Blogger Ulang Kaji 9050






Ulang kaji: 

Dasar Kandungan BloggerBlogger merupakan perkhidmatan percuma untuk komunikasi, ekspresi diri dan kebebasan bersuara. Kami percaya Blogger meningkatkan ketersediaan maklumat, menggalakkan debat yang sihat dan membolehkan hubungan baharu antara manusia. Kami percaya bahawa menapis kandungan ini adalah bertentangan dengan perkhidmatan yang diasaskan pada kebebasan bersuara
Walau bagaimanapun, untuk mendokong nilai ini, kami perlu mengawal salah guna yang boleh menjejaskan kemampuan kami untuk menyediakan perkhidmatan ini dan kebebasan untuk meluahkan perasaan yang digalakkannya. Kesudahannya, terdapat beberapa sekatan terhadap jenis kandungan yang boleh dihoskan dengan Blogger. Batasan yang telah kami tetapkan merupakan batasan yang mematuhi keperluan undang-undang dan juga berfungsi untuk meningkatkan perkhidmatan secara keseluruhannya
Jika anda menjumpai blog yang anda percaya melanggar dasar kami, sila laporkan kepada kami dengan menggunakan pautan 'Laporkan Penyalahgunaan' yang terletak di bahagian atas setiap blog di bawah menu lungsur 'Lagi'. Jika pemilik blog telah menyembunyikan pautan ini, anda masih boleh laporkan penyalahgunaan di Pusat Bantuan Blogger
Sempadan KandunganDasar kandungan kami memainkan peranan penting dalam mengekalkan pengalaman positif untuk anda sebagai pengguna kami. Sila hormati garis panduan ini. Kami mungkin mengubah dasar kandungan kami dari semasa ke semasa, jadi, sila kembali sini. Selain itu, harap maklum bahawa kami boleh membuat pengecualian semasa mengenakan dasar di bawah berdasarkan pertimbangan artistik, pendidikan, dokumentari atau saintifik atau apabila terdapat manfaat besar lain kepada orang ramai dengan tidak mengambil tindakan terhadap kandungan
Kandungan Dewasa: Kami membenarkan kandungan dewasa di Blogger, termasuk imej atau video yang mengandungi kebogelan atau aktiviti seksual. Jika blog anda mengandungi kandungan dewasa, sila tandainya sebagai 'dewasa' dalam tetapan Blogger anda. Kami mungkin turut menandakan blog dengan kandungan dewasa sekiranya pemilik belum berbuat demikian. Semua blog yang ditandai sebagai 'dewasa' akan diletakkan di belakang ruang-antara amaran 'kandungan dewasa'. Jika blog anda mempunyai ruang-antara amaran, jangan cuba memintasinya atau melumpuhkan ruang-antara itu - amaran itu adalah untuk perlindungan semua
Terdapat beberapa pengecualian pada dasar kandungan dewasa kami:Jangan gunakan Blogger sebagai cara untuk memperoleh pendapatan atas kandungan dewasa. Contohnya, jangan hasilkan blog yang sebahagian besar kandungannya ialah iklan atau pautan ke tapak pornografi komersial.Kami tidak membenarkan kandungan seksual yang salah di sisi undang-undang, termasuk imej, video atau kandungan teks yang menggambarkan atau menggalakkan pemerkosaan, sumbang mahram, berahi binatang atau nekrofilia.Jangan siarkan atau edarkan imej atau video bogel atau seks eksplisit yang bersifat peribadi tanpa kebenaran subjeknya. Jika ada orang yang telah menyiarkan imej atau video bogel atau seks eksplisit bersifat peribadi tentang anda, sila laporkannya kepada kami di sini.Keselamatan kanak-kanak: Kami mempunyai dasar toleransi sifar terhadap kandungan yang mengeksploitasikan kanak-kanak. Beberapa contoh hal ini termasuklah:Imej penderaan seksual kanak-kanak: Kami akan menamatkan akaun mana-mana pengguna yang kami dapati menerbitkan atau mengedarkan imej penderaan seksual kanak-kanak. Kami akan turut melaporkan pengguna itu kepada penguat kuasa undang-undangPedofilia: Kami tidak membenarkan kandungan yang menggalakkan atau mendorong tarikan seksual terhadap kanak-kanak. Contohnya, jangan hasilkan blog yang mengandungi galeri imej kanak-kanak dengan koleksi imej atau teks iringan yang tidak senonoh serta berbaur seks dan jangan terbitkan kandungan bersifat seksual yang melibatkan peserta bawah umur.Pertuturan Berunsur Kebencian: Produk kami merupakan plaftorm untuk pernyataan bebas tetapi kami tidak membenarkan pertuturan berunsur kebencian. Pertuturan berunsur kebencian merupakan kandungan yang menggalakkan atau membiarkan keganasan atau mempunyai tujuan utama untuk mengapi-apikan kebencian terhadap individu atau kumpulan berdasarkan bangsa atau asal etnik, agama, kecacatan, umur, kewarganegaraan, status veteran, orientasi seksual, jantina, identiti jantina atau sebarang sifat lain yang dikaitkan dengan diskriminasi atau pemarginalan sistemik
Kandungan Kasar: Jangan siarkan kandungan semata-mata mahu memberikan kejutan atau bersifat grafik. Contohnya, koleksi imej luka tembakan atau tempat kemalangan yang diambil dari jarak dekat tanpa konteks tambahan atau ulasan dianggap melanggar dasar ini
Keganasan: Kandungan yang ganas atau ngeri tidak wajar disiarkan jika tujuan utamanya hanyalah untuk membuat kejutan, kegemparan atau tujuan yang tidak sepatutnya. Jika menyiarkan kandungan grafik dalam konteks berita, dokumentari, saintifik atau seni, sila berikan maklumat yang mencukupi untuk membantu orang ramai memahami perkara yang berlaku. Dalam sesetengah keadaan, kandungan mungkin tersangat ganas atau mengejutkan sehingga tiada konteks yang akan membolehkan kandungan itu kekal di platform kami. Akhir sekali, jangan menggalakkan orang lain melakukan tindakan keganasan tertentu
Kandungan Pengganas: Kami tidak membenarkan organisasi pengganas menggunakan Blogger untuk sebarang tujuan, termasuk pengambilan ahli baharu. Blogger juga melarang keras kandungan yang berkaitan dengan terrorisme, seperti kandungan yang menggalakkan tindakan pengganas, menghasut keganasan atau meraikan serangan pengganas
Jika anda mencatat kandungan berkaitan terrorisme untuk tujuan pendidikan, dokumentari, santifik atau seni, sila berikan maklumat yang mencukupi supaya penonton memahami konteks catatan anda. Rakaman grafik atau kontroversi mungkin disertakan skrin sekatan umur atau amaran
Gangguan dan Ancaman: Jangan mengganggu atau membuli orang lain. Sesiapa yang menggunakan Blogger untuk mengganggu atau membuli akan dilarang selama-lamanya daripada tapak dan kandungan yang menyinggung itu akan dialih keluar. Perbuatan mengganggu dalam talian turut menyalahi undang-undang di banyak tempat dan boleh memberi akibat yang serius di luar talian. Jangan mengancam orang lain di blog anda. Contohnya, jangan siarkan ancaman bunuh terhadap individu atau kumpulan dan jangan siarkan kandungan yang menggalakkan pembaca anda mengambil tindakan ganas terhadap individu atau kumpulan lain
Hak cipta: Dasar kami menghendaki kami memberikan respons kepada notis jelas berkenaan dakwaan pelanggaran hak cipta. Maklumat lanjut tentang tatacara hak cipta kami boleh didapati di sini. Selain itu, jangan berikan pautan ke tapak yang membolehkan pembaca anda memperoleh muat turun kandungan orang lain tanpa kebenaran
Maklumat peribadi dan sulit: Jangan siarkan maklumat peribadi dan maklumat sulit orang lain. Contohnya, jangan siarkan nombor kad kredit, nombor Keselamatan Sosial, nombor telefon yang tidak disenaraikan dan nombor lesen memandu orang lain. Di samping itu, jangan siarkan atau edarkan imej atau video kanak-kanak bawah umur tanpa kebenaran yang perlu daripada wakil sah mereka. Jika seseorang telah menyiarkan imej atau video kanak-kanak bawah umur tanpa kebenaran yang perlu, sila laporkannya kepada kami di sini. Selain itu, sila ambil perhatian bahawa dalam kebanyakan kes, maklumat yang sememangnya sudah tersedia di tempat lain di Internet atau dalam rekod awam tidak dianggap sebagai maklumat peribadi atau maklumat sulit di bawah dasar kami
Penyamaran dan salah gambaran: Jangan gunakan Blogger dengan tujuan untuk menipu, memperdaya atau mengelirukan pengguna dengan menyamar sebagai mana-mana individu atau organisasi yang tidak anda wakili atau dengan menyembunyikan pemilikan atau tujuan utama anda. Ini termasuklah menujukan kandungan tentang politik, isu sosial atau perkara yang melibatkan kepentingan awam kepada pengguna di negara selain negara anda, jika anda menyalahgambarkan atau dengan sengaja menyembunyikan negara asal anda atau butiran penting lain tentang diri anda sendiri. Kami tidak mengatakan bahawa anda tidak boleh menerbitkan parodi atau satira mahupun menggunakan nama samaran atau nama pena - cuma elakkan kandungan yang berkemungkinan mengelirukan pembaca tentang identiti sebenar anda
Aktiviti yang melanggar undang-undang: Jangan gunakan Blogger untuk terlibat dalam aktviti yang melanggar undang-undang atau untuk menggalakkan aktiviti yang berbahaya dan menyalahi undang-undang. Contohnya, jangan mengarang blog yang menggalakkan orang memandu dalam keadaan mabuk. Jangan gunakan Blogger untuk menjual atau mempromosikan najis dadah. Jika tidak, kami boleh memadam kandungan anda. Selain itu, dalam kes serius seperti yang melibatkan penderaan kanak-kanak, kami boleh melaporkan anda kepada pihak berkuasa sewajarnya
Barangan dan Perkhidmatan yang Dikawal Selia: Jangan gunakan Blogger untuk menjual atau memudahkan penjualan barangan dan perkhidmatan yang dikawal selia, seperti arak, perjudian, farmaseutikal dan makanan tambahan yang tidak diluluskan, tembakau, bunga api, senjata atau peranti kesihatan/perubatan
Spam: Spam terdapat dalam pelbagai bentuk di Blogger, kesemuanya boleh mengakibatkan akaun atau blog anda dipadamkan. Beberapa contoh spam termasuklah membuat blog yang bertujuan untuk mendorong trafik ke tapak anda atau meningkatkan kedudukannya dalam senarai carian, menyiarkan ulasan pada blog orang lain semata-mata untuk mempromosi tapak atau produk anda dan mengikis kandungan yang sedia ada daripada sumber lain dengan tujuan utamanya untuk menjanakan hasil atau mendapat faedah peribadi lain
Perisian hasad dan virus: Jangan membuat blog yang menghantar virus, menyebabkan tetingkap timbul, cuba memasang perisian tanpa persetujuan pembaca atau pun yang memberi kesan kepada pembaca dengan kod hasad. Ini dilarang keras pada Blogger
Penguatkuasaan Dasar Kandungan BloggerSila laporkan pelanggaran dasar yang disyaki kepada kami menggunakan pautan 'Laporkan Penyalahgunaan' yang terletak di bahagian atas setiap blog di bawah menu lungsur 'Lagi' atau dengan mengklik di sini
Pasukan kami menyemak amaran daripada pengguna untuk pelanggaran dasar. Jika blog tersebut tidak melanggar dasar kami, kami tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap blog atau pemilik blog. Jika kami mendapati bahawa blog tersebut melanggar dasar kandungan kami, kami mengambil satu atau beberapa tindakan berikut berdasarkan keterukan pelanggaran:Letakkan blog itu di belakang ruang-antara 'kandungan dewasa'Letakkan blog itu di belakang ruang-antara yang pengarang blog tersebut sahaja boleh mengakses kandungan ituPadamkan kandungan, catatan blog atau blog yang menyinggung perasaan tersebutLumpuhkan akses pengarang kepada akaun Blogger merekaLumpuhkan akses pengarang kepada akaun Google merekaLaporkan pengguna itu kepada penguat kuasa undang-undangKami boleh mengambil sebarang tindakan di atas jika kami mendapati pengguna telah membuat berbilang blog yang melibatkan tingkah laku penyalahgunaan yang berulangan. Jika blog anda pernah dilumpuhkan, jangan buat blog gantian yang melibatkan aktiviti serupa
ruj:
Pusat Bantuan | Syarat Perkhidmatan | Privasi | Dasar Kandungan | Pemaju 
Hak cipta © 1999 – 2019 Google






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/01/blogger-ulang-kaji-9050.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anies Ingin Kaji Ulang Giant Sea Wall

Anies Ingin Kaji Ulang Giant Sea Wall

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 236 hits
Mantan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan ini menyatakan terdapat 13 sungai yang bermuara di Teluk Jakarta Jadi menurutnya harus dikaji secara detail sehingga tidak menimbulkan masalah di kemudian hari
Anak Selalu Ulang Apa Yang Kita Cakap Bunyi Macam Menjengkelkan Tapi Anak Anda Perlu Di Didik

Anak Selalu Ulang Apa Yang Kita Cakap Bunyi Macam Menjengkelkan Tapi Anak Anda Perlu Di Didik

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 532 hits
Echolalia adalah situasi di mana kanak kanak mengulang semula apa yang mereka dengar Bila orang dewasa bercakap anak akan ulang balik semua perkataan tersebut Bagaimana cara yang betul untuk berkomunikasi dengan anak Echolalia Cik Aishah Ka...
Kasus Meikarta Aher Kembali Mangkir Diperiksa Dirjen Otda Kemendagri Dijadwal Ulang

Kasus Meikarta Aher Kembali Mangkir Diperiksa Dirjen Otda Kemendagri Dijadwal Ulang

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 257 hits
Ini merupakan panggilan kedua bagi Aher Sebelumnya Aher juga tak memenuhi panggilan pada pemeriksaan Kamis 20 Desember 2018
Kemboja Sambut Ulang Tahun Ke 40 Tumbangnya Khmer Rouge

Kemboja Sambut Ulang Tahun Ke 40 Tumbangnya Khmer Rouge

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 207 hits
Kemboja sambut ulang tahun ke 40 tumbangnya Khmer Rouge Dikemas kini 43 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 7 Jan 2019 5
Cara Perpanjang Masa Aktif Kartu Telkomsel Tanpa Isi Ulang Pulsa

Cara Perpanjang Masa Aktif Kartu Telkomsel Tanpa Isi Ulang Pulsa

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 278 hits
Memperpanjang masa aktif kartu Telkomsel biasanya dengan cara isi ulang pulsa lagi Namun jika pulsa telkomsel milikmu masih banyak maka lebih baik kalau menggunakan cara memperpanjang masa aktif kartu pakai potongan pulsa agar pulsamu tak m...
6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir

6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 269 hits
1 Allahumma 2 Innaka 3 Afuwwun 4 Tuhibbul 5 Afwa 6 Fa fu Anni Yang bermaksud Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan maka maafkanlah kesalahanku Doa ini diberikan oleh Nabi Muhammad saw kepada isteri baginda Siti Aisya...
Selamat Ulang Tahun Ke 40 Buat Siti Nurhaliza

Selamat Ulang Tahun Ke 40 Buat Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 407 hits
Ratu Pop Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin akan menyambut hari jadinya yang ke 40 Penyanyi pop yang menerima pelbagai anugerah itu merupakan penyanyi Malaysia yang paling berjaya menerima lebih 300 anugerah tempatan dan antarabangs...
Isi Ulang E Money Bank Mandiri Kini Bisa Di Kantor Pos

Isi Ulang E Money Bank Mandiri Kini Bisa Di Kantor Pos

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 277 hits
SEVP Consumer and Transaction Bank Mandiri Jasmin mengatakan dengan kerjasama ini Bank Mandiri secara bertahap akan menempatkan mesin pembaca e money di loket loket Kantor Pos di seluruh Indonesia Rencananya layanan top up e money ini akan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord