Blogger Challenge No 5 A Letter To Someone Anyone
assalamualaikum, Tun M..
ni surat kedua saya utk Tun
pertama ---> a letter to someone wyo has hurt you recently..
Tun dan isteri, sungguh sweet
bersemut sgt. rasa kagum & hormat saya kpd Tun, masih utuh
💗💗 💗💗💗 💗💗 💗💗 💗💗💗 💗💗
namun..
sudah lebih setahun..
sudah masuk tahun kedua
komen saya kalau org tanya tentang regim baru memerintah negara, "... masih tiada apa utk saya..."
bukan spesifik kpd Tun lah kan
kpd team yg diketuai oleh Tun pastinya. Tun ibarat nakhoda kapal, berlayar terus kah, atau karam di tgh lautan
yes, Tun
saya bersyukur kerana Malaysia masih aman
yes, Tun
saya masih mengikuti updates on perbicaraan DSN. dan masih menunggu pendakwaan utk lain-lain 😟😟😟. byk kot 'kes' org dulu. tapi, lom ada bunyi siasatan selesai ke tak.
yes, Tun
saya masih berharap kakitangan awam dpt sebulan bonus utk 2019. saya berkata gini krn saya merupakan kakitangan kerajaan yg layak dpt bonus. saya bekerja utk negara. kerja saya boleh dibuktikan. org lain? i reserved my comments
yes, Tun
saya juga berharap thn ni prestasi TH mencanak-canak. sesungguhnya saya tak withdraw walau sesen pun, Tun
yes, Tun
saya akan tunggu hasil siasatan terhadap TNB yg sehari ke sehari telinga saya mendgr kisah "bil elektrik naik menggila"..
yes. Tun
saya akan tunggu tika dan saatnya silibus pendidikan negara ni jadik stabil. tak bertukar-tukar ikut tukarnya pegawai di kementerian. kejap gitu. kejap gini. anak bongsu saya now darjah 1. moga saya bersabarlah. jgn la jadikan anak saya dan anak-anak yg lain bahan ujikaji para pegawai Tun
yes, Tun
harga brg naik dulu kala bukan sebab GST. dulu-kala saya dah inform org awam. saya ni bila berckp pasal GST je, semua org pandang senget, "ni tali barut kerajaan ni!". tapi apakan daya, saya tahu hakikat bahawa masa tu GST bukan penyumbang harga brg naik. GST penyumbang hasil negara. boleh beri byk subsidi, beri bantuan kpd B40, beri bonus pd govt servant. namun akhirnya, GST dihapuskan agar harga brg turun, kata nyer lah... maka, bila agaknya ekonomi rakyat mcm saya ni hah, M40, dpt Tun perbaiki? harga semakin mencanak-canak naiknya meskipun GST da berbulan-bulan dihapuskan. aduhai, Tun. kasihanilah kami... M40 ni lah tukang byr cukai. dan M40 ni lah yg paling byk 'sakit' sekarang, Tun
yes, Tun
saya akan beri peluang kpd Tun utk settle kan kisah 'seks di luar tabi'i' itu. geli lah dgn kes sebegitu dikaitkan sekali lagi dgn org dlm kabinet Tun. kiranya ia satu cara menjatuhkan Tun secara politiknya, maka, cepat la Tun tamatkan kisah ni 😔😔😔. sebagai negara Islam, ini tidak harus terus dijadikan warisan. kemudian, si dia yg mengaku tu, kononnya mulia, bersih lagi dijamin hidupnya, tak dihukum. yg dituduh (now masih belum dibuktikan bersalah) pula kini dihina, disuruh resign, diaibkan... aarghh! bosan!!! geliiiii!!
akhir sekali, Tun M, paling penting
saya pohon agar Tun menjaga nama baik agama Islam sewajarnya. angkat ia di satu tahap di mana tiada yg boleh mengkotak-katikkannya. Malaysia tidak melarang agama lain utk diamalkan secara bebas. Malaysia tidak mengamalkan paksaan dlm beragama. maka, tiada agama yg layak dihina! kerana Malaysia adalah negara Islam, maka, kehormatan agama Islam adalah menjadi priority rakyat Malaysia, tidak mengira agama, bangsa dan budaya. sila la Tun jgn ambil remeh segala isu berkaitan agama Islam
Malaysia aman makmur
Malaysia gembira
Malaysia gemilang
kekalkannya, Tun M. jgn biar Allah murka
ikhlas dari saya,rakyat marhaen yg semakin hari semakin tak tau pe halatuju manifesto Tun dulu 😄😄😄
moga tahun kedua ni, semua berubah menjadi terbaik 👍👍👍
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2019/07/blogger-challenge-no-5-letter-to.html