Bn Mampu Menang 35 Kerusi Di Johor Menurut Kajian


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-March 11, 2022 4:35 PM

Ilham Centre dalam kajian bebasnya bagaimanapun mendapati 11 kerusi DUN sukar diramal memihak kepada parti mana kerana berlaku perebutan sengit antara BN, PN dan PH.
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) dijangka menang selesa sekurang-kurangnya di 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjelang hari penentuan pilihan raya negeri Johor esok, sekali gus membentuk kerajaan negeri, demikian menurut kajian bebas yang dijalankan oleh Ilham Centre.

Ilham Centre turut menjangkakan Pakatan Harapan (PH) hanya mampu menang di 10 kerusi berbanding 26 yang dimenangi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, 11 DUN lagi sukar diramal kerana berlaku perebutan sengit antara BN, Perikatan Nasional (PN) dan PH.

“Dapatan kami menunjukkan BN dominan di segmen komposisi etnik Melayu 70%, manakala bagi komposisi etnik bukan Melayu 50-69%, walaupun PN dan PH memberi saingan hebat, namun secara teknikalnya kemenangan akan berpihak kepada BN.

“Sebagai contoh di DUN Gambir, semakin tinggi sokongan yang diperolehi PN dalam kalangan pengundi Melayu, kemenangan masih lagi memihak kepada BN kerana PN tidak berjaya melepasi aras sokongan pengundi bukan Melayu yang diperlukan.

“Ini berlaku kerana undi tersebut berpihak kepada PH dan menyebabkan BN memperoleh kemenangan,” katanya.

Kajian di lapangan itu melibatkan 1,391 responden pengundi berdaftar di Johor mewakili semua segmentasi kaum, jantina, umur dan lokaliti.

Mengulas mengenai 11 DUN yang sukar diramal, Ilham Centre berkata, ia melibatkan Paloh, Endau, Simpang Jeram, Kemelah, Bekok, Tangkak, Yong Peng, Parit Yaani, Puteri Wangsa, Kempas dan Kota Iskandar.

“Beberapa faktor adalah pengaruh calon yang bertembung dan jangkaan keluar mengundi rendah terutama dalam kalangan pengundi Cina dan pecahan undi Melayu yang diterima BN dan PN.

“Faktor penyusutan ini mungkin berada pada paras 55% dalam kalangan pengundi Cina. Penyusutan ini sudah tentu akan menjejaskan peluang pembangkang untuk bertahan di kerusi-kerusi yang dinyatakan di atas,” menurut dapatan berkenaan.

Dalam pada itu, Ilham Centre berpendapat ketiadaan tokoh yang mampu menyatukan semua parti pembangkang dilihat menjadi punca PH hanya mampu menang di 10 kerusi berbanding 26 yang diperolehi pada PRU-14.

Katanya, PH termasuk PKR kelihatan tidak bermaya dan hilang arah untuk menyekat kemaraan BN selepas tewas teruk di Melaka dan Sarawak. PH masih buntu dalam mencari formula magis bagi mengembalikan kegemilangan pencapaiannya pada PRU14.

“PN menjadi saingan utama kepada BN namun peratusan bukan Melayu yang tidak menyokong gabungan ini menyebabkan mereka gagal mengatasi BN,” katanya.

Mengenai pengundi baharu seramai 869,362 atau 33.5% daripada jumlah undi, kajian itu tidak menolak faktor keluar mengundi dalam segmen berkenaan dijangka rendah dan tidak mampu memberikan impak yang signifikan seperti diharapkan oleh pihak tertentu untuk membuat perubahan.

“Kami mengenal pasti kecenderungan mereka sebenarnya terlarut dalam budaya setempat serta terikat dengan pilihan tradisi keluarga ekoran tidak mempunyai pegangan politik yang kuat,” menurut kajian itu lagi.

Johor mempunyai 56 DUN yang dibahagikan kepada empat zon, iaitu Zon Utara meliputi 16 DUN dari Buloh Kasap sehingga Sungai Balang, Zon Tengah dari Semerah sehingga Kahang, Zon Timur bermula Endau sehingga Tanjung Surat dan Zon Selatan dari Tiram sehingga Kukup.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/bn-mampu-menang-35-kerusi-di-johor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Hanya Mampu Menang Di 10 Kerusi Ilham Centre

Ph Hanya Mampu Menang Di 10 Kerusi Ilham Centre

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 190 hits
PETALING JAYA Barisan Nasional dijangka menang selesa sekurang kurangnya di 35 kerusi Dewan Undangan Negeri menjelang hari penentuan pilihan raya negeri Johor esok sekali gus membentuk kerajaan negeri demikian menurut kajian bebas yang dija...
Keputusan Rasmi Prn Johor Bn Menang Di 40 Kerusi Dun Iaitu Lebih Dua Pertiga Majoriti

Keputusan Rasmi Prn Johor Bn Menang Di 40 Kerusi Dun Iaitu Lebih Dua Pertiga Majoriti

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 256 hits
JOHOR BAHRU Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan Barisan Nasional memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Johor malam ini Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata jumlah pengundi yang keluar meng...
Rakyat Johor Matang Mustahil Bn Menang 2 3 Majoriti Hassan Karim

Rakyat Johor Matang Mustahil Bn Menang 2 3 Majoriti Hassan Karim

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 143 hits
Retorik Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 6 Mac lalu bahawa BN akan menang 2 3 majoriti dalam Pilihan Raya Negeri Johor dianggap mustahil akan berlaku Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim bukan sahaja majo...
Najib Harap Semangat Bossku Bantu Bn Menang Besar Di Johor

Najib Harap Semangat Bossku Bantu Bn Menang Besar Di Johor

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 151 hits
suaramerdeka com my TANGKAK 8 Mac Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat di Johor menterjemahkan Semangat Bossku dalam undi buat calon calon Barisan Nasional menang besar bagi membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri Johor Sabtu ini Beka...
Prn Johor Ismail Sabri Yakin Bn Menang Prn Johor

Prn Johor Ismail Sabri Yakin Bn Menang Prn Johor

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 405 hits
PRN Johor Ismail Sabri Yakin BN Menang PRN Johor Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob percaya Barisan Nasional mampu memenangi Pilihan Raya Negeri Johor dengan majoriti dua pertiga pada 12 Mac ini bagi membentuk kerajaan negeri Perdana Menteri ya...
Menang Johor Ph Bergerak Ke Putrajaya

Menang Johor Ph Bergerak Ke Putrajaya

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 208 hits
Menang Johor PH bergerak ke PutrajayaPosted By on March 06 2022Langkah gagah Pakatan Harapan untuk menakluki Putrajaya buat kali kedua bermula dengan memenangi Pilihan Raya Negeri Johor Calon KEADILAN DUN Layang Layang Dr Maszlee Malik yang...
Prn Johor Bn Dijangka Menang Dengan Majoriti Dua Pertiga

Prn Johor Bn Dijangka Menang Dengan Majoriti Dua Pertiga

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 224 hits
Barisan Nasional diramal meraih kemenangan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri Johor kali ini bersandarkan mood pengundi yang begitu positif terhadap parti berkenaan Ketua Kluster Governans dan Integriti Kolej Undang undang Keraja...
Lobi Jawatan Mb Johor Biar Umno Menang Prn Dulu Hasni

Lobi Jawatan Mb Johor Biar Umno Menang Prn Dulu Hasni

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 224 hits
Lobi Jawatan MB Johor Biar UMNO Menang PRN Dulu Hasni UMNO perlu memberi tumpuan untuk memenangi Pilihan Raya Negeri Johor terlebih dahulu sebelum membangkitkan mengenai pelantikan Menteri Besar Pengerusi Barisan Nasional Johor Datuk Hasni ...
Bn Menang Di Johor Najib Layak Kembali Jadi Presiden Umno

Bn Menang Di Johor Najib Layak Kembali Jadi Presiden Umno

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 193 hits
satuberita myBy March 9 2022Bila boss kau disambut meriahTebuan Tanah tau Najib Razak rasa beliau paling popular walaupun sudah didapati bersalah oleh dua mahkamah dan empat hakim dalam kes SRC International ke mana saja beliau pergi diliha...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri