangan sampai isteri dan anak anak jadi fedup dengan perangai kau Orang meniaga ni handp...
Hiburan Pernah Terima Labu Sayong Berbalut Kain Kuning Ramlah Ram Imbau Kenangan Berdepan Peminat Fanatik

Hiburan Pernah Terima Labu Sayong Berbalut Kain Kuning Ramlah Ram Imbau Kenangan Berdepan Peminat Fanatik

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 537 hits
Seniwati Ramlah Ram yang terkenal dengan lagu Kau Kunci Cintaku dan Sesaat Kau Datang mengimbau kembali momen momen yang pastinya sukar dilupakan ketika berhadapan dengan sesetengah peminat fanatik Ramlah Ram yang sudah lebih hampir 30 tahu...
Kemelut Pn Berdepan Pru 15

Kemelut Pn Berdepan Pru 15

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 378 hits
SHAH ALAM Perikatan Nasional diramal berdepan kesukaran menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 akibat persengketaan pembahagian kerusi apabila tiga parti komponen PN bersaing merebut konstitusi sama iaitu Melayu Islam Kemelut pengagihan kerusi a...
Ph Plus Perlu Kukuhkan Tekad Bersama Berdepan Pn

Ph Plus Perlu Kukuhkan Tekad Bersama Berdepan Pn

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 211 hits
Pada 25 Jun 2020 Saya ingin ucap terima kasih sendiri kepada Anwar Saya perlu hanya satu minit sahaja untuk berjumpa tidak lebih Tidak ada niat bercakap berkenaan politik Itu kata kata Tun Dr Mahathir Mohamad dua tahun lalu berhubung usahan...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord