Bn Ph Semakin Serasi Tunggu Prn Nanti Kata Tajuddin


freemalaysiatoday
FMT Reporters 22 Mar 2023, 8:00am

Tajuddin Abdul Rahman percaya PH tidak akan mudah beri laluan kepada BN terutama di kerusi mudah menang.
Tajuddin Abdul Rahman berkata apa yang penting untuk Umno ketika ini ialah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti itu dan mengelakkan kemerosotan kepercayaan.
PETALING JAYA: Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Tajuddin Abdul Rahman sangsi dengan keyakinan pemimpin partinya yang mendakwa kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) boleh menjamin kelangsungan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Bercakap kepada FMT, bekas pengarah pilihan raya Umno itu tidak yakin PH yang menjadi rakan BN dalam kerajaan perpaduan akan mudah memberi laluan terutama di kerusi mudah menang.

“Mustahil mereka boleh kata ‘Umno ambillah kerusi ini, kami tak bertanding’ padahal itu kerusi DAP punya,” katanya, yang secara sinis berkata keserasian PH dan BN akan boleh dilihat pada PRN di enam negeri tidak lama lagi.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini yang dipetik sebagai berkata terdapat keserasian antara PH dan BN di peringkat pusat, dan beliau meminta kerjasama itu diterjemahkan di peringkat DUN menjelang pilihan raya.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu melihat kerjasama dengan PH lebih kepada memberikan jawatan dalam Jemaah Menteri kepada pemimpin tertentu, bukan menjamin kelangsungan dan kemenangan Umno pada masa depan.

“Saya rasa itu tanggapan salah sama sekali (PH beri kerusi kepada Umno-BN). Ingat PKR nak bagi kita percuma (kerusi boleh menang)?” katanya yang mendakwa PH mungkin hanya mampu menyokong Umno dari segi perbelanjaan pilihan raya.

Pada 28 Dis lalu, Zahid dilaporkan berkata mereka memilih bekerjasama dengan PH kerana ia akan menjamin kelangsungan politik parti itu.

Beliau menjelaskan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) akan membawa lebih banyak mudarat untuk jangka panjang memandangkan kedua-duanya bersaing di kerusi sama.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata perkara paling mustahak perlu dilakukan Umno kini adalah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti itu dan mengelakkan kemerosotan kepercayaan seperti dialami ketika dipimpin Najib Razak.

“Rakyat tidak percaya sedangkan banyak pembangunan kita bawa, tetapi pembangunan saja tidak cukup.

“Dalam PRU keyakinan rakyat kepada kita menentukan kemenangan, ia tidak boleh dibeli dengan wang ringgit atau projek,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/bn-ph-semakin-serasi-tunggu-prn-nanti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warisan Tidak Akan Bersendirian Hadapi Prn Sabah Kata Shafie Apdal

Warisan Tidak Akan Bersendirian Hadapi Prn Sabah Kata Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 134 hits
PARTI Warisan tidak akan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang secara bersendirian dan kini sedang menilai parti yang sesuai bagi membentuk kerjasama yang kukuh kata Presidennya Mohd Shafie Apdal Ahli Parlimen Semporna i
Umno Guna Lambang Dacing Pada Prn 6 Negeri Kata Zahid

Umno Guna Lambang Dacing Pada Prn 6 Negeri Kata Zahid

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 156 hits
PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan semua calon parti itu akan menggunakan lambang dacing bagi Pilihan Raya Negeri di enam negeri nanti Timbalan perdana menteri itu berkata parti parti lain dalam kerajaan perpaduan pula akan menggu...
Di Sebalik Janji Selesai Masalah Air Di Kelantan Pas Ramal Umno Takkan Menang Walau Satu Kerusi Di Prn Nanti

Di Sebalik Janji Selesai Masalah Air Di Kelantan Pas Ramal Umno Takkan Menang Walau Satu Kerusi Di Prn Nanti

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 141 hits
Pas mempersoalkan janji parti tertentu untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri nanti Ketua Pemuda Pas Ahmad Fadhli Shaari sebaliknya meramalkan parti itu tidak akan memenangi sebarang ker...
Lagi Laman Web Fitnah Muncul Pandai Dia Dok Buat Cerita Nanti Pdrm Libas Admin Tunggu Tak Lama Kau Kena Libas

Lagi Laman Web Fitnah Muncul Pandai Dia Dok Buat Cerita Nanti Pdrm Libas Admin Tunggu Tak Lama Kau Kena Libas

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 90 hits
Ini siaran mana Sehari sebelum puasa pun dan lagi dia buat fitnah ye Nurul Izzah dikatakan dipindahkan daripada PMO ke Menara Petronas dan menjawat jawatan sebagai Penasihat PM di Petronas Ini agak kelakar sikit Jawatan Penasihat PM memang ...
Sombong Kata Tajuddin Selepas Dihalang Masuk Lokasi Pemilihan

Sombong Kata Tajuddin Selepas Dihalang Masuk Lokasi Pemilihan

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 118 hits
agendaily com18 03 2023Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dihalang memasuki lokasi pemilihan UMNO Bahagian Pasir Salak di Dewan FELCRA Seberang Perak Pasir Salak hari ini Sombong mantan Ketua Bahagian pun dihal...
Anak Lelaki Saya Kata Semakin Dikenali Jung Sungil Ulas Populariti Selepas The Glory

Anak Lelaki Saya Kata Semakin Dikenali Jung Sungil Ulas Populariti Selepas The Glory

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 115 hits
Selepas The Glory Jung Sung il yang membawa watak sebagai Ha Do yeong semakin dikenali ramai kini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Jung Sung il telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Dazed Korea di mana dia berkongsi sedi...
Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024

Overcoming Funding Challenges

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur