Bn Pertaruh Ustaz Kazim Di Larut Annuar Dipancung Di Ketereh


malaysiakini.com
Diterbitkan: Nov 1, 2022 9:37 PM
BN mempertaruhkan penceramah Mohd Kazim Elias atau dikenali dengan gelaran Ustaz Kazim untuk bertanding kerusi parlimen Larut di Perak

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki pula akan bertanding di Grik manakala Shamsul Annuar Nasarah pula akan bertanding di Lenggong.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan hal ini pada majlis pengumuman calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Umum ke-15 di WTCKL, malam ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid juga akan mempertahankan kerusi Bagan Datuk. Mohd Arif Abd Majid pula diletakkan bertanding di Padang Rengas, menggantikan penyandang kerusi itu Nazri Aziz.
Pengerusi Umno Perlis Shahidan Kassim dan penyandang parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin tiada dalam senarai calon BN yang diumumkan malam ini.

Parlimen Padang Besar akan ditandingi Zahida Zarikh Khan manakala kerusi Arau yang disandang Shahidan akan ditandingi Rozabil Abdul Rahman.

Sementara itu, Kangar pula akan ditandingi Fathul Bari Mat Jaya.

Di Kelantan, sebagaimana yang disepekulasikan, ketua Umno bahagian Annuar Musa ‘dipancung’ namanya daripada menjadi calon BN di parlimen Ketereh.
Ketua Puteri Umno Kelantan Marzuani Ardila bakal bertanding di Parlimen Ketereh.

BN juga masih mengekalkan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding di parlimen Gua Musang.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li memegang rekod sebagai wakil rakyat paling lama berkhidmat di negara ini.

Dia mula bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Kelantan Barat pada 1969 dan berjaya menewaskan calon PAS, Hussin Abdullah.

Kemudian Razaleigh beralih ke kerusi Parlimen pada 1974 bertanding di kawasan Gua Musang, yang sebelum ini dikenali sebagai Parlimen Ulu Kelantan dan kekal sebagai wakil rakyat Gua Musang.
Walaupun sebelum ini, Ketua Pemuda Pekan Mohd Nizar Najib dikatakan akan bertanding di Pekan namun BN meletakkan Sheikh Mohmed Puzi Sheikh Ali bagi bertanding kerusi yang disandang bekas perdana menteri Najib Razak sebelum ini.

Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob kekal di Bera manakala Sharkar Shamsuddin akan bertanding di parlimen Temerloh.

Khairy Jamaluddin pula akan bertanding di parlimen Sungai Buloh, Selangor meninggalkan kerusi Rembau yang disandangnya selama tiga penggal.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan pula akan bertanding parlimen Rembau.

Dalam perkembangan berkaitan, Jamal Md Yunos pula akan bertanding di parlimen Sungai Besar manakala Tengku Zafrul Abd Aziz akan bertanding di Kuala Selangor.

BN meletakkan Megat Zulkarnain Omar Din bertanding di Gombak.

Tengku Adnan Tengku Mansor pula kekal mempertahankan kerusi parlimen Putrajaya.

[Berita penuh menyusul]

Senarai calon BN (akan dikemaskini):

Perlis

P.001 Padang Besar – Zahida Zarik Khan (Umno)

P.002 Kangar – Fathul Bari Mat Jahya (Umno)

P.003 Arau – Rozabil Abd. Rahman (Umno)

Kedah

P.004 Langkawi – Armishah Siraj

P.005 Jerlun – Osman Aziz (Umno)

P.006 Kubang Pasu – Hasmuni Hassan (Umno)

P.007 Padang Terap – Mahdzir Khalid (Umno)

P.008 Pokok Sena – Noran Zamini Jamaluddin (Umno)

P.009 Alor Setar – Tan Chee Heong (MCA)

P.010 Kuala Kedah – Mashitah Ibrahim (Umno)

KP.011 Pendang – Suraya Yaacob (Umno)

P.012 Jerai – Jamil Khir Baharom (Umno)

P.013 Sik – Maizatulakmam Othman (Umno)

P.014 Merbok – Shaiful Hazizy Zainol Abidin (Umno)

P.015 Sungai Petani – Shahanim Mohd. Yusoff (Umno)

P.016 Baling – Abdul Azeez Abdul Rahim (Umno)

P.017 Padang Serai – Sivaraj Chandran (MIC)

P.018 Kulim - Bandar Baharu – Muhar Hussain (Umno)

Kelantan

P.020 Pengkalan Chepa - Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin (Umno)

P.021 Kota Bharu - Rosmadi Ismail (Umno)

P.022 Pasir Mas - Ab. Ghani Harun (Umno)

P.023 Rantau Panjang - Zulkarnain Yusoff (Umno)

P.024 Kubang Kerian - Nurul Amal Mohd Fauzi (Umno)

P.025 Bachok - Mohd Zain bin yasim (Umno)

P.026 Ketereh - Marzuani Ardila Ariffin (Umno)

P.027 Tanah Merah - Bakri @ Mohd Bakri Mustapha (Umno)

P.028 Pasir Puteh - Zawawi Othman (Umno)

P.029 Machang - Ahmad Jazlan Yaakub (Umno)

P.030 Jeli - Norwahida Patuan (Umno)

P.031 Kuala Krai - Mohamed Zulkepli Omar (Umno)

P.032 Gua Musang - Tengku Razaleigh Hamzah (Umno)

Terengganu

P.033 Besut – Nawi Mohamad (Umno)

P.034 Setiu - Abdul Rahman Mat Yasin (Umno)

P.035 Kuala Nerus –

P.036 Kuala Terengganu – Zubir Embong (Umno)

P.037 Marang – Jasmira Othman (Umno)

P.038 Hulu Terengganu – Rozi Mamat (Umno)

P.039 Dungun – Nurhisam Johari (Umno)

P.040 Kemaman – Ahmad Said (Umno)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/bn-pertaruh-ustaz-kazim-di-larut-annuar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dikutuk Semalaman Sertai Pru15 Ustaz Kazim Elias Umum Tarik Diri Pagi Ini

Dikutuk Semalaman Sertai Pru15 Ustaz Kazim Elias Umum Tarik Diri Pagi Ini

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 247 hits
Semalam kecoh di media sosial mengenai pendakwah bebas Ustaz Kazim Elias menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke 15 di Parlimen Larut Melalui laporan Harian Metro Ustaz Kazim Elias atau nama singakatannya UKE telah menandatangani surat aku janji
Ustaz Kazim Tidak Jadi Bertanding Tarik Diri Sebagai Calon Bn

Ustaz Kazim Tidak Jadi Bertanding Tarik Diri Sebagai Calon Bn

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 289 hits
Sejak semalam kecoh dengan pengumuman bahawa pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim bertanding sebagai calon Barisan Nasional di Parlimen Larut Imej beliau yang mengenakan baju Barisan Nasional mula tersebar di media sosial...
Ganti Annuar Di Ketereh Ketua Puteri Umno Kelantan Marzuani Ardila Ariffin Serba Salah

Ganti Annuar Di Ketereh Ketua Puteri Umno Kelantan Marzuani Ardila Ariffin Serba Salah

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 138 hits
BernamaKetua Puteri Umno Kelantan Marzuani Ardila Ariffin beliau belum membuat keputusan untuk menghadiri majlis pengumuman calon Barisan Nasional yang dijadualkan diadakan di Kuala Lumpur malam ini KOTA BHARU Ketua Puteri Umno Kelantan Mar...
Kazim Tarik Diri Bertanding Di Larut

Kazim Tarik Diri Bertanding Di Larut

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 135 hits
malaysiakini comPRU15 Pendakwah terkenal Mohd Kazim Elias yang dinamakan sebagai calon BN kerusi parlimen Larut malam tadi menarik diri daripada bertanding di kerusi berkenaan Pengerusi BN Perak Saarani Mohamad memaklumkan perkara itu ketik...
Annuar Musa Tidak Dicalonkan Di Ketereh

Annuar Musa Tidak Dicalonkan Di Ketereh

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 343 hits
Nor Fazlina Abdul Rahimnfazlina nstp com myKota Bharu Berbaki lima hari sebelum penamaan calon Umno Ketereh dikejutkan dengan khabar angin yang mengatakan penyandang Parlimen berkenaan Tan Sri Annuar Musa tidak dicalonkan pada Pilihan Raya ...
Ustaz Kazim Amp 16 Pendakwah Bebas Dilarang Ceramah Di Pulau Pinang

Ustaz Kazim Amp 16 Pendakwah Bebas Dilarang Ceramah Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 195 hits
Datuk Ustaz Kazim Elias menjadi salah seorang pendakwah bebas yang dilarang untuk membuat sebarang ceramah di Pulau Pinang memandangkan tidak mempunyai tauliah mengajar oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Selain beliau 16 lagi penda...
Wajah Ustaz Kazim Kembali Sihat Dakwa Rawat Guna Air Telaga Nabi

Wajah Ustaz Kazim Kembali Sihat Dakwa Rawat Guna Air Telaga Nabi

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 218 hits
Dakwa dirinya dirawat menggunakan air telaga nabi wajah penceramah bebas Datuk Mohd Kazim Elias kini dipercayai sudah kembali sihat seperti sediakala lapor Awani
Nama Dipancung Shahidan Annuar Tiada Dalam Senarai Calon Pru15

Nama Dipancung Shahidan Annuar Tiada Dalam Senarai Calon Pru15

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 267 hits
Penyandang kerusi parlimen Arau Shahidan Kassim malam ini mengejutkan ramai apabila mengumumkan semua bilik gerakan BN di kawasan itu ditutup Tidak cukup dengan itu dia yang dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini memberita...
Kemas Kini Umno Pilih Ketua Puteri Ganti Annuar Di Ketereh

Kemas Kini Umno Pilih Ketua Puteri Ganti Annuar Di Ketereh

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 255 hits
agendaily com11 1 2022Ketua Puteri UMNO Kelantan Marzuani Ardila Ariffin mengesahkan watikah pencalonan kerusi Parlimen Ketereh adalah atas nama beliau bukan Tan Sri Annuar Musa Ketua Puteri UMNO Kelantan Marzuani Ardila Ariffin mengesahkan...
Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki