Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri


 Beberapa Sunnah Di Hari Raya





=========
Terdapat beberapa sunnah yang boleh dilaksanakan oleh kita sebagai orang Islam pada hari raya ini. Antaranya ialah:


1. Menzahirkan kegembiraan. Berdasarkan hadis, pada hari perayaan ini Rasulullah membiarkan orang-orang Sudan mempamerkan permainan senjata mereka sebagai tanda kegembiraan. Malah Baginda membiarkan kanak-kanak perempuan menyanyi. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam al-Bukhari yang menyebutkan:


وَكَانَ يَوْمَ عِيدٍ يَلْعَبُ السُّودَانُ بِالدَّرَقِ وَالْحِرَابِ


“Pada hari perayaan, orang-orang Sudan bermain (mempamerkan perlawanan) perisau dan senjata mereka.” (Sahih al-Bukhari)


1.1 Dengan sebab itu al-Imam Ibn Hajar menyebutkan:


إِظْهَار السُّرُورِ فِي الْأَعْيَادِ مِنْ شِعَارِ الدِّينِ


“Menzahirkan kegembiraan pada hari raya adalah salah satu daripada syi’ar agama.” (Fath al-Bari)


2. Memakai Pakaian Yang Terbaik. Menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, Rasulullah dikatakan memakai pakaian terbaik ketika hari raya. Saidina al-Hasan pernah menyebutkan:


أَمَرَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَلْبَسَ أَجْوَدَ مَا نَجِدُ


“Rasulullah mengajak kami memakai pakaian yang terbaik yang ada di sisi kami.” (HR al-Tabrani dan al-Hakim)


3. Makan Sebelum Menunaikan Solat Raya. Kita disunatkan untuk makan dahulu sebelum menunaikan Solat Hari Raya. Saidina Anas pernah meriwayatkan hadis yang menyebutkan:


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَغْدُو يَوْمَ الفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ


“Sesungguhnya Nabi SAW tidak akan keluar pada Hari Raya AidilFitri sehinggalah beliau makan terlebih dahulu beberapa biji tamar.”


4. Bertakbir Ketika Keluar Menunaikan Solat. Menurut al-Imam al-Zuhri, Rasulullah ﷺ bertakbir sepanjang perjalanan menuju ke tempat solat AidilFitri. Kata beliau:


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ، فَيُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيَ الْمُصَلَّى


Sesungguhnya Rasulullah SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dan Baginda bertakbir sehingga sampai ke tempat solat.


5. Berjalan Kaki Ke Tempat Solat. Sekiranya kita mampu, sebaiknya kita hendaklah berjalan kaki ke tempat solat raya kerana Baginda Nabi ﷺ sentiasa melakukan sedemikian. Kata Saidina Abdullah bin Umar:


أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ مَاشِيًا، وَيَرْجِعُ مَاشِيًا


Sesungguhnya Nabi SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dalam keadaan berjalan kaki dan pulang juga berjalan kaki.


6. Pulang Solat Melalui Jalan Berbeza. Salah satu sunnah Rasulullah ﷺ juga adalah menggunakan jalan yang berbeza ketika pulang dari solat sunat hari raya. Saidina Jabir menceritakan:


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ


“Sesungguhnya Nabi SAW pergi dan pulang dari menunaikan Solat Aidilfitri menggunakan jalan yang berbeza.”


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://40hadithsanusi.wordpress.com/2025/03/29/beberapa-sunnah-di-hari-raya/


Artikel: Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
https://t.me/drahmadsanusiazmi


Gambar: https://x.com/bernamadotcom/status/1905959597028114655?t=mc3zfx2BmMS3wrFD7lJOiQ&s=19














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://arnamee.blogspot.com/2025/03/amalan-sunnah-hari-raya-aidilfitri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Leong Yu Man Tourism Pahang Anjurkan Pertandingan Pesta Pelita Pahang 2025 Sempena Hari Raya Aidilfitri

Leong Yu Man Tourism Pahang Anjurkan Pertandingan Pesta Pelita Pahang 2025 Sempena Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 409 hits
KUANTAN Buat julung kalinya Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang menganjurkan pertandingan Pesta Pelita Raya Pahang 2025 bermula 20 Mac di kesemua 11 daerah di negeri ini Tourism Pahang dalam kenyataannya berkata pesta ini bagi men...
Diskaun Tol 50 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025

Diskaun Tol 50 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025

papar berkaitan - pada 26/3/2025 - jumlah : 370 hits
Diskaun Tol 50 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 Berita baik untuk semua rakyat Malaysia Pemberian diskaun tol selama dua hari kepada kenderaan Kelas 1 sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 Diharapkan pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan pelu...
Yang Di Pertuan Agong Dan Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri Di Istana Negara

Yang Di Pertuan Agong Dan Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 31/3/2025 - jumlah : 462 hits
Ketibaan Syawal disambut meriah KDYMM SPB Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di Istana Negara hari ini Seri Paduka Baginda berdua berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Ai...
Manisnya Raya Raikan Kemanisan Hari Raya Aidilfitri Dengan Hektar Malls Vibrant Extravaganza

Manisnya Raya Raikan Kemanisan Hari Raya Aidilfitri Dengan Hektar Malls Vibrant Extravaganza

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 499 hits
Pusat beli belah Hektar dengan bangganya memperkenalkan kempen Manisnya Raya sambutan meriah Hari Raya Aidilfitri yang direka untuk menyatukan
Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025 Penutupan Operasi

Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025 Penutupan Operasi

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 842 hits
PENGUMUMAN TARIKH AKHIR POS BARANG SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI 2025 WAKTU OPERASI PENUTUPAN SEMPENA AIDILFITRI POS MALAYSIA Tentunya menjelang Hari Raya kali ini lebih ramai yang suka membeli barang persiapan dan pelbagai keperluan untuk H...
Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

papar berkaitan - pada 31/3/2025 - jumlah : 457 hits
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari saya dan semua pelajar SMKA Naim Lilbanat Manis letim kan Raya ni memang waktu yang ditunggu tunggu bila kita dapat berkumpul dengan keluarga dan kawan kawan Tak ada yang lebih seronok daripada makan ketupa...
Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 445 hits
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025 akan dibayar dalam minggu ini Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan dan terus dijadikan pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh ...
Nak Buat Boleh Tak Buat Pun Tak Apa 5 Amalan Hari Raya Yang Hanya Ikut Tradisi

Nak Buat Boleh Tak Buat Pun Tak Apa 5 Amalan Hari Raya Yang Hanya Ikut Tradisi

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 443 hits
Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang dinanti nantikan oleh umat Islam selepas sebulan berpuasa Namun ada beberapa amalan tradisi yang sering dilakukan semasa raya tetapi sebenarnya tidak wajib pun Kalau nak buat boleh saja tapi kalau t...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446h

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446h

papar berkaitan - pada 3/4/2025 - jumlah : 472 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H Tak sempat lagi nak buat post berbuka puasa dan pra raya photo shoot know know dah 3 Syawal 1446H ngeh ngeh ngeh Takpelah posting tu kalau r...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd